Tak Suka Bangun Pagi!

As-Salam!
wow! rajin pulak budak comot ni taip entry kan?Selalunya nak baca walau satu post pun macm haram je tunggu.=='
Ngee~ lantak lah..Janji Me dah lunaskan tanggung jawab kat belog.Kalau dibiar kan lama lgi, takut masuk angin.Dah lemau and tak sedap..*blog ku ibarat keropok ke? T_T
Pagi tadi,...Opps! When I say 'pagi' I meant Subuh.
Subuh tadi, Me terbangun awal sebab terdengar azan dah berkumandang menandakan telah masuknya waktu Solat subuh (tiru radio IKIM)
Lepas tu,ingatkan nak solat kemudian je.Macam nak melengah-lengah je kan?Tapi, tunggu dulu! Jangan pandai-pandai nak buat andaian sendiri.
Kalau waktu cuti sekolah macam ni Me solat pukul 6.45 p.m. eh silap! pagi..Malas nak back space daa.
Sebab? hehe~ Perut Me ada habitat eh, tabiat sikit pagi-pagi buta ni. T_T
Beliau, perut ku yang disayangi akan berkeroncong irama balada sebab nak ganti siren untuk minta diri diisi dengan makanan. huh! Padahal malam tadi Me dah bedal Nasi Goreng 2 pinggan,Burger 10 ketul, Pizza 5 kotak.Okey..tipu..Tapi yang pasti Me dah makan sampai kenyang lagi terlentang malam tadi.
Lepas dengar azan, ingatkan nak tidur balik.Tunggu lah pagi sikit baru feel solat kan? terkejar-kejar sebelum waktu syuruk datang dengan gaya Oltromen nak fire sesiapa yang tak bangun lagi.
Tapi, hampeh..Baru kira sampai 30 ketul biri-biri, Ayah dah datang mengejut kan seluruh isi rumah."BANGUN! BANGUN!"..Sebab malas nak dengar ayah ketuk-ketuk pintu bilik sambil sebut "bangun kak", Me terus teleport kan diri ke bilik air..Ok auta semata. Terus bangun,lompat terus dari katil ke pintu bilik air...ok..tipu juga..haha~ bangun,jalan seret-seret kaki sambil bawa bantal busuk (eh?) ke bilik air..Lepas wudhu' segala, Solat..Lepas tu, seperti yang diagak, perut start berkeroncong irama lagu asli.Mula-mula nak buat 'donno' je denga cara berhibernasi dulu..Tapi, disebab kan dia dah start rapping, Me dah tak boleh tahan dah..Rasa nak lempang je perut ni.Terus turun cari makanan.Macam tau-tau pulak yang Me tengah lapar..Elok je semangkuk spaghetti datang menyerah diri.Wow! ibarat orang lapar disorongkan makanan,Me bedal spaghetti terbabit.Lepas makan baru terpandang nota yang mama tinggalkan dekat fridge
Mama ada hal sikit,Breakfast mam dah siapkan.Tengah hari karang, kalau lapar suruh kakak masak
Oh..No wonder lah spaghetti yang masih panas dah dok bertenggek kat atas meja tu.Thanks mama! I love you very strongly!^^
So, sebab tu lah Me agak liat sikit nak bangun subuh..Kalau hari persekolahan, Me yakin mama dah siap kan breakfast.Huh! apa punya anak dara ni?Malas nak masak! Hoi!Me masak waktu tengah hari nanti ye.And kalau rajin sikit,petang nanti buat minum petang pula! Wahai Prince Charming, sila baca ayat kaler biru tu ye..Sesungguhnya ayat tersebut dikarang khas buat diri mu xD. *back swing kepala sendiri
So, sebagai rumusan, Me malas bangun awal pagi waktu cuti sekolah sebab nanti perut lapar.Sekian, terima kasih..Ya..Selesai sudah sesi penerangan pihak Me.
*****************************************************
Ingat lepas breakfast nak sambung sesi mengira biri-biri.Takut nanti Pak Mamat marah pula.Hari tu datang merayu-rayu minta kerja kira biri-biri ni.Gaji tu, tak seberapa lah..
Eh kejap..anda-anda kenal tak Pak Mamat ni? Tak kenal? Punyalah glemer anda kata tak kenal? *sila geleng kepala
Lah! Nama Melayu Pak Mamat tapi, nama komersial dia Old Mcdonald. Ni moyang kepada pengasas Mcdonald yang dah ada sekarang ni.Sejak dia pindah datang ke M'sia,dia ubah nama dia jadi Pak Mamat.^^
Ok sambung balik statement yang tergantung tadi..Ingat lepas breakfast nak sambung sesi mengira biri-biri.Takut nanti Pak Mamat marah pula.Hari tu datang merayu-rayu minta kerja kira biri-biri ni.Gaji tu, tak seberapa lah..Boleh lah survive lagi. Tapi entah kenapa jari rasa gatal lalu,Me ambil keputusan yang drastik iaitu untuk menaip entri..dah kurang sikit gatalnya.Eh? tu Pak Mamat datang bawa kapak.Nak sembelih biri-biri kot..Eh? kenap dia datang sini? Nooo!!!!Okey lah folks, nak lari ni! That Old McDonald dah kejar.
PEACE OUT!
p/s: Pak Mamat! Saya order fillet 'o' fish satu! Nak McFlurry sekali! *BANGG!* kena tembak daa

No comments:

Post a Comment