Kesan Lagu (MV) kepadaku | The Lazy Song



As-Salam!
hye! anda-anda pernah dengar lagu The Lazy Song tak? Mesti pernah kan?
Ni Me nak cerita kesan lagu ni kepada Me..huhu~

1) Senaman
hah! Masa permulaan lagu tu, anda perasan tak yang dia ada ajar senaman leher? Tak perasan?
tekan natang ni. Hah! Entah kenapa Me selalu terikut-ikut gerakan leher yang dia ajar tu..hehe~ dah buang tebiat kot (",)
Kalau camni, tak payah lah nak kena keluar jogging bagai.Dok kat depan PC, pasang lagu ni and ikut je 'senaman' ni...Lagi efektif kalau dilakukan bersama keluarga dan sahabat handai..Bukan bersama monyet. okey?
 Encik Mars, sila sentap sekarang

2) Bruno Mars hensem.
Entah lah..Kat dalam MV  ni dia nampak hensem pula..Sebab rambut dia kot? Rambut Prince pun lebih kurang camni gak! Tiba-tiba keluar pasal Prince ni pesal? =='
Disebabkan point ni tak penting sangat, me letak dia di tangga ke-2. Agar pendarahan dalaman tak berlaku apabila Me baca balik post-post lama.. ^^
Takut termuntah darah pula...
Eii! Anak sapa yang tulis ni?
eww! malunya!
*Tutup muka
Perbalahan yang mungkin berlaku di dalam hati...

3)Boleh digunakan sebagai lagu tema 
Anda ingat spongebob je yang ada lagu tema?
Are you ready kids?
Aye-aye captain!
I can't hear youuu!
Aye-aye captaiin!!
Ouuuuuuu....

*Lempang Sponge Bob .Me pun boleh guna lagu ni time abang suruh tolong angkat kain or basuh pinggan or sapu sampah.
Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed

PANGG! kena pelangkung dengan abang..Tak baik buat kat mama...Berdosa woo!So, kita buat kat abang lah..lebih efektif.. (",)

4)Lari dari kebiasaan..
Kat dalam phone Me je dah ada berlambak lagu cinta..Kalau yang bukan lagu cinta, wajiblah pula lagu Anime yang berkumandang. Dah naik cair taik telinga dengar semua tu. So, kali ni Me jaga hati telinga Me. Kita dengar lagu The Lazy Song ye telinga..Jangan merajuk tau...*cucuk lubang hidung

5) Tak suka kat monyet dalam MV tu

-,-'
I memang ada problem sikit dengan monyet kat dalam MV tu..Menyemak je..dah lah kepala besar semacam! Ni datang dari planet mana ni?
Dah lah kepala besar. Telinga pula capang! Rasa nak gigit je telinga monyet terbabit. Gigit gigit gigit!
Sampai telinga diorang putus!!
Baru puas hati aku! HAHAHAHA~
Kalau tak, kena baling katak je lah.....Haish..kena cari katak lagi..banyak lak keje nanti...
 

**************************************************
Tu je kot...
PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment