Happy Anniversary!^^

As-Salam!
tanggal 3 hb 11 yang lepas, Me sekeluarga menyambut anniversary mom & dad yang ke 20!
yeehaa!
Disebabkan Me ni anak yang baik lagi perihatin serta rajin dan penyayang lagi pemurah tak lupa juga calon menantu yang baik (what?!) Me dengan segala kudrat yang ada pergi beli kek untuk parents~XD
So, lepas sekolah, Me ada latihan/perjumpaan bahas.Dalam pukul 3 lebih baru balik...Itu pun sebab hentak2 kaki & nangis guling2 tanda protes.hak hak~ sila jangan percaya..Me still waras lagi.Ye ke?lalala~So, lepas habis tu,Me pergi la ke bakery depan sekolah.Nasib baik dekat..Kalo x, mau merangkak je or naik teksi sebab malas nak jalan jauh2..Terbaikk!= ='
Me check-it-out dekat tempat kek mereka2 but, hampa sebab kek yang ada hanya sebiji.*Nape tak beli je? Sebab kek tu gambar Pooh! mana cool sambut anniversary dengan kek Pooh.Tak cool..So, disebabkan kefale lutut dah penat and jasad pun dah longlai even sendi2 pun merengek macam takde gris, Me sebat je 20 ketul cream puff.Lantak lah..janji ada...20 ketul lambang 20 tahun perkahwinan mom & dad~kalo 21 tahun still 20 ketul sebab yang lagi satu tu dah 'terhilang' masa dalam perjalanan balik..hehe~
Punyalah lama tunggu kakak pekerja tu ambilkan cream puff sebanyak 20 ketul.Nasib baik lah uncle pemilik kedai tu peramah..Kalo x, Me duduk je atas kaunter tanda suruh cepat.haha~xD
Uncle tu kata boleh tempah kalau nak.Diorang boleh siapkan awal so, boleh ambil awal..Or tempah awal but, suruh diorang buat masa hari kejadian supaya kek tu fresh~ hehe~ Sorry uncle, mana saya tahu! so, lepas ni, Me tempah jelah dengan kedai uncle ni.Boleh buat kek yang bentuk2.^^
But, wajiblah bersabar dengan kerenah Me coz, Me agak cerewet.Mama yang cakap...Me tak tau apa pun~
(",) Lepas tu, habis RM14 beli cream puff..haha~
Lepas beli 'kek', masa untuk call mama untuk ambil Me.Nak jalan, rumah jauh..Barang banyak, berat pulak tu so, 'terpaksa' lah call (",) Lepas call, baru perasan...Macam mana nak sorok 'kek' dari mama? konon nak surprise...= =' langkah terbaik, sorok kat tempat duduk belakang.
Bila mama sampai je, Me agak terkejut sebab dua adik Me ikut sekali..Dah lah dua-dua tak tau simpan rahsia.
Mampus aku! Serprais hape kalo cenggini?= ='
Wat selamba je lah..Masuk je kereta...Memang bertepatan dengan imej dalam kepala...Adik bongsu Me pergi pecahkan rahsia..."mama! kakak beli kek!" Oh adikku~ sesungguhnya aku amat marah kepada mu sekarang ni!
Lepas tu, yadda yadda yadda...Sambut!Masa tu ayah dah nak keluar pergi surau but, Me sempat tahan "abah! stop right there!" <---kurang hasam gurau je.."abah,x boleh tunggu kejap ke?" Nasib baik ayah Me faham..
Lepas nyanyi, doa segala bagai, Me suapkan parents Me dengan harapan....MEREKA SUDI SUAPKAN ME BALIK..Malas lah nak suap sendiri....reput tulang nanti! xD
Me suapkan kat ayah.Me ingatkan ayah xnk makan 'kek' tu.Sebab ayah memang tak suka benda2 manis ni..Haha~ Wa silap derr.Ayah Me suka cream puff! yes! so, tak silap aku beli tadi! Yeeehaa!
So, lepas tu, kena kemas...Me juga yang kena..Abang & adik2 pakat nak guling depan TV.Hantu betul! Duit Me yang keluar, tenaga, masa...Diorang? Kemas pun malas! = ='
huh! Nasib baik mama memaksa rela kan diorang.Kalau tak, mau tercabut lengan ni..haha~
oklah...That's all peeps
PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment