Jari still sakit but, digagahkan juga diri ni untuk post agar semua rakyat bumi tahu betapa pentingnya apa yang Me rasa saat ni.
Amaran! Ini entri gedik & meluahkan perasaan! Maybe pembaca akan muntah & demam malaria buat seketika! Sila tekan pangkah dengan kadar segera! & 'Me' digantikan dengan 'aku' agar lebih feel! *konon
***************************************************
Wei...aku tau yang dulu aku benci kat ko...Masa ko cakap yang ko suka kat aku, aku larikan diri sebab aku mentah lagi time tu...Setiap saat aku dengan ko, aku rasa merana.Aku tak suka dengan apa yang ko buat dan cakap kat aku.Aku sentiasa sakit hati.Bila cakap dengan ko, aku buat x endah je and, tone suara aku mesti tinggi untuk tunjuk betapa aku rasa jengkel kat ko.
Lepas lama aku tak jumpa ko, aku rasa nak jumpa ko.Aku sentiasa teringat masa ko cakap kat aku, dan benda2 mengarut yang ko buat kat aku.Setiap kali aku tengok sekeliling, dalam lautan manusia tu, MESTI mata aku auto-fokus dekat ko.Aku automatikli akan sedar setiap perbuatan ko.even ko senyum sekali pun aku sedar.*Apakah ini petanda yang aku suka kat ko?
And now, aku sedar yang aku memang suka kat ko! Hati ni memang pelikkan? Dulu benci sekarang suka.
Dulu sakit hati sekarang aku sentiasa tunggu ko IM aku.Bila ko online, aku rasa happy sesangat!Aku nak sangat ko online & IM aku.Ko perlu tahu yang aku takkan IM ko sebab aku gugup untukk mulakan butir bicara.Setiap saat aku tunggu dan check, bila ko nak online...aku tunggu ko bila ko cakap ko nak off kejap...Kalau boleh, aku nak cakap yang aku SUKA dekat kau! Aku nak kau tahu betapa menyesalnya aku waktu aku bencikan ko dulu!Aku nak ko tahu yang sebab ko, aku dapat lupakan Prince Charming sedikit demi sedikit...
But,Aku tahu yang aku tak mungkin mampu ucapkan 'suka' sebab ko dah suka kat orang lain sekarang ni...Bila ko bagitahu aku yang ko suka kat kawan aku, jantung aku macam nak berhenti je..Aku yakin yang aku takkan mampu untuk ucapkannya kini...Sebab hati ko dah jatuh kepada orang lain.Orang yang lebih layak!Walau di mulut kata 'tahniah', di hati aku kata 'takziah atas cintaku yang terkubur'
Aku tahu yang aku dah terlewat dan tak mampu untuk menambat kembali hatimu.Namun, dia juga jual mahal kat ko kan? Seperti aku dulu.Tapi, aku tersentap sekali lagi tatkala ko katakan yang ko suka sikap dia yang begitu.Bagai kaca terhempas ke batu hatiku! Hampir terjatuh dari kerusi aku!
Tapi, aku seorang PEJUANG! Walau ko tak pandang ke sini,aku akan buatkan kau tertawan kembali! Aku masih ada peluang! Akanku gunakan ia sebaiknya! Kau pasti kan pandang ke sini! PASTI!
Namun, satu soalan untukmu,
ADAKAH AKU DAH TERLAMBAT?
*******************************************************So, anda2 boleh start muntah sekarang.And check2 lah suhu kot2 anda terkena demam malaria ke.
Me takkan Bertanggung jawab ok~
PEACE OUT!
p/s: this is dedicated to my sweet stalker~ dengan ucapan, "hye love!"
No comments:
Post a Comment