I think i'm gonna be insane!!!

As-Salam!
Medic! Medic!
Kamu sihat? I sihat (ish). Biasalah..dah tua, ada juga sakit-sakit sikit. (",)
Rasanya macam dah lama tak update...Satu bulan seploh hari to be exact..Eceh, siap counting bila last hapdet... Nampak sangat rindu nak post kat belog.

So, pernah tak, you all berada dalam satu situasi di mana anda terlibat dengan banyak perkara serentak and semuanya memaksa anda untuk memberi komitmen secara handred persen pada setiap satunya?
Saya pernah...Baru lepas sebenarnya. Pada bulan 2 yang lepas, saya masuk bahas. Ehem, cikgu pandai pujuk..Saya baru nak merajuk konon bila semua orang datang melutut, baru nak join balik. Padahal, "Khalida, awak masuk lah balik bahas. Sebab awak dah banyak pengalaman dan awak pembahas terbaik dua tahun sebelum ni" I pun, "Hiks~ Okay". Pantang dipuji, terus cair. Haish....(-_-")
So, lepas bahas, terus berlatih for pantun Habis pertandingan pantun masa hari Sabtu hari tu, Isnin terus tak masuk kelas sebab pergi latihan teater. Yes! Teater derr....Wa pun tak sangka cikgu pilih...Hahaha~ Sampai hari khamis, pertandingan. Yeah..3 hari je prepare for theater  Gila tak gila.. Time hari Isnin tu, cikgu English dah tuntut I bagi komitmen pada Debate (English). Astaghfirullah...So, I set time...Dari pagi sampai 12.30, I dalam mood seorang pelakon teater yang handal. Lepas 12.30 sampailah 1.15, I'm a debater yang berwawasan. Perkara ini berterusan sehingga habis teater. And I kena fokus pula pada debate.
I think I boleh jadi gilaa!!!!

Then, sebelum amende eh...Pantun kot...Ada ujian awal semester. Serentak kena berlatih and belajar.Okay... Tipu..rehat dua hari time ujian...Ujian tiga hari je...Setiap hari ada 3 subjek..Mau tak sawan aku cmni?! Time ni I dah pasrah sangat dah...gagal pun gagal lah...Sebab habis waktu sekolah, ada tusyen..malam pun ada tusyen juga. balik tusyen, tido. hmm....waktu makan pun kena curi-curi masa sikit agak diri ni tak kebulur. Prinsip hidup time tu, makan untuk hidup. Belajar untuk ujian. Berlatih untuk pertandingan! Okay..awesome..Pertandingan pantun? Kalah di tangan Sekolah Agama Menengah (?) Rawang or nama glamernya, SAMER. If kitorang menang, kena lawan pula dengan SBPI Rawang or nama saintifiknya, SEPINTAR. So, sama ada kalah kat SAMER, sekolah yang sangat kami geruni or kalah pada SEPINTAR, sekolah yang SAMER geruni. Suka hati koranglah..nak paham atau tak..aku sendiri tak paham ayat aku yang berterabur ni (-_-')
Rasanya time ni, I dah jadi sewel.

Minggu lepas, i dapat result ujian hari tu....Terus terangnya, I takdelah letak harapan untuk cemerlang, waima lulus sekali pun sebab masa study pun macam tak rela je. Kerana saya malas. Buka buku pun takde kudrat, nak membaca apatah lagi..masa dapat result, rasa nak terjun tebing je. Saya, LULUS SEMUA SUBJEK!!! Berbanding tahun lepas, gagal dua.. (Chemistry and Addmath) Tetiba dapat lulus, rasa nak buat kenduri je. Dahlah tak study! Okay fine....I cuma 'study' dengan mendengar apa yang orang lain baca. Masa buat latihan kat tusyen pun I tiru jalan keje orang. Punyalah kamikaze cara aku belajar. Tetiba lulus. Alhamdulillah...Syukur pada-Mu. Okay..I think, time ni I dah terkinja-kinja bak babun gila. Budak-budak lain pandang macam ada orang sewel tersesat masuk sekolah. Eh, Okay lah tu! At least dia nak belajar! :D

And I ada join satu pertandingan tulis essay secara online. kena kejar deadline dia lagi...Dengan tusyen lagi...Astaghfirullah...bawak-bawak istighfar..PM pun pasti meratap dengan jadual hidupku ini T_T
So..You know? My life had been hectic for this past months. Tapi insyallah, lepas habis je pertandingan debate, I terus pencen dari semua pertandingan nih...Penat hoii!

Oh and time bahas hari tu, I kenal seorang pembahas dari SMKK (teka lah~)..Pembahas ketiga.Pakai spec~ hensem! Time tu tengah angau sekejap. And I buat keje gila..Tengah-tengah berdebat, boleh main kenyit-kenyit mata. Nasib baik dia tak sedar.HAHA~ And kebetulan, kat sekolah, ada sorang mamat ni muka hampir sama. So, I paksa dia pakai spec I..PERGH!!! Wa cakap sama lu alls..Muka sama! And dengan x malunya I confess yang muka mereka sama and I suka kat budak SMKK tu. Lalu, si klon ini perasan. Haha~ dia pula kalau nak argue dengan I buat muka comel sebab dia tau yang I pasti kalah bila dia buat muka yang sama dengan budak SMKK tu. (-_-")
tak cukup dengan tu, SMKK tu join juga pantun! So, I yang tengah sakit kepala tunggu keputusan pertandingan terus sihat bila TERnampak muka dia. Hehe~ jodoh~
Okay..I'm crazy


Alright..I guess that's it for this past months..I hope to see you later..Whenever..K bye~

PEACE OUT!