As-Salam!
Ni sambungan dr entri yg lps :-Aku Dah terlambat ke??
Ok..Fine, entri aku-kau..gewdix2,Sila muntah kemudian..
Tak digalakkan buat kanak2 dibwh 16 tahun...hahaha~ diri sendiri pun baru 15!
Lalala~
aku tahu yang sekarang aku dah tewas! dengan teruk! Aku gagal untuk menambat kembali hatimu.Aku silap sebab berpaling dulu...Aku nak minta maaf sebab mempermainkan perasaan kau dulu..
Kau berusaha agar aku semain dekat, tapi aku berusaha keras agar kau jauh namun,di sudut hati,aku inginkan kau menghampiriku....sekarang,aku tahu yang kau dah berusaha supaya dapat lupakan aku...At the same time, aku semakin tertarik kepadamu.
Apakah aku dah terlewat???
*************************************************************Aku kalah! apabila aku tahu yang kau tergila-gilakan sahabat ku..Kau siap tulis kepadanya betapa kau menggilainya.Aku tahu yang dia baik,comel,sopan...Tidak seperti aku! Kasar,ganas, sikap seperti lelaki!Namun, mengapa kau katakan yang kau sukakan aku dahulu? Kau buatkan aku tertanya-tanya kini...Apakah supaya kau tidak dikatakan 'gay'? atau sekadar permainan sahaja?Apabila kau ucapkan 'suka' kepada dia,apakah kau benar2 telah melupakan aku?Di saat aku mengingatimu,kau berlalu pergi....
Aku sudah terlambat...Aku tewas di medan perang yang aku sendiri tak rela sertai...
***************************************************************
Namun,satu yang aku kesalkan....di kala aku mengucapkan 'suka' padamu...Kau buat tak endah je...Apakah itu jawapanmu?Atau kau kehilangan kata2?Aku tunggu sehingga kau tidak kelu lagi...Aku tunggu sehingga lidahmu fasih dan mampu melancarkan kata2...Ucapkan yang sebenarnya...Aku tak kata yang aku mahu kau menjadi milikku kerana pada usia ini, aku mahu belajar dan menggapai cita-citaku..Aku cuma mahu dengar yang kau sudah lupakan aku agar aku tidak tertunggu-tunggu....Agar hatiku tenang kerana aku tidak buatkan kau masih berharap...Namun,jika masih ada sekelumit rasa 'suka' aku mohon agar kau melakukan suatu penipuan kepadaku...katakan yang kau tidak bersedia..aku akan terus lupakan kau...Aku janji perkara ini akan menjadi kenangan abadi hidupku...Kerana kau merupakan satu2nya lelaki yang dapat membuatkan aku melupakan Prince Charmingku...Dan kau juga yang pertama aku luahkan rasa 'suka'.Namun,aku tak mahu kau menyambutnya...cukup sekadar kau mengetahui perasaanku...
****************************************************************
Lebur hatiku disaat aku mengetahui yang kau tergila-gilakannya...Kau ucapkan perasaan sebenar kau kepadanya...Tapi kepadaku?Kau berselindung di balik tabir tipis...Kau mengusikku,menggelarkan namaku,hulurkan tangan disaat aku mahu rebah..Kenapa kau tidak mengucapkannya dahulu? jika aku tahu sedari awal..aku akan pertimbangkan nya dengan serius...Namun, segalanya sudah terlambat....
****************************************************************
Sila pergi kepada cintamu yang baru...Dan lupakan kisah kita....Aku akan terus mengejar Princeku...Dan lupakan kau tanpa menoleh buat kali ke-3nya...Aku penat untuk mengejar bayangmu walaupun kau sendiri dekat denganku....Sila lupakan aku sebagaimana yang aku mahukan....
***************************************************************
PEACE OUT!
p/s: buat pertama kalinya Me ucapkan 'suka' kat orang laki! Pengakuan berani Mati!!><
p/s/s: Apakah Me ditolak? Me sendiri tak tahu...
p/s/s/s: Anda dah muntah dah ke? demam? chicken pox? xD *cover perasaan sendiri
p/s/s/s/s: apa pendapat anda-anda? Tengah sayu ni.... :'(
No comments:
Post a Comment