Life as a Matriculant- Surviving the MPPB week

As-Salam!
wei ho~ dua post dalam sehari! this must've been a new record!

Lepas korang mendaftar masuk masa hari kemasukan, korang akan menghadapi MPPB which means (M)inggu (P)engurusan (P)elajar (B)aru

On the very first day, after mendaftar, you'll be led into your home~
akak tak berani komen lebih-lebih sebab akak masuk lewat sehari atas sebab yang tak dapat dielakkan. Kah kah kah
Oh ye, and korang akan perlukan satu beg yang amat sangat penting sekali. I called mine the first aid kit. Sebab kebanyakan barang dalam tu amat diperlukan for getting through the entire day. I'll tell you what's in it through this post, how and when to use it. Ceh, bajet macam mission impossible tak memasal

Wellzz... Here goes!
Korang akan dapat kumpulan for Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Korang akan duduk with your lecturer merangkap mentor yang korang boleh tanya apa je for the whole LDK session.

You'll be doing a lot of things such as touring the whole college ground, nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu Kolej. As far as yang akak ingat, korang just akan banyak berlari for the whole week. I don't know why or what were we running away from, but, it was kindda hectic and fun in a crazy sorta way.

The day started with the wailing of the sirens waking you up from your slumber. Or a nap cuz you'll be sleeping like, 12.53 a.m and wakes up at 4 a.m. You'll be sleep deprive that you could just sleep while waiting for azan subuh in the masjid. trust me. Then, after solat subuh, there'll be tazkirah (which most of the students slept through). After that they will let you go back to your room and you guys could buy breakfast (if sempat ah)
dear adiks, trust me, breakfast will be SANGAT AMAT important SEKALI sebab korang akan guna banyak tenaga for the whole day. If tak sempat, this is when your snacks will come in handy. Keep biscuits, chocolates, candies, roti and apa-apa je yang boleh bagi korang tenaga. Usually akak bawak air yang manis like air kotak cuz glucose is an important source of energy. akak minum air manis tu bila penat sangat sebab air tak payah di digest, hence, a quick boost of energy! wah kau, mentang-mentang belajar bio :P
But, if korang gastric, I suggest bawak biscuit oats yang high in fibre. That'll keep you feeling full and energised for while. Jangan lupa makan something yang heavy for lunch bila korang dah skip breakfast. Something yang simple je dah lah. tak payah melebih letak nasi, ayam, daging, telur, sayur apa semua. karang muntah pulak lepas lari-lari. Makan nasi (carbohydrate), some proteins (ayam/ikan/telur/daging) and sayur-sayuran. Tak payah banyak. just to keep you full and energised to get through the day. Ingat! key word untuk minggu MPPB adalah full and energised! Tak kisahlah kalau adik makan twisties tengah-tengah malam tu. Kalau rasa kenyang dan bertenaga, then you'll survive!
Sometimes, ada yang nak makan breakfast and lunch tapi tak sempat nak beli sebab dorang bagi time limit 30 minit je untuk bersiap. What if, lepas solat subuh, korang beli secara pukal..? Like, beli dua nasi, and lauk-lauk letak asing. Hence, kalau korang balik bilik, dalam masa entah berapa saat sangat tu, korang boleh lunch sekejap. Tak payah makan sampai rasa sendat perut. Cukup sekadar...FULL AND ENERGISED..!

During this whole week, dorang akan bagi korang banyak borang and kertas apa-apa kebenda ntah. Pastikan korang jaga benda-benda tu dengan baik! Bukan barang amanah, it's more like borang maklumat and what not. PENTING! jangan hilangkan! sebab ada kemungkinan dorang akan denda korang kalau korang minta lagi kat dorang. Korang dah penat nak berlari buat aktiviti apa semua, hence, jangan bagi energy korang disia-siakan. These kertas, letak dalam beg!

Untuk LDK, korang kena pakai baju formal, like baju kurung, baju kemeja and tie. Bawak baju yang tak payah digosok sangat. Or gosok je terus time awal-awal masuk dulu. Buat secara pukal so that korang tak pening sangat time MPPB nanti.

Well... I guess benda paling penting untuk korang bawak time kat Matrik nanti and akan diguna pakai paling kerap time MPPB is SURVIVAL SKILL.takdelah sampai kena wrestling dengan beruang kat dalam hutan. tapi skill korang kena survive sendiri. Mungkin je korang akan bergerak bersama roommates korang apa semua tapi time LDK nanti korang tak semestinya bersama. If you're lucky enough utk dpt LDK with kawan satu sekolah, korang still takkan dapat survive if korang nak bergantung sesama sendiri. Time is the limit here, if you're going to wait for others, you'll end up being punished for the things that's not even your fault.trust me. For MPPB week, korang celik je mata, terus pergi toilet and bersiap for the day. Takde masa kau nak takut kat hantu ke apa semua. lagi takut kalau kena denda depan orang ramai. Gila malu kena marah dengan abang/kakak fasi depan 1000++ orang!

At the end of the MPPB week, you'll get your matric card yang menandakan korang adalah pelajar matric! Weeee~~~
Lepas tamat je MPPB, like after the majlis penutup, you'll be super tired! Ada je matric yang bagi korang outing lepas habis majlis tu. But if kalau tak nak outing, baik pergi tidur. trust me adiks.. after the MPPB week, the thing you'll need the most is SLEEP. cuz yang tamat tu MPPB je. Minggu kuliah pun sama je hecticnya cuma korang boleh tidur pukul 10 malam and bangun pukul 7 pagi. kah kah kah kah.

So the things you'll need throughout MPPB week:
1) survival skill
2) food and water
3) sleep.

And that's just about sums up the whole crazy week in one post.
ada lagi soalan ke? Next post akak try jawab ye
kbye

PEACE OUT!
p/s: your barang berharga better dikunci dalam locker. if nak bawak sangat, pastikan korang letak dekat dengan korang all the time. But, mana ada masa nak check wasep time tengah senamrobik :P

Life as a Matriculant- Things you'll need

As-Salam!
Wahai adik-adik lepasan SPM sekalian! Ahkak khobes di sini akan memberi sedikit gambaran akan kehidupan di matriks.
well, as you guys perlu tahu lah kan, I am a proud matriculant of Kedah Matriculation College.
And since this post adalah specific untuk adik-adik junior yang bakal menduduki dan mendiami di kolej matrikulasi, ini yang adik-adik perlu tahu.

Things you'll definitely need to survive the whole session!
1) all the toiletries necessities (baldi, towel, toothbrush/paste,sabun,selipar,blablabla..)
2)cadar, pillowcase, selimut
-tapi akak bawak 2 bantal sendiri and satu bantal peluk sebab seketul bantal yang ada tu keras macam bata
3) baju (kurung, riadah, tidur blablablabla)
4)hanger sebanyak-banyaknya (bagi akak lah since akak takde masa nak lipat baju (alasan baq hang))
5)Kasut (kuliah,sukan, sneakers)
6) whatever you find necessary! cuz keperluan kita lain-lain :)
*****
Things you'll need to survive all the classes! Kuliah, tutorial, lab (for sains stream)
Ahkak apa beza kuliah dengan tutorial? -tanya korang dalam hati
kuliah
is when ada sorang lecturer kat depan dan membebel mengajar korang sesuatu chapter baru. berlaku di dalam dewan kuliah.
Tutorial
classes is when you sit in your tutoran di bilik tutorial and bersama seorang pensyarah, korang akan revise balik tajuk yang korang dah belajar kat dalam lecture. This is kindda like tuition classes.

-jawab ahkak khobes yang gojes

1) lecture notes, tutorial books and stationery (duhhh)
-just to be  clear, lecture note adalah guide sahaja.. some people find that they need buku-buku nota yang tebal-tebal tu cuz lecture note tak lengkap. Akak tak pakai pun sebab akak malas
2) sticky notes, A4 papers, foolscap papers (lots of 'em!)
3) gula-gula preferably chewing gum (cuz all the times sometimes you'll get kindda sleepy)
4) whatever you do, NEVER forget to bring the lab coat for lab classes (except when lecturer bagitahu tak payah bawak) cuz some lecturer akan suruh korang pergi balik bilik untuk ambil lab coat tu! well, korang akan bermain dengan chemicals kan? so dari terbakar baju, better pakai lab coat tu even if cuaca tengah panas tak hengat
5) whatever you find necessary :)
*****
weellll... I guess, tu je kot yang korang perlukan untuk survive kat matrik. yang lain-lain tu boleh tambah sendiri. ni just guideline sahajaaaa...
ehem...next post, pasal MPPB (the survival tips) in shaa Allah

PEACE OUT!