I am a matrik-ian!

As-Salam~
AL kisahnya, i tengah sem break sekarang ni. Start dr lats week, and bakal berakhir this hujung minggu. Asalnya I janji utk hapdet pasal matriks. tapi i malas pula. Ye lah, cuti sem dua minggu saje. Bakpe nak bangun awal pagi sedangkan xde kuliah. bakpe nak tido lewat walhal xde assignment.

ALASAN KAU NYAH..!

Semester satu officially over bagi I masa 5 haribulan november hari tu. Last paper, fizik paper 1, kul 3.30 ptg habis. Malam tu wa angkut barang, chow terus. xde maknanya nak tunggu situ lama-lama. Lemau aku nnt.
apa aku merapu.
Ahah~ gitu lah ye puan-puan. Idea takde nak update, pakai belasah saje type gaya orang mabuk mintak penampo barang sedas dua.

Adik-adik yang tengah SPM, watlek, watpis ye. jangan kaget semacam baca cuti sem dua minggu je nak ternak lemak acane.langha lagha.

Cuti sem memang tak lama, dats wai akak blah cepat dari kolej. dah rindu banget sama rumah :P
Okay, sebenanrnya I nak update pasal sistem pembelajaran kat matriks. Apasal macam panjang sangat pendahuluan -.-'
Okay, since post ni ditujukan buat adik-adik SPM, yang bakal memasuki dunia IPT, yu gais can call me kakak. Nak panggil abang pun bulih since I sangat hensem. Ahah tak payah nak muntah sangat lah ye adik-adik. Sabar je lah dapat kakak perangai camni. nasib baik bukan kakak kandung, kalau tak, mau sawan korang tiap hari. :P

Kat matriks, korang akan dibahagikan mengikut course. Perakaunan and Sains. Itu korang dah tau lah kan sebab bulih tanya kaunselor. Yang korang perlu tahu adalah modul-modul. I mean modul sains lah ye adik-adik. Akak bukan budak akaun. Kenot komen lebih-lebih pasal modul perakaunan. Karang salah, sesat pulak korang.

Dalam Course Sains, korang akan dapat whether PST (program satu tahun) or PDT (program dua tahun). PST is when korang kene sediakan otak korang and kentalkan jiwa dan raga karena korang akan belajar berbelas-belas bab dalam satu sem (5 bulan) sebab PST hanya ada dua sem sahajeee. But don wori.. If result korang tak best, korang bulih mintak nak masuk PDT.
PDT ada empat sem. Makanya, chapter yang berbelas-belas tadi tu akan dipecahkan kepada dua sem.
Tak paham? takpe..Since akak sangat baik, lemme eksplen.

Contoh, Fizik ada 8 bab dalam satu sukatan tu. PST kena habiskan that 8 bab in one semester but PDT blaja separuh je~ So, PDT will blaja 4 chapter this sem and another four, next sem~
Ke, xpaham lagi?
Katakan overall chapter utk subjek tu ada 20. PST akan blaja 20 chapter tu dalam 2 sem. PDT akan cover 20 chapter tu dalam 4 sem.
Pehe tok?
Kiranya, best lagi si PDT berbanding PST. BUT sebelum korang conclude yang PDT ni lagi senang, korang patut tahu yang subtopic dalam satu chapter, lets say, subjek bio, ada lebih sikit berbanding PST.
Amboi khobes..ayat tak boleh berbelit lagi -.-'
Ehem, cer bayangkan cenggini. Untuk subjek biology, chapter 4. Lets assume yang dlm tu ada 6 subtopik yang PST akan belajar. TAPI PDT akan blaja 8.
Oh, did I mention yang PDT blaja pakai lecture note PST tapi yang subtopik extra tu kena tambah note sendiri..?
Adik-adik, akak tau yang ayat akak macam orang mabuk. maaf. I'll explain about lecture notes satgi.
If notes tu hilang, menggigil lah PDT nak tanya sape sebab majoriti kat matriks adalah PST. PST tak blaja pasal lethal alleles dgn genetic mapping adoiyai.

Lecture notes means buku teks lah lebih kurang. Tapi lect notes ni memang hak milik kekal korang ah. Tak payah nak pulang balik lepas habis sem. Lect notes ni korang kena beli kat pensyarah. Since para pensyarah rasa yang PDT blaja like, lebih SIKIT je berbanding PST, dorang jual lecture notes PST sahaja...Walaupun kau PDT, sila lah beli lecture note PST tu tanpa banyak soal ye. Kalau ada subtopic yang kena tambah, keluarkan lah kertas A4, tulis nota, stapler dalam lecture notes. Settle problem.

But no worries, PST or PDT both pun sama je strugglenya. No such things as PDT relax and PST susah gila.So nya, PDT selalu dikritik pemalas oleh PST kat kolej akak. Mendelah korang ni -.-'
Sape yang dapat PDT tu, no worries sebab result korang biasanya akan lebih gempak dari PST sebab chapter yang korang kena cover tu sikit berbanding PST. Tapi jangan pulak jadi pemalas, dah last minit baru nak tergolek bukak buku nak study.
"Akak, kenapa ada PDT and PST?" tanya korang dalam hati.
PST or PDT ni takdelah beza mana pun. Yang dapat program dua tahun (PDT) sebab addmath lulus atas (D). Bukan sebab kurang A or bodoh. Cumanya kurang bernasib baik utk addmath. Choi addmath memang aku anti dari dulu. Huh!
So, kalau dapat PDT, kiranya korang bernasib baik lah sebab at least dapat gak sambung blaja. betul tak?
Bagi yang PST yang dah agak-agak macam nak terjun longkang sebab tak dapat nak cope dengan studies, or sebab result exam tahap nak kena campak dalam longkang, korang boleh minta utk tukar PDT :)
Untuk adik adik yang PDT, yang rasa boleh cope dengan studies, or result bapak gempaknya rasa nak tukar jadi lecturer je sebab terlampau pandai... ehem, sorry to burst your bubble, korang tak boleh nak mintak tukar PST. Dats de rules bebeh.

Weh, akak terlupa nak terangkan pasal modul. *facepalm*
Modul untuk budak sains terbahagi kepada tiga. Modul satu, dua and tiga namanya. Nak glemer sikit, Modul 1( Modul genius), Modul 2 (modul engineer), Modul 3 (modul doctor).
Bakpe gitu namanye kak?
Ahah~ sebab modul satu, hangpa blaja subjek teras Math, Bio, Fiz and Kimia.
Utk modul dua, or modul engineer, hangpa blaja Math, Fiz, Kimia and Sains Komputer.
For Modul doctor (3), hangpa study Math, Bio, Kimia and Sains kom

Kalau hangpa tanya pasal modul mana yang best, akak tak tau nak jawab lah sebab akak modul satu. Tak minat komputer. tapi roommate akak yang modul 3 cakap sains kom itu macam bio je...hangpa hafal, then muntahkan atas kertas time exam. Tak payah nak kira sangat macam fizik (sebab dia anti fizik)
Hahah~ gittew~

Conclusion, whether you're PST or PDT. Module one, two or three, never give up on your studies. Maybe ada yang cakap pasal matriks xde masa depan. Meh akak nak tanya sikit, Allah bagi rezeki tu hanya kat budak-budak universiti je ke?
Tapi, sijil matriks tak laku!
SO? korang sambung ah sampai degree. Takkan tu pun nak kena cakap. Whatever it is, believe in HIS plannings okay. In shaa Allah~

PEACE OUT!
p/s: next topic, asrama! xP