Salam Lebaran

Assalamualaikum wahai warga blogger sekalian.
Iftar tadi makan apa? Makan lembu? Korek idong? Eh, korek idong bukan BUKA puasa ye..tu memBATALkan puasa namanya..
Wakakaka~ Mentang-mentang lah dah nak raya kau melalut je lebih.Time intro memang kuasa karutan tu terlebih sikit. Melebihi 100 km/h.
Nasib baik tak kena saman dengan incik polis misai gulung tadi. Eh, serius ni! Tadi time ada roadblock, incik polis tu memang memiliki misai yang bergulung. Rasa macam nak gunting je. Geram!
******
So, anyhow...Tadi scrolling dashboard, wa tengok macam banyak pulak salam raya pe semua. So, wa pun terasa tertarik hati pulak nak buat salam lebaran buat geng-geng wa kat KL tu. Geng apa? Geng Surau! Wa gengster pun surau tetap pergi. Surau sekolah je pun..Bukan susah sangat. Time PAI, pergi je lah..Jangan malas sangat bro. Wa tampar karang, berterabur gigi tu.Dah lah dah tinggal dua batang je gigi lu.. Tak dapat makan rendang nanti, tak payah nak meratap sangat lah.. :P

Hehe~ I think, setakat ucap-ucap salam ni, tak main lah...Baik gi masak rendang...Kita buat pantun lah ye.Baru thrill! Teehee~

Istana megah, dirian Belanda
Dirian kukuh, tiada berpaku,
Wahai bonda serta ayahanda,
Salamku hulur, ampunkan dosaku

Kutanggung rindu seribu bulan,
Bayang diri mu, sentiasa ku nanti
Sahabat handai, rakan taulan,
Ingatan tulus, salam aidilfitri

Buatkan batas, menanam benih
Benih ditabur di atas batu
Kubuang yang keruh, diambil yang jernih
Harapan menggunung, kau jua begitu

Ikatkan pukat, talian kendur
Selesai berpukat, turun ke dusun
Rakan blogger, ku berundur
Terkasar bahasa, jari kususun

Anak itik makan megi, 
Lain hari, ku update lagi

******
Yang last tu yang paling best. Sangat cantik bahasanya.. Teehee~

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment