Sidang yang berhormat sekalian. Pada hari ini, kita eh, saya akan membincangkan tentang sebuah tajuk yang sudah lama berkisar dalam dunia blogging ini.
Waa~ Ayat sehabis baik ni! Karangan wajib 12 markah :P
*****
Dah selalu sangat dengar ayat ni "blog untuk public" ataupun "kalau ko taknak orang baca blog ko, privatekanlah"
Ataupun, "kalau taknak orang sebarkan post kau, jangan buat blog!"
Okay....First of all, tarik napas dalam-dalam dulu. Hembus pelan-pelan ye.
Okay, first, kita bidas dulu pasal blog untuk public.
Rakan-rakan blogger sekalian...Blog BUKAN untuk public sebenarnya.. Blog adalah untuk TATAPAN umum. Sila dapatkan fakta yang benar lagi tepat. So, if blogger tu nak letak apa-apa pun untuk hiasan blog dia, dia kena fikirkan dulu pasal pembaca-pembaca blog dia tu. Kalau dia nak buat lawa je tapi loading macam tunggu kucing beranak kembar 12, baik tak payah.
If orang cakap blog untuk public, sila lempang dia laju-laju ye yang berhormat sekalian.. Kalau blog untuk public, itu bukan blog. Itu Forum di mana orang ramai boleh post macam-macam benda. Okay?
Second, ramai manusia yang cakap, kalau kita taknak orang baca blog kita, privatekan ataupun delete je terus akaun blog. Hmm... Kalau kita taknak delete/private blog kita camne? Apakah yang akan terjadi? Haha~ sebenarnya benda ni terletak pada diri kita sendiri. Bukan pada public. Kalau kita nak buat post kontroversi, buat je lah.. Tapi, bila orang dah buat andaian tersendiri ataupun menabur fitnah kat kita, delete post tu.. Tak..Bukan sebab kita takut pada si pemfitnah terbabit tapi sebab kita tak nak ada pula si dungu yang ikut dan percaya kat dia. Ada paham?
Third, kalau kita nak buat dajal yakni dengan menyalah guna post orang lepas tu putar belitkan keadaan? Lepas tu cakap pasal 'blog untuk public'.. Sila ingat ni baik-baik ye rakan-rakanku sekalian... Letak diri anda dalam situasi ini :-
What if, Orang edit gambar korang yang comelss sangat tu tanpa kebenaran korang? Wah~ jadi model kau ye. Bagus bagus...Tapi, kalau diedit jadi gambar tak senonoh? Hmm...Marah orang tu? Maki dia dan seluruh keturunan dia? Tak relevan yang berhormat..Kau nak marah buat apa?
Kau sendiri yang postkan benda tu kat FB, yang mana adalah tempat public.So, orang boleh je ambil dan edit. Kau tak boleh marah..Kau mesti rasa suka. Komersial uolls~
So, if orang cakap kat kita pasal dah printscreen, photo copy pebenda semua untuk disebarkan kat orang.Lepas tu letak link blog kita kat merata-rata tempat..Kita ambil gambar FB/Twitter dia, edit jadi benda lain lepas tu kita pulak sebar kat semua orang. Baru adilkan? Bhahahahaha~Okay tak lawak. *macam pernah jadi tapi bila ya?*
Pengajarannya di sini, kalau kita nak letak link blog orang, sila minta kebenaran dulu.Ingat, kalau kita tak suka gambar kita disebar merata-rata, kenapa pula boleh ada manusia yang suka link dia bersepah-sepah kat internet? Kalau orang nak letak link blog kita, periksa dulu kot-kot ada post yang boleh jadi isu hangat.
Just in case...Kalau tak, kau private kan sekejap blog tu..Lepas seminggu, dua dah reda lah benda tu..Insyallah.. Ingat pesanan ini.. Especially pada blogger-blogger baru :)
Takdelah nak kata yang I ni blogger otai. Heh, bukan otai tapi lunyai! Selalu je muncul post yang boleh menyebabkan orang terasa. Ini bukan kerja blogger yang dah 'seasoned' tapi kerja blogger hingusan yang baru mengenal dunia blogging seperti saya sendiri. Teehee~
Oh..And Maaf Zahir dan Batin. Pada yang terasa harap maafkan.. Sila ambil pengajaran dan ilmu ini untuk dikongsi bersama. Sekian.. :)
PEACE OUT!
No comments:
Post a Comment