Mari Belajar Beradab Sopan

As-Salam!
Terasa boring di pagi yang mulia ini. So, mari lah kita menaip entri...Bak kata omputih, Gunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah :P
*****
So, memandangkan hari besar umat Islam bakal menjelang tiba tak lama lagi, marilah Kak Caramel ajar adik-adik sekalian tentang adab sopan..Wah! terus 'kakak' pangkat kau. Kelas kau Maria! *tetiba*

1) Bersalam
Bila adik-adik tiba kat rumah orang, sila bersalam dulu.Jangan terus terkam meja makan dia. Apasal? Lapo sangat ke dik? Sabar dulu eh...Salam dulu tuan rumah.
Salam, gunakan tangan eh...Bukan hujung jari je..Selalu jugak kakak nampak adik-adik salam gunakan hujung jari je..Kenapa camtu? Terpikir diriku di pagi ini...
Ingat! Gunakan tangan...Bukan hujung jari...Gunakan kaki pun jangan. Apa punya kes salam tuan rumah pakai kaki?

2) Meminta maaf.
Amalan mulia orang-orang kita sejak dari dulu lagi. Di pagi yang hening lagi syahdu, jumpa mak ayah dan minta maaf, halalkan makan minum semua.. Bagus bagus...Tapi, bila orang lain datang nak minta maaf kat adik-adik, sila pastikan muka adik-adik tu manis eh...Bukan bermakna tabur gula kat muka..Tapi, sila senyum.. Jangan tarik muka ketat kat dia..Berdosa woo...Elok-elok dia ikhlas nak minta maaf, dah jadi terpaksa pulak..Lepas tu, jadi apa? Gaduh. Bila orang datang minta maaf, jangan cakap "hmm..whatever" Woah! ada jugak yang makan kaki sat gi..Orang lain makan rendang dengan ketupat, kau makan kaki dengan gigi..Sangat tak cool...
Oh and lepas tu, adik pulak minta maaf ye....Apa? Adik jangan ingat kita tak pernah buat silap...Dia minta maaf, kita minta maaf baru happy-happy di pagi raya! ^^

3)Makan
Biasalah kan, time raya banyak juadah kat atas meja. Bila dah salam, minta maaf semua, kita duduk dulu...relax...Jangan terus pergi kat meja...Sangat lah tak sopannya....Walaupun kat rumah kita sendiri, kita pergilah tolong mak dulu kat dapur tu...Ambilkan pinggan, cawan, tuangkan air... Hah! Barulah jadi calon menantu anak Kak Bedah belakang rumah tu. Anak dia cun woo! Kalau adik ni lelaki lah..Kalau perempuan, dengarnya Pak Mail tengah cari calon untuk cucu dia.. Kalau tengok sekali, pasti nak tengok lagi. Buat iklan pulak budak ni.Bila dah dipanggil makan, baru makan.. 

4)Pinggan, Cawan
Lepas makan minum apa semua, sila bawa pinggan ke dapur, letak dalam singki. Bukan dalam peti ais serta bukan juga dalam mesin basuh. Time bawa tu, pastikan lalu kat depan tuan rumah. Untung-untung kena puji atau lagi best, dapat duit raya lebih. Wee!! Okay dah mengarut...Lebih afdhal kalau pinggan dan cawan tadi dibasuh sekali. Alaa...Bukan susah sangat pun. Sental je pakai span & sabun, lepas tu bilas dengan air. Takde reputnya tulang adik tu.

4)Duit Raya.
Selalunya kat Malaysia ni, bila dah nak balik, tuan rumah akan hulur duit raya kat adik-adik..Sedekah namanya..Hukumnya tak wajib..So, kalau tuan rumah tak hulur duit raya tu, jangan nak merungut pula eh..Tadikan dah dapat makan. Tapi, kalau tuan rumah hulur duit raya, jangan pula adik terus melompat dari bangku nak beratur kat dia. Sabar..Tak larinya duit tu.. Bila dah dapat, ucapkan terima kasih..Senyum tau! Senyum, cakap terima kasih sambil pandang muka dia..Bukan pandang duit yang dia tengah hulur tu..Okay?

See? Takde susah mana pun nak beradab sopan ni. Dahlah senang, dapat pahala pulak tu..Time-time raya camnilah senang nak kutip pahala...Nak cover balik time adik mengumpat kawan masa puasa hari tu.. Opss! Kantoi sudah (",)
Jagalah adab tak kira masa dan tempat agar disayangi Allah dan manusia. Waa~ Subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) markah penuh ni! Haha~

Okaylah..Kak Caramel chow dulu eh.. Wait! Chow sebenarnya bermaksud makan ye adik-adik...Kalau yang orang selalu sebut sebelum nak blah tu, 'ciao'.. Ingat tau! Ilmu ni.. Sebarkan kat orang eh...Dapat pahala..Wah! Pahala lagi! Meriah 'buku kanan' uolls!

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment