Misleading Titles|Good? or Bad?

As-Salam!
Eh, jemput masuk semua-semua. Jemput duduk..
Eh, silakan bersila. Jangan segan-segan :P
*Sengal budak ni* 
*****
So, once upon a time, I stumbled across a post with a weird and kinda provocative title. 
Contoh, "Saya tak sayang mak saya".. So, kita selaku makhluk yang sangat curious akan klik post tersebut sebab nak tau apa motip si empunya belog letak tajuk sedemikian rupa. So, lepas kita baca..Baru lah paham.....Sebenarnya, "saya tak sayang mak saya..Tapi, saya cintakan beliau lebih dari segalanya" *bacaan baku*
Tajuk yang macam tu akan mengundang para pembaca untuk menjengah blog sebab curious..
"biar betul dia ni?"
"eh,. makhluk mana ni? Cer jenguk sket"
"Wow! kurang asam gila! Pehal dengan dia ni?"

But, kalau tajuk terlebih misleading, and anda seorang vlogger yakni Youtuber, makanya adalah lebih molek sekiranya video tersebut tak kena upload or tukar je tajuk tu..kan senang..
Sebab saya sendiri pernah ter'menonton' satu vid yang pasal 'Stop 1D Hate Masseges!'. Benda tu of coz lah benda yang baik kan? But sebabkan tajuk dia 'I Hate 1Direction', makanya ramai yang kutuk dia sebab tak puas hati. You see? Kalau vlogger buat tajuk misleading gitu, orang takkan klik sebab nak tangok isi kandungan cerita. Diorang klik sebab nak bash and kutuk, caci dan maki dan lain-lain..This is not good.
Lagi pulak kalau yang duduk kat tengah hutan macam diriku ini *sobs* connection internet macam mintak jeling-jeling manja/cubit-cubit rindu/pukul-pukul sayang/tumbukan yang bertubi-tubi semua. So, once ternampak tajuk yang mencabar keimanan sebegitu, they tend to click and hate. Not click and watch. YouTube loading lama gila wooo! Baik gi makan ikan! Kenyang gak. 

Ikutlah situation anda-anda..Yang mana yang elok, buatlah...yang tak elok tinggalkan...
Wah! dah ada khidmat pesanan masyarakat pulak! Good job. Good job
So, tamat lah sudah ini post..Sekian...Wassalam
Salam Ramadan eberibodi!

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment