If guys are egoists and....EMOTIONAL?

As-Salam!
Wah! Tajuk sehabis berat untuk budak sekolah macam aku ni. Takpe..Kita buat secara santai boleh?
Sambil menaip entri kita main kat pantai-masak gulai-pergi balai aww aww gittew~
*****
Everyone knows that guys/men/ lelaki adalah makhluk egois. Dan perempuan/wanita/gadis/women/ladies adalah makhluk terlebih emosi gitu. Ibarat nampak tikus kat bawah lemari, sanggup lari keliling kampung sambil jerit-jerit.. Okay..Mengarut dah ni. Padahal baru start entri. Cis!

Lelaki pantang dicabar. But, I don't know lah if I cabar cabut bulu idong guna playar mereka-mereka sanggup buat. And if nak berdebat dengan mereka-mereka ni pun rasa malas sebab diorang bukan setakat 'menegakkan benang yang basah' tapi 'meluruskan ular dipalu'. Dah acane kau nak buat tuh?
Kalau benda tu salah, dia mati-matian tegakkan pendirian dia. Kadang-kadang rasa respect kadang-kadang macam nak patahkan spect dia kadang-kala juga rasa macam nak sembur ridsect kat muka dia.
Especially time bila dia sedar yang dia dah nak kalah and dia memang salah, dengan serta merta dia tukar strategi yakni dengan menaikkan aras volume. Kalau boleh sampai satu blok boleh dengar.

*Ridsect! Tak beri peluang kepada makhluk egoist yang bersuara kuat seperti kapal karam!*
Perempuan pulak....Haih..need I type more?
Emotional habes wa cakap lu! Baru cucuk sikit dah melatah seratus perkataan. Baru guna jari..Belum guna jarum ke, gunting ke, pisau rambo ke. Serius! Selama 16 tahun I hidup kat muka bumi tuhan ni. tak pernah lagi terjumpa abang-abang umur 18-30 melatah. Lepas melatah, "hei! terkejut aku tau tak?!"
Selalunya I jumpa yang mencarut je. *Cucuk pinggang* "Eh, barbie!" *tukar sendiri maa*

But, just recently I've discovered a new species. Dia ego macam lelaki dan emotional macam perempuan. Hei! Makhluk dari planet mana ni? Serius cakap, kau jangan start dengan mengatakan dia salah. Nescaya kau akan ditengking di khalayak ramai. And jangan pulak kau cakap barang dia yang kau pinjam tu dah hilang nescaya dia akan menangis empat hari sebelas malam tanpa henti sehingga banjir rumah.
Ni adalah species yang paling tak menahan iman di dadaku. Menggoncang busut kesabaran dan dinding toleransiku dengan sepenuh kuasa. Wah...Ayat macam mintak penyepak. Kau mahu?

Kalau aku nak minta nasihat, selalunya aku jumpa budak laki sebab diorang kurang beremosi dan lebih rasional dan waras.If minta kat kawan perempuan, banyak pula soalan dia. Bila?Di mana? Siapa? Bagaimana?Apa?
Leceh!
Tapi, dengan species baru ni, kau cerita masalah kau secara berbisik konon tak nak bagi orang dengar. Tapi dia siap 'terjerit' dengan mengulang balik apa yang kau cerita pada dia.
"Apa?! Semalam kau tercium bini ketua kampung?!!"
Der...What the? What the? If aku nak semua orang dengar, baik aku cakap guna mic je tadi. -.-'
And  if you've noticed, kawan perempuan selalunya akan put you down secara gurau. Like, "Tak lawanya kaler lipstick yew tew~"
And lelaki often maki kawan dia. Bergurau kasar. "Ni muka hantu ke muka betul kau ni? Buruk Gila!!"
But, orang sekeliling dia tau yang dia tengah bergurau.

Dengan species terbaru ni, dia akan put you down mentally. " Kau menang sebab aku yang jadi mentor kau"
Walawei...Perkaitan? Bila pulak kau jadi mentor aku ni?  *Perhatian, ni cuma CONTOH!*

Species ini juga kuat perasan. "aku lah makhluk tuhan. Yang tercipta yang paling seksi."
"Lets buat duck face nescaya aku lebih comel dari donal duck itu sendiri."
*Orang tengah bergosip* "What?! Korang tengah mengumpat aku eh? Dasar Jeles!"
See? I don't know lah if ada mana-mana perempuan yang akan tertarik dengan beliau ini.
I wonder juga jika ada mana-mana manusia yang boleh tahan dengan perangai dia ni.
Hmmm...Lantak pi lah dia. Mana aku pedulik!
Wahahaha~!

Kini berbentuk kipas agar boleh mengipas anasir-anasir jahat!
PEACE OUT!

Corat-coret Raya(2012) | Aidilfitri Day 2 & 3

As-Salam!
Sambungan dari sini [link]
Buat dua sekaligus sebab takde benda yang best pun :P
******
Hari raya ke-2
Orang lain sibuk kutip duit raya keliling kampung. Aku dan famili sibuk mengutip gambar a.k.a tangkap gambar kat Lumut. Bukan beraya..Tapi berjalan! Shopping sana-sini. Tak macam family lain..
Second raya spent kat pantai.. How was it? Ohsem~

Hari raya ke-3
Again, orang lain sibuk ziarah kaum kerabat, family aku ziarah Ladang Strawberry. Kat Cameron nun. Apa kes pergi lawat kebun sayur time raya gini? nak masak buat rendang ke? Rendang apa? rendang Jagung? Rendang strawberry?Sehari suntuk kat situ...Masa balik tu dah nak dekat maghrib. Entah kenapa tetiba terbau benda wangi. Opss! Jangan tegur! Nanti dia ikut balik rumah, jadi 'pak guard' kat tepi jamban. Seram! Third raya spent kat Highland..How was it? FUN~!
Tapi masa nak turun tu terkena motion sickness. Nasib baik tak muntah dalam kereta. Ingat! Kalau terkena motion sickness, duduk tegak, mata pandang atas. Lepas tu try tido. :)
******
So, tamatlah sudah diari raya tahun ni...Negara lain sambut raya masa 1 Syawal je..Kita sampai 30 Syawal still ada rumah terbuka. Takpe..Mengeratkan silaturrahim kan? :)

PEACE OUT!

Blog untuk Public | True or False

As-Salam!
Sidang yang berhormat sekalian. Pada  hari ini, kita eh, saya akan membincangkan tentang sebuah tajuk yang sudah lama berkisar dalam dunia blogging ini.
Waa~ Ayat sehabis baik ni! Karangan wajib 12 markah :P
***** 
Dah selalu sangat dengar ayat ni "blog untuk public" ataupun "kalau ko taknak orang baca blog ko, privatekanlah"
Ataupun, "kalau taknak orang sebarkan post kau, jangan buat blog!"
Okay....First of all, tarik napas dalam-dalam dulu. Hembus pelan-pelan ye.
Okay, first, kita bidas dulu pasal blog untuk public. 
Rakan-rakan blogger sekalian...Blog BUKAN untuk public sebenarnya.. Blog adalah untuk TATAPAN umum. Sila dapatkan fakta yang benar lagi tepat. So, if blogger tu nak letak apa-apa pun untuk hiasan blog dia, dia kena fikirkan dulu pasal pembaca-pembaca blog dia tu. Kalau dia nak buat lawa je tapi loading macam tunggu kucing beranak kembar 12, baik tak payah.
If orang cakap blog untuk public, sila lempang dia laju-laju ye yang berhormat sekalian.. Kalau blog untuk public, itu bukan blog. Itu Forum di mana orang ramai boleh post macam-macam benda. Okay?

Second, ramai manusia yang cakap, kalau kita taknak orang baca blog kita, privatekan ataupun delete je terus akaun blog. Hmm... Kalau kita taknak delete/private blog kita camne? Apakah yang akan terjadi? Haha~ sebenarnya benda ni terletak pada diri kita sendiri. Bukan pada public. Kalau kita nak buat post kontroversi, buat je lah.. Tapi, bila orang dah buat andaian tersendiri ataupun menabur fitnah kat kita, delete post tu.. Tak..Bukan sebab kita takut pada si pemfitnah terbabit tapi sebab kita tak nak ada pula si dungu yang ikut dan percaya kat dia. Ada paham?

Third, kalau kita nak buat dajal yakni dengan menyalah guna post orang lepas tu putar belitkan keadaan? Lepas tu cakap pasal 'blog untuk public'.. Sila ingat ni baik-baik ye rakan-rakanku sekalian... Letak diri anda dalam situasi ini :-
What if, Orang edit gambar korang yang comelss sangat tu tanpa kebenaran korang? Wah~ jadi model kau ye. Bagus bagus...Tapi, kalau diedit jadi gambar tak senonoh? Hmm...Marah orang tu? Maki dia dan seluruh keturunan dia? Tak relevan yang berhormat..Kau nak marah buat apa? 
Kau sendiri yang postkan benda tu kat FB, yang mana adalah tempat public.So, orang boleh je ambil dan edit. Kau tak boleh marah..Kau mesti rasa suka. Komersial uolls~

So, if orang cakap kat kita pasal dah printscreen, photo copy pebenda semua untuk disebarkan kat orang.Lepas tu letak link blog kita kat merata-rata tempat..Kita ambil gambar FB/Twitter dia, edit jadi benda lain lepas tu kita pulak sebar kat semua orang. Baru adilkan? Bhahahahaha~Okay tak lawak. *macam pernah jadi tapi bila ya?*

Pengajarannya di sini, kalau kita nak letak link blog orang, sila minta kebenaran dulu.Ingat, kalau kita tak suka gambar kita disebar merata-rata, kenapa pula boleh ada manusia yang suka link dia bersepah-sepah kat internet? Kalau orang nak letak link blog kita, periksa dulu kot-kot ada post yang boleh jadi isu hangat.
Just in case...Kalau tak, kau private kan sekejap blog tu..Lepas seminggu, dua dah reda lah benda tu..Insyallah.. Ingat pesanan ini.. Especially pada blogger-blogger baru :)
Takdelah nak kata yang I ni blogger otai. Heh, bukan otai tapi lunyai! Selalu je muncul post yang boleh menyebabkan orang terasa. Ini bukan kerja blogger yang dah 'seasoned' tapi kerja blogger hingusan yang baru mengenal dunia blogging seperti saya sendiri. Teehee~

Oh..And Maaf Zahir dan Batin. Pada yang terasa harap maafkan.. Sila ambil pengajaran dan ilmu ini untuk dikongsi bersama. Sekian.. :)

PEACE OUT!






Corat-coret Raya(2012) | Aidilfitri Day 1

As-Salam!
Cmne dengan raya anda-anda? Best? Untunglah :P
*****
So, as you can see...Bila mana time raya tiba, akan berkumandanglah takbir di seantero tempat. Start dari lepas maghrib sehingga....Entah..Sampai bila eh? Tak perasan pulak bila takbir dah takde..
Sambung story... Selalunya bila dengar je takbir, sesiapa je pun akan berasa syahdu. Tak gitu?
Tapi, tahun ni rasa macam pelik sikit..sebab I dengar takbir time tengah malam Aidilfitri.. As in, pagi esok dah nak raya, tengah malam buta tu barulah aku terkebil-kebil dengar takbir. What the?!
 Dah lah tu...dari drama pulak..Heh! Memang 'feel' habis lah kan? :P
Officially, tahun ni I tak dengar takbir secara betul. Takmo lah yang time drama tu. Tu, aku sendiri pun boleh buat! Bertakbir time pukul 11 malam masa Muharram...Takde perasaan syahdu, terharu, gembira, excited semua. Cis! Apakah ini suatu dugaan? Atau apakah? Takpelah...takde rezeki... :')
And tahun ni macam tak best langsung raya! Selalunya masa raya, famili I yang dua,tiga pupu semua datang beraya.Tapi, tahun ni entahlah..Takde pun :(
And pelik bin ajaib bilamana kami sendiri pun tak berkunmjung ke rumah sesiapa. Apakah ini? Apakah? Trend terbaru ke? 
Dah lah gitu, semua sedara-mara pulak, yang memang dah berkumpul kat rumah tu pakat main gadget. Semua layan smartphone, Ipad, Tab segala.. Oh..mentang-mentang lah aku takde semua tu, korang pakat nak menunjuk eh? Tumbok kang! :P
Yang ada kamera besar gedabak tu pulak jadi photographer tak berbayar. Pegang DSLR, and then tangkap gambar semua orang.. Adik sedara I lagi best...Dia suruh orang tangkap gambar dia tengah korek idong. Syahdu sungguh aku melihatkan kejadian ini :')
Rasa macam nak sental bijik mata ni dengan rendang lepas tu, simpan dalam kelongsong ketupat tu. Hampes  punya adik-sedara-sebelah-ayah-aku! 
Oh dugaan di pagi raya!

bakal bersambung...

PEACE OUT!

Mari Belajar Beradab Sopan

As-Salam!
Terasa boring di pagi yang mulia ini. So, mari lah kita menaip entri...Bak kata omputih, Gunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah :P
*****
So, memandangkan hari besar umat Islam bakal menjelang tiba tak lama lagi, marilah Kak Caramel ajar adik-adik sekalian tentang adab sopan..Wah! terus 'kakak' pangkat kau. Kelas kau Maria! *tetiba*

1) Bersalam
Bila adik-adik tiba kat rumah orang, sila bersalam dulu.Jangan terus terkam meja makan dia. Apasal? Lapo sangat ke dik? Sabar dulu eh...Salam dulu tuan rumah.
Salam, gunakan tangan eh...Bukan hujung jari je..Selalu jugak kakak nampak adik-adik salam gunakan hujung jari je..Kenapa camtu? Terpikir diriku di pagi ini...
Ingat! Gunakan tangan...Bukan hujung jari...Gunakan kaki pun jangan. Apa punya kes salam tuan rumah pakai kaki?

2) Meminta maaf.
Amalan mulia orang-orang kita sejak dari dulu lagi. Di pagi yang hening lagi syahdu, jumpa mak ayah dan minta maaf, halalkan makan minum semua.. Bagus bagus...Tapi, bila orang lain datang nak minta maaf kat adik-adik, sila pastikan muka adik-adik tu manis eh...Bukan bermakna tabur gula kat muka..Tapi, sila senyum.. Jangan tarik muka ketat kat dia..Berdosa woo...Elok-elok dia ikhlas nak minta maaf, dah jadi terpaksa pulak..Lepas tu, jadi apa? Gaduh. Bila orang datang minta maaf, jangan cakap "hmm..whatever" Woah! ada jugak yang makan kaki sat gi..Orang lain makan rendang dengan ketupat, kau makan kaki dengan gigi..Sangat tak cool...
Oh and lepas tu, adik pulak minta maaf ye....Apa? Adik jangan ingat kita tak pernah buat silap...Dia minta maaf, kita minta maaf baru happy-happy di pagi raya! ^^

3)Makan
Biasalah kan, time raya banyak juadah kat atas meja. Bila dah salam, minta maaf semua, kita duduk dulu...relax...Jangan terus pergi kat meja...Sangat lah tak sopannya....Walaupun kat rumah kita sendiri, kita pergilah tolong mak dulu kat dapur tu...Ambilkan pinggan, cawan, tuangkan air... Hah! Barulah jadi calon menantu anak Kak Bedah belakang rumah tu. Anak dia cun woo! Kalau adik ni lelaki lah..Kalau perempuan, dengarnya Pak Mail tengah cari calon untuk cucu dia.. Kalau tengok sekali, pasti nak tengok lagi. Buat iklan pulak budak ni.Bila dah dipanggil makan, baru makan.. 

4)Pinggan, Cawan
Lepas makan minum apa semua, sila bawa pinggan ke dapur, letak dalam singki. Bukan dalam peti ais serta bukan juga dalam mesin basuh. Time bawa tu, pastikan lalu kat depan tuan rumah. Untung-untung kena puji atau lagi best, dapat duit raya lebih. Wee!! Okay dah mengarut...Lebih afdhal kalau pinggan dan cawan tadi dibasuh sekali. Alaa...Bukan susah sangat pun. Sental je pakai span & sabun, lepas tu bilas dengan air. Takde reputnya tulang adik tu.

4)Duit Raya.
Selalunya kat Malaysia ni, bila dah nak balik, tuan rumah akan hulur duit raya kat adik-adik..Sedekah namanya..Hukumnya tak wajib..So, kalau tuan rumah tak hulur duit raya tu, jangan nak merungut pula eh..Tadikan dah dapat makan. Tapi, kalau tuan rumah hulur duit raya, jangan pula adik terus melompat dari bangku nak beratur kat dia. Sabar..Tak larinya duit tu.. Bila dah dapat, ucapkan terima kasih..Senyum tau! Senyum, cakap terima kasih sambil pandang muka dia..Bukan pandang duit yang dia tengah hulur tu..Okay?

See? Takde susah mana pun nak beradab sopan ni. Dahlah senang, dapat pahala pulak tu..Time-time raya camnilah senang nak kutip pahala...Nak cover balik time adik mengumpat kawan masa puasa hari tu.. Opss! Kantoi sudah (",)
Jagalah adab tak kira masa dan tempat agar disayangi Allah dan manusia. Waa~ Subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) markah penuh ni! Haha~

Okaylah..Kak Caramel chow dulu eh.. Wait! Chow sebenarnya bermaksud makan ye adik-adik...Kalau yang orang selalu sebut sebelum nak blah tu, 'ciao'.. Ingat tau! Ilmu ni.. Sebarkan kat orang eh...Dapat pahala..Wah! Pahala lagi! Meriah 'buku kanan' uolls!

PEACE OUT!

Salam Lebaran

Assalamualaikum wahai warga blogger sekalian.
Iftar tadi makan apa? Makan lembu? Korek idong? Eh, korek idong bukan BUKA puasa ye..tu memBATALkan puasa namanya..
Wakakaka~ Mentang-mentang lah dah nak raya kau melalut je lebih.Time intro memang kuasa karutan tu terlebih sikit. Melebihi 100 km/h.
Nasib baik tak kena saman dengan incik polis misai gulung tadi. Eh, serius ni! Tadi time ada roadblock, incik polis tu memang memiliki misai yang bergulung. Rasa macam nak gunting je. Geram!
******
So, anyhow...Tadi scrolling dashboard, wa tengok macam banyak pulak salam raya pe semua. So, wa pun terasa tertarik hati pulak nak buat salam lebaran buat geng-geng wa kat KL tu. Geng apa? Geng Surau! Wa gengster pun surau tetap pergi. Surau sekolah je pun..Bukan susah sangat. Time PAI, pergi je lah..Jangan malas sangat bro. Wa tampar karang, berterabur gigi tu.Dah lah dah tinggal dua batang je gigi lu.. Tak dapat makan rendang nanti, tak payah nak meratap sangat lah.. :P

Hehe~ I think, setakat ucap-ucap salam ni, tak main lah...Baik gi masak rendang...Kita buat pantun lah ye.Baru thrill! Teehee~

Istana megah, dirian Belanda
Dirian kukuh, tiada berpaku,
Wahai bonda serta ayahanda,
Salamku hulur, ampunkan dosaku

Kutanggung rindu seribu bulan,
Bayang diri mu, sentiasa ku nanti
Sahabat handai, rakan taulan,
Ingatan tulus, salam aidilfitri

Buatkan batas, menanam benih
Benih ditabur di atas batu
Kubuang yang keruh, diambil yang jernih
Harapan menggunung, kau jua begitu

Ikatkan pukat, talian kendur
Selesai berpukat, turun ke dusun
Rakan blogger, ku berundur
Terkasar bahasa, jari kususun

Anak itik makan megi, 
Lain hari, ku update lagi

******
Yang last tu yang paling best. Sangat cantik bahasanya.. Teehee~

PEACE OUT!

Such a Week we're Having

As-Salam!
I rasa macam nak tutup terus blog ni...But I don't know....Whatcha think?
*****
So, this week have been nothing but a drama. Whatever..Dah lama kau hidup...Kau patut dah biasa..
Okay..Since I don't want any other drama coming on...Why don't I explain my blog's simple rules and guides so that if an idiot come around and bash about my blog...That idiot could feel stupid and ashamed of themselves. Take note...Not trying to bash people around.If  anda rasa macam akan touching, sila tekan [x] kat hujung atas sebelah kanan tu. :)
Ai don anderstan wat u talk-talk.

First of, If I already gave you a nickname..Benda tu takkan berubah dari dulu sampai sekarang..If nickname kau Gajah Ungu, Kau tetap gajah ungu walaupun kau dah buat pembedahan plastik agar rupa kau jadi seperti zirafah coklat. I takkan ubah sebab I taknak ada kekeliruan. Kejap gajah, kejap badak jap lagi orang utan.. Sangat mengelirukan. Understand? :)

Second, ayat kaler biru adalah bilamana ada keadaan seperti monolog dalaman macam kat perenggan yang kedua di atas. Ataupun bila I rasa seperti ada suara-suara sumbang akan mengatakan seperti yang tertera.. Bukan untuk menunjukkan warna baju kau atau warna kegemaran kau. Faham? :)

 Third. Blog ni memang untuk public but please have some respect. Kalau kau nak letak link untuk menunjukkan kesilapan or kesalahan empunya blog ni, sila bagitahu dahulu especially my beloved SEMETRI-ians. Kalau I nak semua orang tengok, I sendiri akan letak link kat wall FB korang. And siap tag lagi nama-nama korang agar korang boleh baca benda tu. Remember what you wrote on your blog's profile? 'My blog, My rules'
Kalau anda rasa tak boleh ikut rules yang anda sendiri dah tetapkan, harap maaf, sila terjun longkang. Boleh? :)

Fourth, I censoredkan nama agar tuan punya badan tak terasa. Tapi I tak tau lah kot ada yang TERperasan. Again, no offence. So, bila nickname diberi, sila hargai. Nak tukar? TAK BOLEH.nanti keliru. So, please do that as well if you're going to blog about me. I don't care at all but sila jaga mruah orang lain sekiranya tak mahu Allah balas semula perbuatan anda berlipat kali ganda. Kata orang, doa orang yang teraniaya sangat makbul kan? Kot lah tetiba hati saya tergerak untuk mendoakan anda dikejar oleh anjing-anjing liar atau accident kat tengah jalan..If termakbul? Saya minta maaf awal-awal dulu. Okay? :)

Fifth, sangat tak digalakkan untuk mencari informasi mengenai sesuatu isu kat blog ni. Sebab as you can see...I'm not a paparazzi. In fact, I lah makhluk paling slowpoke kat atas muka bumi ni. I baru tau pasal PLKN wajib untuk mereka-mereka yang lahir tahun 1996. Haa..Slowpoke tak? Very. T_T

Sixth, I update tak ikut masa. Kadang-kadang lepas dua bulan baru update. OR satu hari ada sampai 36 posts terbaru. Ikut mood lah. Teehee~ Jangan lah tertunggu-tunggu post terbaru dalam masa dua,tiga hari ni.
Perasan minah ni. Sape yang tunggu? :P

Terkadang akan keluar post yang akan meruntun jiwa atau membakar dada. Saya minta maaf awal-awal dulu lah ye..Again, If my post's about kutuk-kutuk or penceritaan, you can bet your life yang nama korang takkan keluar kat sini. Okay? Even if cerita tu pasal benda yang baik..Coz, your name adalah hak korang right? Walaupun orang lain yang gunakan setiap masa. teehee~

I think tu je kot pasal guide ni. Harap dapat membantu. Kurangkan kontroversi, tingkatkan perstasi, Jauhkan makanan, sekarang bulan Ramadan. Waah! Pantun. Boleh tahan.Boleh tahan.

Oh and please pray for me. I'm about to do something huge after this raya. ><
The biggest step I've ever made my whole life. ><
Apakah ianya? Takde pape (",)

PEACE OUT!

A True Friend

As-Salam!
Wah tajuk! Bagai mengundang seribu satu kerutan dahi.
Dah kenapa pulak dia ni post pasal kawan time-time camni?
Ah! Korang apa tau? Ni bahasa  Punjabi! *eh?*
*****
Like I've mention before.. Entah bila, tak ingat pulak. Maaf, banyak makan semut. Yummeehh!
I have been through a lot when it comes to Friendship. Just name it;
1) Back stabbed
2) Dilupakan
3) Ditinggalkan untuk orang yang lebih baik
4) Terlupa pada kawan yang teramat-sangat-paling-the best. Sorry (S.K.S)
5) Ditinggalkan tanpa khabar berita

Apa lagi? Eh, baanyaak lah. Kiranya kalau nak khidmat nasihat pasal persahabatan, Just call me lah
Hey, I just met you
And this is crazy
But here's my number,
So, call me maybe.
Lalalalala~~
 Hahaha~ perkaitan?? Takde langsung!
Well, according to my life's dictionary, kawan adalah someone or a group of people yang boleh kita harapkan bila ada benda yang terjadi. Tak kira lah time ada masalah ke, apa ke...
A lot of times bila mana saya encounter dengan orang yang buat baik kat kita and kita rasa macam
Oh mai gucci! You're my forever true friend! We can be like BFFs!!
Kiss kiss. Hugs,hugs. Muahxx! :*

Correct me if I'm wrong. But if perasaan macam ni datang dalam sekelip mata, benda ni pun boleh hancur dalam sekelip mata juga. Rite?
Katakan if kita cakap buruk pasal orang lain, benda tu SEPATUTnya tamat kat situ je..Tapi, atas dasar 'prihatin', benda tu TERsebar. Note the sarcasm.

Actually, bila orang cerita benda tu kat kita, itu bermakna dia trust kita. Like myself, I actually akan fikir dua,tiga kali before bagitau secret I even to my bestfriend. Because like i've said earlier, I've been through a lot so, trust adalah satu benda yang susah untuk I bagi kat sesiapa pun. Still wujud satu jurang so that I will put my guard up and takkan terkena lagi buat kali ke...I don't know...Ke seratus lima puluh tujuh point tiga setengah?
Sorry pada yang terasa. :(
But, this is the cold hard truth. BUT, you can still rely on me. I'll always be there for you. If I can't help, I'll listen. :)

Kadang-kala kawan kita terpaksa pindah..And kita pun terpaksa berpisah. Kita punyalah berjanji taat setia semua 'kittew takkan lupakan yew walaupun terpaksa berpisah beribew battew~'
Apasal ayat aku macam mengundang tamparan taichi dari cikgu BM?
Anyway, kita, human, manusia/homosapien dan apa-apa lagi perkataan yang sesuai adalah makhluk yang unik. Kita mudah adapt dengan sesuatu keadaan. Maybe ada yang rasa macam 'Susahnya tanpa kau disisiku'
But, as time goes by, The clock's ticking....Kita akan lupa pasal dia..Dia pun akan lupa pasal kita. Semua tu akan jadi kenangan terindah dalam memori kita je. Trust me. I'm a pro. (lol~)

Terkadang kita buat or cakap something yang buat dia terasa..But if dia betul-betul kawan kita, benda tu TAKKAN sesekali jadi penghalang..Minta maaf and then, berbaik lah balik. The End.
See? Happy ending for everyone. Yay! But if not..Then, try guna cara lain...
Ada banyak cara untuk kita tackle balik dia. Wah! Ayat ni macam untuk pakwe/makwe je...Hebat hebat...

So...I think that's it for today... Got any thoughts? Be free to share
e-mail me at : dalikadali@gmail.com 
:)
 Okay...perasan gila..Sape je lah yang NAK e mail kau??! :P

PEACE OUT!


Mic test

Check!
Kiraan satu dua tiga!
Sesaje nak type mende mengarut.. Teehee~!

PEACE OUT!

Everything happens for a reason

As-Salam!
Salam Isyak eberiwan!

So..Without all the eating part that mostly dominating my days...I got the time to think betterer and more good-good..Maap kan inglish ku. Tadi ticher inglish tak masuk kelas... :P
Have you've been wondering why's the sky blue, How'd the bird learn to fly, Where's the tv's remote, Why am I here, Who are you?
Well, STOP thinking!! And enjoy your life! Eh, tak berkaitan dengan tajuk langsung ni -.-'
Harap dimaafkan, tadi saya tak belajar tatabahasa. Harap dimaklumi :P

So, a budak laki asked me earlier today....'Kau pernah maki orang dalam blog,eh?'
Jawapannya?
Yes bro...Indeed I had...
Well, they kinda asking for it. Kalau maruah kau sampai dipijak-pijak, takkan kau nak sanjung lagi orang tu?
And kalau kemarahan tu kau dah lama pendam, takkan nak diamkan lagi?
Especially bila dia treat kau macam 'buli dia dalam diam'
Hah? tak paham? Okay...Situasinya cenggini.... *efek asap berkepul-kepul*
Day 1:-
Kawan: Wei, tolong bwk beg aku jap..aku ada benda nak kne settle..k thx, bye
Day 2:-
Kawan: Wah! Coklat! Aku nak sikit! *terus sambar dari tangan kau*
Day 3:-
Kawan:Huh! Aku malas lah nak tolong kau...Buat susah aku je...
Day 4:-
Kawan: Wakakakaka!! Lawak gila kau ni! *pukul peha* *cubit tangan* *tumbuk bahu*

Dear, benda ni dah pernah terjadi kat I..And so, I lepaskan amarah tu kat blog..I admit it...Benda tu memang childish and mengundang musibah yang lebih berat..but, Kalau 'kawan' tadi tu tak cari pasal, I takkan tulis.

And maybe ada jugak sebab kenapa dia treat me like that. But right now, I can't figure it out.
So, bila I tulis kat blog dengan hasutan nafsu marah and hasutan syaitan....Memang ayat yang keluar semua macam hampeh je lah kan? Sila paham-pahamkan sendiri lah ayat tu. But, at least kasi censored sikit nama tu...Takdelah pulak aku letak sebijik nama kau kat tengah belog aku ni...Sebab I still have some respect kat kau..And maruah kau tu aku still jaga walaupun kau dah pijak maruah aku...Taaaapii, why should I jaga pun? Kau sendiri pun dah rendahkan maruah diri kau bila kau duduk bergesel bahu dengan jantan..Not to mention perasaan bangga kau tu bila ada jantan kejar kau..Hello? Tu bukan something yang booleh kau banggakan..

And so readers *krik krik* Bila someone tu buat dajal kat kita...Cuba kita kaji balik diri kita ni..Kot-kot memang kesalahan tu berpunca dari kita. If not, maybe sebab kita buat dalam tak sedar kot...Or separuh sedar...Sambil mamai, kita TERtumbuk orang ke...TERbelasah orang ke...Mana lah tau kan :)
Cer tanya kawan-kawan yang lain pulak... :)

Coz, Everthing memang akan terjadi atas sebab dan alasan yang tertentu...If all hope seems lost, Allah tengah uji keimanan kita lah tu...Insyallah...Banyak-banyak bersabar dan berdoa...Well, I've learnt my lesson...The HARD way...So, adik-adik yang kot-kot terbaca post ini..Sila ingat pesanan dari 'akak-mabuk' ni. Dalam kita happy-happy pun, still ada time yang buat kita down, kan?

Life's not always rainbows and sunshines, sometimes it'll rain and storm.

PEACE OUT!

p/s: I could be a motivator speaker! xD

What's wrong now?

As-Salam!
today I just want to share a story with you guys lah...Boring gila xde benda nk dibuat :P
*****
I ada buat pemerhatian kat kawasan kejiranan I ni...and so, the conclusion yang dibuat sangat bertepatan kot dengan keadaan kemasyarakatan masa kini. Ceh..ayat nak gewd-gewd je

Puan (A) baru balik dari kerja and so beliau penat. Anak-anak dia semua dok kerumun tanya bila nak pergi bazar.Dengan penuh kepenatan puan (A) turutkan je apa yang anak-anak dia minta. Tapi anak dia yang paling sulung taknak ikut. And so Puan (A) suruh lah anak sulung dia tu kemas rumah. Lepas around 30 minit camtu diorang balik....Tetiba puan (A) menjerit pasal rumah tak kemas.Anak sulung dia kena marah.
Tapi I tengok mana ada bersepah. Elok je rumah tu..Maybe lah ada dua tiga keping kusyen atas lantai..but thats not supposed to be an excuse supaya anak sulung dia tu dimarahi.To me, kalau nak dibandingkan dengan time sebelum diorang gerak ke bazar tu, lagi sepah. 

So....Kalau puan (a) cakap yang anak sulung dia tu tak kemas rumah, apakah keadaan yang sebelum ini lebih sedap mata memandang? or Camne ceritanya?

Eh..ayat aku dah macam orang mabuk tak makan sehari..Padahal baru pukul 10.45 sekarang ni..
Teehee~

I know..cerita tak best...ada pulak I kata cerita ni yang paling best kat dunia? You just got PRANKED!!!
xD

PEACE OUT!
p/s: ehem..eskiyus mi ayat macam orang mabuk sikit..

Misleading Titles|Good? or Bad?

As-Salam!
Eh, jemput masuk semua-semua. Jemput duduk..
Eh, silakan bersila. Jangan segan-segan :P
*Sengal budak ni* 
*****
So, once upon a time, I stumbled across a post with a weird and kinda provocative title. 
Contoh, "Saya tak sayang mak saya".. So, kita selaku makhluk yang sangat curious akan klik post tersebut sebab nak tau apa motip si empunya belog letak tajuk sedemikian rupa. So, lepas kita baca..Baru lah paham.....Sebenarnya, "saya tak sayang mak saya..Tapi, saya cintakan beliau lebih dari segalanya" *bacaan baku*
Tajuk yang macam tu akan mengundang para pembaca untuk menjengah blog sebab curious..
"biar betul dia ni?"
"eh,. makhluk mana ni? Cer jenguk sket"
"Wow! kurang asam gila! Pehal dengan dia ni?"

But, kalau tajuk terlebih misleading, and anda seorang vlogger yakni Youtuber, makanya adalah lebih molek sekiranya video tersebut tak kena upload or tukar je tajuk tu..kan senang..
Sebab saya sendiri pernah ter'menonton' satu vid yang pasal 'Stop 1D Hate Masseges!'. Benda tu of coz lah benda yang baik kan? But sebabkan tajuk dia 'I Hate 1Direction', makanya ramai yang kutuk dia sebab tak puas hati. You see? Kalau vlogger buat tajuk misleading gitu, orang takkan klik sebab nak tangok isi kandungan cerita. Diorang klik sebab nak bash and kutuk, caci dan maki dan lain-lain..This is not good.
Lagi pulak kalau yang duduk kat tengah hutan macam diriku ini *sobs* connection internet macam mintak jeling-jeling manja/cubit-cubit rindu/pukul-pukul sayang/tumbukan yang bertubi-tubi semua. So, once ternampak tajuk yang mencabar keimanan sebegitu, they tend to click and hate. Not click and watch. YouTube loading lama gila wooo! Baik gi makan ikan! Kenyang gak. 

Ikutlah situation anda-anda..Yang mana yang elok, buatlah...yang tak elok tinggalkan...
Wah! dah ada khidmat pesanan masyarakat pulak! Good job. Good job
So, tamat lah sudah ini post..Sekian...Wassalam
Salam Ramadan eberibodi!

PEACE OUT!