Titipan khas Buatmu wahai Sahabat(s)

As-Salam!
Okey...Tak nak banyak cerita..Tadi, aku ada baca blog abang aku ni.."Eh, eh! Siapa abang mu?!" kata hilal..aku tau kau akan cakap macam ni kan? Takpe..aku memang hebat! Okey..Lurus ke jalan mati titik, tiba-tiba jari ni rasa gatal je nak tulis something buat kawan-kawan sekelas and...Kawan-kawan yang lain...
****************************************************
Salam perkenalan pembuka bicara,
Khalida di sini ingin bercerita!
Kisah suka berserta duka,
Harap-harap korang baca lah ye!

Aku,
Bukan lah sahabat yang sempurna,
Yang baik, bisa mendengar segala celoteh kalian,
Walau kadang terkasar bahasa,
Akan ku titip kan sebagai kenangan.

Sahabat,
Kalianlah tempat aku belajar...
Erti derita, sengsara, serta duka...
NAMUN!
Dari situ juga lah aku belajar mengenal,
Sayang, gembira, gelak ketawa...
Yang kian bergema di sanubari....
Yang gema nya kian kuat kedengaran..
Yang sentiasa berulang tayang...
Yang sentiasa buatkan diri ini rindu!

Wahai sahabat,
Sekiranya perpisahan terjadi...
Ingat lah..bahawa,
You Are the BEST thing that ever happened to me..
Okey...Maybe agak over reacted sikit...Tapi, aku nak korang semua tahu yang aku memang sayang gila babas kat korang..Speaking of which, tadi aku makan kari guna serbuk Babas! First time weh! Boleh tahan rasa kari terbabit! (korang boleh baling katak kat aku lepas ni)
Maybe, ada yang nak pindah ke...Masuk asrama ke...Aku tak kisahlah mana korang nak pergi..Jangan pergi jahannam sudah! Memang aku tak ngaku kawan! Anyway, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat korang sebab sudi jadi kawan aku..^^ Serius cakap, sebelum aku pindah BTP dulu, aku memang takde kawan langsung! Aku selalu kena pinggir :')
Tapi, korang tak macam tu....Korang baiiiik sesangat..Walaupun kadang-kadang korang suka buat aku marah and what not..Tapi, at least, korang tak pinggirkan aku...
Thank you so much...Aku harap korang tangkap jiwang lah lepas ni kan...Sebab aku dah berpeluh-peluh dah nak menaip entri ni...
Thanks for being My Friend...
And Thanks for being the awesomest  friend at that :)
And You Are The BEST thing that ever happened to me :')
Aku sedih gila nak berpisah dengan korang!!



All in all, good luck with your life, nee?And jangan lupa kan aku tau! :')














**********************************************************
PEACE OUT!
p/s: sorry pada pembaca lain yang mungkin tak tahu hujung pangkal....Ini entri khas buat kawan-kawan yang Me sayangi :')

No comments:

Post a Comment