Haish....Tak paham-paham ke? -,-'

As-Salam!
hye~ and...HOI kepada orang yang tak faham-faham ni...
ish3...rasa simpati pula bila apa yang Me try sampaikan dengan penuh berhemah dia tak faham..Macamlah Me cakap bahasa 'ajshdasjkdh' dengan dia...
************************************************
Al-kisah....Me bagi tips-lah-sangat dekat sini dan dekat situ. xD
Pada tips nombor entah yang keberapa...Me ada tulis, '

Widget yang bukan-bukan..Sila BUANG and Widget lagu tu..Pe ke namenye?
Dia marah-marah cakap tu blog dia.Tak payah nak sibuk-sibuk
Macam yang Me tulis lah..it's your blog not Mine...Serta bukan juga kepunyaan makcik Gayah sebelah rumah atau pakcik Mail kampung sebelah.Itu blog ANDA. TAPI kenapa anda membuat blog pada awalnya? Just for fun kan? Tapi sibuk dok promote suruh orang follow.
I follow you..Follow balik ea~
 Then? The problem is blog anda, identiti anda so...Suka hati anda? Yes itu Me akui hak peribadi anda kerana Kecantikan adalah hak milik setiap insan *tibe-tibe je* Tapi, mata pembaca tu? telinga, hati, usus, limpa, pancreas, stomach serta ginjal tu? Hak blog anda ke? Katakan pembaca blog anda tu ada penyakit lemah jantung, then buka blog anda tiba-tiba keluar lagu Heavy Metal. Tak ke tamat riwayat beliau? Then, blog anda dalam wanted list sebab dah menyebabkan pembunuhan...Okey..Jauh bebenor dari realiti kan? xD
Ataupun...Cik Bedah yang baru je lepas bertungkus-lumus tidurkan anak beliau..Beliau buka laptop, then Blog Walking..Sampai je ke blog anda,
OYEAH!! YEAH!! YEAH!!!
(lagu rock daaa)
Maka, tercelik pula si anak dari peraduannya..Maka Cik Gayah terus menghentak kaki tanda protes kepada blog anda..Tapi, kalau lagu yang slow pula lain halnya...Dah blog Me cakap jangan letak lagu yang memungkinkan kadar masalah pendengaran meningkat dengan mendadak, anda pakat nak letak lagu selow..Me tahu tu..Sebab Me kan hebat! *haktuih* Kalau satu blog letak lagu slow tak pe....Kalau Me buat kerja secara pukal? 37 blog yang Me buka letak lagu slow dah bunyi macam singa meraung je...Kalau yang letak lagu rap? Lagi haru! Macam bunyi kapal terbang terhempas di tengah hutan Amazon!
Blog 1: Yeah! Ch-Ch-Ch- Check it out!
Blog 2:M-M-M- My b-b-b-b- Baby
Blog 3:G-G-G-G -Gettng to d-d-d-d-d- Dance (ance-ance)
*Lagu di atas adalah hasil nukilan kepala Me sendiri..Tak berkaitan dengan mana-mana pihak..
Mau meletup kepala lutut orang yang mendengar ye dak? Boleh terkeluar taik telinga
At least, letak widget ti kat tempat yang senang orang nak nampak...Atau jangan set kan dalam auto play..Kalau nak jugak letak mode auto play, pastikan volume tu tak terlalu tinggi..
Ada blog yang letak auto play, volume tinggi then, letak widget tu kat tempat susah nk jumpa...Me TERjumpa pangkah kat bahagian atas belah kanan tu..Settle problem!
Pasal widget yang bukan-bukan tu...I mean, calender, fish-fish tu ke...Boleh menyebabkan blog anda berat..Ce timbang sekarang..Berapa kilo blog anda? *ngarut sudah*
Kalau blog anda ringan and simple letak lah ikan tu berapa ketul pun..Takde sape nak marah...Ini sekadar CONTOH okey...Kadang-kadang benda-benda ni boleh jadi penghalang post anda..Kalau Me baca kat PC yang besar gedabak ni memang takde masalah..But, kalau Me gunakan laptop Me? About suku dah kena tutup dengan benda-benda tu...okey? Faham?
*******************************************************
PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment