Slot Ustazah Cilik | Tipu

Assalamualaikum semua!
Ini adalah slot baru yang Me buat sebab kebosanan harap dimaklumi ^^
Okey...First of all, me bukan lah nak berlagak alim..Sebab Me memang dah cukup alim Sebab Me cuma nak bagi nasihat, pandangan, dan yang sewaktu dengannya xD
nota kepala lutut : Me tak tulis 'As-Salam' sebab dalam mode 'ustazah'
************************************************
Okey...Hari ni kita akan membincangkan tentang 'tipu, menipu, ditipu, tertipu' dan lain-lain jenis penipuan yang berlaku -,-'
Selalu yang berlaku adalah apabila kita menipu seseorang..Maybe untuk menutup kesalahan atau apa-apa sahaja alasan yang dirasakan relevan. Dalam masyarakat moden dinihari, banyak penipuan yang berlaku
menipu timbangan, umur, nama, alamat, dan lain-lain. Tipu sangatlah kalau anda kata anda tak pernah menipu kan? :)
Setiap orang pasti pernah melakukan penipuan..Sama ada besar, atau kecil je yang membezakan.
Contoh :
penipuan kecil :-
"man! dah bagi itik-itik tu makan?"
"dah mak!" *padahal tengah layan PSP dari pagi semalam non-stop

Penipuan besar:-
"Ada nampak tak gelang mak kat atas ni?"
"takde mak!" *padahal dah siap dijual kat kedai pajak sana
See?
Walau apapun jenis penipuan yang dilakukan...Ianya adalah berdosa. Nak-nak lagi kalau tipu mak dan ayah..  :)
"Eh? Tapi kan ada 'bohong sunat'?" kata seseorang
Haish...siapa pulak yang keluarkan fatwa bohong yang sunat? -,-'
Sebab nak sedapkan hati sendiri je kan?
"eh! aku dh tipu Ros! eh..tak pe...bohong sunat.."
Hoi! Mana mungkin bohong itu sunat hukumnya?
Sebenarnya itu dipanggil bohong HARUS yang anda selalu gunakan tu...
Cuba ingat-ingat balik Pendidikan Agama Islam yang anda belajar masa darjah 4 dulu...
 Wajib= Buat dapat pahala, ditinggalkan berdosa
Sunat= Buat dapat pahala, jika ditinggalkan tidak berdosa
Harus=Buat tiada pahal, tinggal tidak berdosa
Makruh=Buat tidak berdosa, tapi jika ditinggalkan dapat pahala
 Haram= Jika dibuat dapat dosa, ditinggalkan dapat pahala

* Tolong betulkan kalau Me tersalah :)
 So, kalau bohong itu sunat....Kita dapat pahala sebab menipu lah kan? Wah! best nya! Ni rasa macam nak pergi menipu je ni kan? :P
Walaupun bohong itu berdosa tapi, dalam situasi tertentu ia diHARUSkan atau diBOLEHkan okey?
Contohnya untuk menjaga hati orang lain dan macam-macam lagi... :)
So, harap-harap lepas ni takde lagi lah sesiapa yang gunakan istilah 'bohong sunat' lagi... -,-'
*****************************************
So..itu je dulu untuk masa ni
As-salamualaikum sekalian :)
p/s: tolong tegur kalau ada kesalahan ye..Kita sama-sama belajar okey? xD
p/s/s: Waa~ ada faedah juga blog budak ni! xD

No comments:

Post a Comment