Saya Penduduk Nomad

As-Salam!
Kisah sedih...Yang pelik tapi macam tak heran pun.
*****
Sekiranya anda buka buku teks sejarah tingkatan 1, anda akan tertidur dengan pantasnya. Eh, kantoilah tak baca buku!!Nanti cikgu marah :P
Zaman paleolitik (100 ribu tahun dahulu)
-penduduk nomad (berpindah randah)
-berburu binatang
-mencari hasil hutan
-Tinggal di dalam gua berhampiran sungai

#tak buka buku pun..In case salah, sila buat donno

Ciri-ciri di atas sewajarnya tidak wujud lagi dalam kamus masyarakat Malaysia pada zaman kini. Tapi, cikgu telah pun membuktikan bahawa "nothing is impossible!" budak 4sains1 sila duduk di kabin kat hujung dunia.Yang jauh dari tamadun kemanusiaan..Yang tiada bekalan makanan. T_T
Sobs..Apa ni cikgu? apa salah kami? <-- in case cikgu SEMETRI yang baca, saya bergurau semata ;)
Waktu Bio pergi makmal sejauh 4 kilometer setengah..Waktu rehat, pergi kantin 2 batu setengah inci..
Waktu lain, cikgu pun malas nak masuk..so, kitorang Free! Wee~~

Harap-harap esok boleh duduk dalam kelas. Amin....
Tadi budak 3KAA guna kelas untuk peperiksaan KKQ..SO, kitorang dihalau ke hujung dunia sana.

Serius punya paleolitik. Lain kali sila pakai cawat sambil kejar kucing dengan lembing. Untuk lebih 'feel' sebut Ugghhhaa! Ughhaaaa! sambil kejar kucing terbabit.

Eh, I think I dah makin kerap update pulak kan?Ini tak boleh jadi ni!
I dah bercita-cita nak jadi sloth! Ni dah melanggar undang-undang seksyen K kanun keseksaan.

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment