Facebook sebagai medan info?

As-Salam!
wee~ dah boleh online balik ikut suka hati!
Selama ni dok pendam je sebab 'SPM'. Now? Hahahaha!! ^^

Ehem..So, I'll be going away for a camping trip. Dont worry lah...Satu malam je. Disebabkan camp ini dianjurkan oleh badan pengawas sekolah kesayanganku, seharusnya saya ini mengikut peraturan bukan?
TETAPIIII...!!!
Saya ingin mempersoalkan something..
Facebook sebagai medan menghebahkan informasi?

I know yang ramai je rasa FB ni macam sesuai sebab FB adalah dunia tanpa sempadan,kan?
BUT...!!!
I've always noticed of bilamana FB ni wujud.. Kita semakin jauh dengan life.
U understand me or not?
I mean, sejak wujudnya kegilaan ber-FB-ing, kita dok terperap dalam bilik, depan laptop and online. If bosan, on twitter pula. Or youtube. Ni dah terpesong ni.. Balik ke asal.
Kawan-kawan pengawas sekalian dok hebahkan pasal informasi yang berkenaan dengan kem tu dekat FB. And being a natural slowpoke that i am, of course lah selalu tertinggal info terbaru.
Bila on je, baru tahu yang 5 jam lepas diorang buat meeting. Or Kena dapatkan borang sekian-sekian dari pejabat sebelum tarikh sekian-sekian. Like...Whatt...?
If nak hebahkan info umum, i don't really mind lah cuz menda tu memang evergreen je rasanya. But, if it's something specific macam yang I said earlier,camne pulak tu?
You guys have to know that not all people have internet access especially dalam keadaan cuaca yang macam musim tengkujuh ni. Ramai je yang mengeluh kat belakang cuz asal nak bagitahu pasal meeting, dok tulis kat FB. Bila tak datang, kena tindakan tatatertib. Bila orang tu cakap tak tahu orang kata dia tak alert. Adoi... Sejak wujudnya FB, kita semakin kurang human communication, kan?

I tak rasa budak tu yang bersalah dalam hal ini sebab as i said earlier, tak semua rajin nak on FB 24/7.
Eh? tak kata? okey..My bad.

Tapi again, I wanna tegaskan balik bahawa if you want to post about something specific, to a specific person, better contact them personally. It's better and easier for both parties actually rather than post about it on a social network, entah sampai atau tak info terbabit.
Okay?

I think that I've made my point clear. So...good bye?

PEACE OUT!

Setelah penat berkebun~ (KEMERDEKAAN AFTER SPM)

As-Salam!
Merdeka!!!
Woohooo~~
Eh, dengar cerita paper Addmath and Math kena repeat. Ye ke?
Hadoi...Tapi I sokong sangat-sangat cuz yang hari tu punya I macam tak puas hati sikit pasal jawapannyew sangat mengarut....!!
Hahaha~ enuff lah with this SPM stuff.
Apa plan kawan-kawan yang sudah habis SPM macam saya? *krik krik krik*
So, I and friends dah planning baik punya nak habiskan masa dengan perkara yang berpekdah.
Huahuahua~ SANGAT.
We alls dah janji nak pergi jogging every once in a while cuz boleh lah kami melepak sekali. Bukankan baik sebegitu? Beriadah sambil mengeratkan silaturrahim? Eceh~
Then kami akan breakfast bersama. Like the whole class nak join selepas hantar buku teks. Wahaha~ Kecohlah kedai tu dengan kesemua ahli 5 Sains 2. Kami sangat saling menyayangi tahu? Sedih lah sekolah dah habis T_T
Next rabu, 4/12, I and kawan-kawan pengawas yang lain will go to camping. Maaflah inglish saya berterabur. lepas tamat je paper BI hari tu terus bakar buku grammar semua. Langsung haram-jadah ayat jadinya selepas tu. Pengajarannya, jagalah kehormatan buku anda. Kerana mereka begitu berharga.
Then, Hari Khamis balik kampung. Like, tamat je camping terus balik Perak nun. Hadoi....Tapi bestlah jugak. mencari ketenangan setelah penat berhempas pulasan dengan paper SPM-an.
Maaf, Bahase Melayoo saya juga ada effect yang sama sebaik je tamat paper BM. Ehem... (-_-")
So, after that, saya jua akan pergi belajar memandu. Saya ingatkan setelah habis SPM saya boleh rehatkan minda tapi kena juga bangun awal pergi seminar. Itu saya tak kisah. Tapi saya risau if time ujian memandu tu saya gagal. Cuz kaki tak sampai kat pedal hape semua (T_T)

"Maaflah..if ketinggian aku yang tak sampai 160 cm ni menyusahkan kau"

kata seorang manusia kepada seorang manusia yang lain. *tetibe*
Then, I will go to bekerja untuk kutip pengalaman. Nak juga merasa pegang duit sendiri. Apalah perasaannya bila dah ada kerja yang betul and gaji untuk menyara diri and family eh?
Selama ni I pun kerja juga. Awal tahun hari tu. Kerja i adalah jaga Pou adik I. Heh.

Kakak buat apa tu?
Cari nafkah untuk Pou

Heh.
Ini serius. Rasa macam excited je bila dah dapat kerja nanti. I suka teroka something yang baru. Kan adventure tu. Tak rasa thrill ke? No? just me? Okay ._.

Then, sebaik sahaja balik terus gi solat dulu. Ehem. Then gi terkam gitar!
Waa~ My darling!! Dah berapa lama kita tak bersua? i miss you so much. *krik krik*
I will go against my doctor's order and start Taekwondo-ing(?) again!
Whoa. Sikit je lagi nak dapat black belt. Woo!! Fight-o!
Then, I will go belajar main music pulak.Bidang yang sangat saya minati! Hee~
Gedik kan? Dulu I main piano tahu? Sebelum pindah BTP. Tapi tu cerita masa I darjah 1. Sekarang? I think dah almost 10 years I tinggalkan music.Then gi focus kat taekwondo pulak. Hmmm....Ni kes curang ke apa?

Ya Allah..Dah panjang berjela-berjala dah I type ni. Ada ke yang baca ni? *krik krik*
HAHAHA~ What ever..
*forever alone*

Okaylah...maybe if I bosan I will lepak sini and jalankan-blog (blog walking).
Zzz...Serius ah rindu kat sekolah walhal baru je berapa jam tamat paper tadi. Hmm...Tapi tu cerita di lain waktu dan ketika lah. Okay? *krik krik*
Bye~

PEACE OUT!

I taknak pergi berperang ! Tapi nak pergi bercucuk tanam!

As-Salam!
Hoyeah!!! SPM!!
Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi!
Kalau nak kira ikut hari memang tak sempat sehari lah ceritanya.
Tapi kalau kira ikut jam, macam banyak je...Baik kira ikut minit or saat!! Omaigad!! Banyak nya masa yang boleh dibuang!! >:P

Hahahahaha~~ Seriuslah mengarut..macam tajuk post ni..Apa bendalah yang kau nak tanam time-time nak dekat SPM ni Jah oi!!

Well.....
Selama I bersekolah lah kan...Bila ada periksa besar je..Semua pakat cakap nak pergi berperang.
Pen-pen tu macam senapang. Yang kertas tu musuh...Cikgu-cikgu komander perang...
AMENDELAH?!!
So....Lembaga Peperiksaan tu apa? Ketua musuh ke? Haa...Yelah..Dah nama pun lembaga kan? ZZzzzz Adoilah...Nak tergolek aku -.-'

Pliss lah....Dari kita ibaratkan peperiksaan tu macam nak pergi berperang, baik anggap macam nak bercucuk tanam..

Pen and alatulis are the cangkuls and bajaks. The kertas pekse is the seedlings. Our cikgus are the ketua pekebun.. I rasa macam lagi chill bila anggap SPM macam ni.. :)

I mean..Why not, right? Ehem...because :
Rather than 'war' right now, bulan 11..and result bulan 3...masa ambil result tu apa namanya? Keputusan perang? Gila lama kau berperang dengan kertas pekse tu..Walhal dah lama hantar..
TAPI
If kita anggap macam nak pergi berkebun, rasanya macam lebih tepat. Sebab sekarang kita tanam..Nanti bulan 3 kita tuai hasil..tak gitu? :D
Sepanjang tempoh nak tunggu result tu , kita isikan dengan doa and solat hajat...Tu kiranya macam tengah siram pokok tulah...Kan amik wudhu' sebelum solat..Air tu! Tepat sungguhlah kalau cenggitu perumpamaannya..Kan?

Walaupun sungguh tak komersial bunyinya :
 "Bulan 11 ni aku nak pergi bercucuk tanam!" rather than "Bulan 11 aku akan berperang!" 
Tapi kalau ikut logik, Bila kita tuai hasil...not everyone akan dapat semua yang elok..kan? ada juga yang kurang elok sikit..Takpelah... Ikut rezeki masing-masing.. 
Tapi....Kalau 'perang'..Kau tak ace paper tu...kiranya dah cacat anggota ke apa? Yelah..'Musuh' tu tak dapat ditawan (grade pekse), makanya kalau dalam perang, musuh tu akan 'makan' kita balik..Kan? 
Haa.....Bolehlah pergi daftar untuk OKU pulak lepas ni... (-_-")
Tapi, I tak payah sebab I nak pergi berkebun. If hasil kurang memuaskan..I still ada time lain untuk  berkebun...Sebab I tak cacat lagi *tetibe*

Okeng...I dah penat mengarut... 
So, cikgu-cikgu sekalian...Lain kali jangan disogok pelajar tu dengan istilah 'perang'. Saya cadangkan 'bercucuk tanam' atau 'berkebun'. If murid tanya kenapa. Sila cucuk perot mereka dengan  bekas penyiram tu. Banyak soal! Ngehehe~ 
Baiklah..Sekian sahaja sesi mengarut kali ini...Semoga bertemu lagi di lain episod :)

PEACE OUT!

Menghitung Hari (SPM)

As-salam!
waaaaaaaaaaa!!!!!!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

okeh...settle..
sangat sopan bila mukadimah macam orang meraung hilang kucing bertanduk kat hidung.
apakah?

serius ah..sakit hati.. bila belajar separuh mati.. result macam minta kaki..
baik tak payah belajar kalau camni.. merajuk ah!
okeh.....emo tetibe....
hormon tak stabil sebab stres brokoli barangkali? (",)
ehem....so...
Some result dah dapat...paper exam hari tu pun dah semak... Nasib baik lah kali ni macam rajin nak semak...cuz  ada a few papers yang markah salah kira.. Ni mesti kes sabotaj ni. Jeles lah tu. heh. :P

Just so you know, nanti, pada awal bulan Oct, I ada 'Hari Graduasi'. SPM pun belum tetibe dah graduate. Hahaha..I very the confuse. (-_-")
To be honest...
I just really can't wait for it. I mean, this is it. This is should be the day that I start my journey to shape my very own future. Not like UPSR or PMR..
 SPM adalah kayu ukur di mana hala tuju masa depan kita kelak.
Wahh...dah mai dah mood pemidato tu. Blah ah. Plis


Graduate > SPM > Result > Masuk U


Waa~ Dah nak habis sekolah dah rupanya aku nih. Tapi still samar-samar pasal pemilihan course.
Ayah suruh jadi Chef. Mak suruh jadi Cikgu. Atuk suruh jadi Doktor.
Hukaloh....camne ni...Tak ke jadi krisis identiti cenggini?
And yang paling tak boleh belah, teacher kat tuisyen suruh jadi Lawyer. Hamek kau!

Beban oh beban....
Kepala pening tahap gaban..

Masa isi borang permohonan biasiswa hari tu, I tanda  about 5 course ..Dah dia tulis boleh pilih lebih dari satu so, I tanda banyak-banyak... Bertindak mengikut arahan. Saya hensem *tetibe*
Maybe nanti kena buat kaunseling kerjaya ke hape..
Maybe lah... I don't know yet...
Dulu macam dah pasti sangat nak jadi doctor, but lepas tengok result, nak jadi doctor cucuk sendiri pun macam tak pass :P
kah kah...minta simpang weh.... T_T
Gurauan semata-mata... :D

haha~ life as a form 5 student... Seriuslah I enjoy tahun ni..Maybe sebab rasa next year dah takde kat sekolah so, tahun ni buat memori pokok pisang banyak-banyak..Or kenapa entah...
tapi entah..Rasa syahdu je bila fikir pasal graduation and SPM.. Kalau boleh, I nak panjangkan lagi masa.. Graduate bulan Januari 2014, SPM bulan 4.. Boleh? xD
Junior-junior pun best...Ada yang hormat kat kita macam kak long (^_^)
Ada yang layan kita macam kawan baik sendiri (^^;)
Cikgu-cikgu pun sama...This year, I got among the best teachers teaching my lovely class (5 sains 2)
Teramatlah sportingnya layan kerenah kami yang menggila setiap hari..
Even kat tempat tuisyen I pun!
My friends? I've got a bunch of crazy friends! xD
Always there by my side.. Haha~
I ingat lagi..time jumaat lepas..I tengok result BI..Yang terpaling amat sangat teruk dalam sejarah hidup I.
I pun menangislah macam orang mati laki.
Then my friend, datang peluk I.
Serius, I terkejut time tu.
And then time rehat, I pergi jalan-jalan me-release tension, terjumpa lagi kawan... Dia dok pujuk I...Bagi semangat hape semua..Haha~
Ya Allah...I'm so blessed with this wonderful people around me
I lap yu very strongli pipelz :)

If i could, I nak buat macam kenduri kesyukuran untuk diorang semua..Maybe lah...Satu hari nanti...
Sekali dengan majlis kawen I (",)
Hehe~ gurau....

Waaaaa!!!!
Dah panjang dah ni... i better stop right now.
Kalau dibiar, sampai esok pun tak habis cerita.
Okeh,

PEACE OUT!












Mengambil Trial SPM ibarat mengambil air dari daun keladi di tepian lembah maut !

As-Salam!
I. Can't. Take. It. Anymore...!!!!
Ahahaha~
Hiperbola gittew tajuknyeww~

Ehem...
Time tengah busy jawab soalan trial, I terpikir something. Hmm...
*usap janggut*
Why lah kan......? Yang orang dok busy tanya pasal result SPM? Why not trial? cuz, as far as I know, untuk memohon universiti, biasiswa and so on, orang tengok result trial SPM dulu..kn? ke camne?
Why budak-budak SPM disogok dengan harta duniawi demi mengejar kejayaan SPM?
Hah? Apa benda lah aku ngarut ni..tengah jawab soalan boleh melalut sampai ke situ...
Maaf, soalan susah, banyak yang dibiar kosong (",)
Maaf. Saya bergurau *ehem*

Since day one lagi, parents and teachers dok push kami-kami semua untuk trial yang dikatakan susah gila babas. But, then again...Bila trial DOWN orang cakap "takpe..bukan SPM"
Aik? Kecelaruan maklumat atau identiti jenis apakah ini?
I don't get what people are trying to say here.. I mean, what's the point of having trial's result then,if people are going to turn a blind eye on them?
Waa~ English aku...Boleh tahan boleh tahan

If result trial elok but tetibe SPM down, dah macam syndrome down pulak bunyinya di sini.
Ah! Spoil! Sorry, kita ulang balik
If result trial elok but tetiba SPM down, orang akan tetap kutuk.. "SPM tak banyak 'A'"
Ahah...So...I will biar persoalan-persoalan ini tergantung di sini.
Kamu-kamu yang baik hati tolong jawab ke apa ke... *krik krik*

I will try to get back as soon as possible... *krik krik krik*

PEACE OUT!

Life Update!

As-salam!
*check kalender*  O_O"
Dah bulan Ramadhan rupanya!
Ya Allah...Time flies so fast when you're having fun!
Fun? Hm....boleh dipertikaikan... (-_-")

So, what's up? My life? Up and down, Round and round. Takde tujuan langsung. Zzzz..
So....Yeah....Midterm dah lepas.. Study macam gempak. Result macam nak kena sepak. (-_-")
Ni lah akibatnya kalau diri kurang motivasi. Datang sekolah patut berniat nak belajar kerana Allah (",)
TAPI, entah macam mana boleh tersesat pulak budak ni. Datang sekolah sebab nak jumpa orang je.
Contoh:-
Assalamualaikum! Eh, hidup lagi kau ye
Eh, hari tu dah arwah dah. Ni hidup balik :P
Oh..Okay, aku nak jumpa orang lain pulak, lepas tu aku nak balik rumah. Gudbai!
Oi!! Lepas ni kena belajar!
Tak nak lah. Rasa macam takde mood pulak

Haish...macam tak sedar yang diri tu nak pekse. SPM pulak tu. Bukannya PAT ke hape.. 
Eii...Someone plislah..tolong lempangkan I ni. Kejut kan I dari mimpi indah ni...Rasa macam tengah tidur je...lanjutan dari lepas PMR dua tahun lepas (-_-")
Eh, I don't know lah kan...But since a few days ago, I asyik ngantuk je...Time cikgu mengajar kat depan, i steady je duduk tegak...tangan salin nota...tapi mata tertutup. Err...tengah menghayati apa yang cikgu cakap (",)
Oh...Now, I know..Yang manusia boleh tidur sambil salin nota...Ohsem.. :O
It's like , "Hm...Okay..Yeah...Hmmm....Krohhzz..."
Kepala terangguk-angguk..Konon macam paham sangat tapi hakikatnya, tengah tidur..Maaf cikgu..Saya tak berniat pun.. (-_-")
Kesianlah kat cikgu-cikgu aku (-_-")

Oh! Sebelum I terlupa, I will again, mengabaikan blog ni..So, janganlah tertanya-tanya dimanakah Cik Khobes menghilang..Aish..Projek ternakan kobes I pun macam nak lingkup je. Eh, I tak cakap ke yang I ternak kobes? Haha~ *JK*

Entry-entry pun hanya sembilan ketul je setakat ni..Tahun-tahun lepas average 50. Woih! Inflasi ke hape nih?
Nak online pun masa hujung minggu. My classmates, selamba je online guna wi-fi sekolah kat smartphone masing-masing. Sorrylah..I takde smartphone macam yu'allz..I pakai dumbphone je..Sebab 'dia' tak pergi sekolah macam fon korang..*ehem* Terasa tak? Ngahahaha~!!
Time spotcheck je, semua muka gelabah. Siap alertkan satu sekolah yang pengawas nak buat spotcheck...Haish...Budak-budak ni lah... xD

Oops..! Dah panjang pulak I mengarut. Zzzz...I really want to stay here a bit longer. But, i have to go now...Nak buat benda yang lebih berpekdah sket. haha~ KONON.

PEACE OUT!

Reasons to Blog

As-Salam!
Whoa! Khobes dh hapdet belog!
Panggil jiran buat kenduri! Tu, pergi sembelih kambing!
Eh, periuk mana? Kang nak masak kambing dalam apa? Longkang?

Teeettttt.....
Itulah akibat dah lama tak blogging. Dari sehari ke sehari nak menjengah blog tapi..apakan daya...Tak mungkin dapatku melawan takdir-Nya. Haha~

Ehem...back to the titik asal. (main point)

Dulu I buat blog ni sebab nak release tension dikala PMR. and now, bila nak dekat SPM., macam makin terabai pula blog ni. Kan? Kesian..Dah macam di-blog-tiri pula. Haish..Sadis...
So nya....dah berapa lama blog ni wujud sebenarnya? If tak silap...around tahun 2010 gitu dah ada blog ni..Tapi time tu hapdet macam cacar-lembu je. Takde sape teringin nak baca pun. Sebab entry, macam hampeh wa telling lu. So, janganlah pergi buka entry-entry lama...tak berilmiah langsung. Eh, tapi blog ni mana ada berilmiah sangat poonnn. Hadoi (-_-")

I think, on top of everything, I sangat busy tahun ni..Cuba bayangkan..Lepas sekolah, tusyen petang. Then, malam pun tusyan gak.. Tapi ilmu tu tak pula kekal lama dalam ingatan. Lepas habis je sesi, terus lupa. Masuk angin, keluar ilmu. Haha.. (-_-")
Input kurang, output lagi kurang...Dah tak balance pula equation ni. Tolonglah doakan kecemerlangan SPM saya. Pliiiiissssssssssssss....... T_T

Lagi pula, tahun ni jadual hidup I dalam sehari macam hape je..nak makan pun tak ikut time. Ni kalau gastric balik, hospital lah jawabnya. Tapi, nasib baik tahap kesihatan I sangat baik. Alhamdulillah.. :)
Masa nak makan pun takde, camne nak buka blog? zzzz...

Rasa macam tengah menzalimi diri sendiri pun ye juga. Tapi tak pasti kat part mana sebab tujuan asal nak menuntut ilmu.Cumanya, timing kurang tepat. Nak masuk banyak benda tapi jadual sendiri dah padat. Memang mengundang tamparan maut. Acara sukan tahunan pun...nak pergi kena rujuk kat secretary dulu. Ehem...My secretary is my mum. hee~ She's the one that's been keeping my life together at the moment. Thanks mum~ Muahh :*
If my mum kata tak boleh pergi, makanya I tak boleh join. Tapi nasib baik I pandai berhujah sebab asalnya...My mum tak bagi pergi cuz, I bukannya masuk acara apa-apa pun. Setakat tengok je..Baik pergi buka youtube. Gila apa nak bersorak kat depan computer? T_T
So...memanglah..kualiti hidup I tahun ni sangat terjejas. Ceh, dah macam iklan SYABAS pulak. Eh, hari tu rumah I takde air. Rumah korang camne? *tetibe*

So....I guess...That's about it...Takde masa nak bebel panjang-panjang. Taekwondo yang dicintai pun dah lama tinggal. Kalau tu pakwe, sah-sah dah kena 'cerai'. Ngahahaha~ cerai lah sangat. Kawen pun tidak. :P

Okay...goodbye loves...Till next time..Whenever that would be :)

PEACE OUT!

My 'Oh-So-Normal' Life

As-Salam!
Camne nak start eh?
Err.....
Hello friends!

Haha~ mukadimah pun dah tak reti buat. Apakedehal lah budak ni. T_T
Okay...First-first, I miss this silly little blog so much!!
Okay I know...dah takde sape yang sudi nak baca blog yang ibarat hidup malas, matinya tak jugak.
Ni peribahasa yang dah di-alter. Nanti boleh guna dalam karangan BM korang. If korang fail, salahkan kawan sebelah korang. Dah apa pulak mende aku mengarut ni.

Okay lah my loves.. I pun dah tak larat nak mengada kat sini..I penat sebenarnya. T_T

Mid term exam dah start. Bermakna SPM dah dekat. Which means no more lazing around and segala benda yang lagha akan disekat oleh parents. T_T
Penat betul ,baca buku pelajaran. Okay, tipu. Penat betul CUBA baca buku pelajaran. Rasa macam nak terjun tebing je..Punya banyak dugaan time exam. :'(
Actually, time paper esei BM hari tu, tangan dah sampai tak boleh pengang pen dah..Punya sakit. Tetiba tangan tersangkut/tersekat/jam. Ah sudah! takkan nak tulis pakai kaki!? Itu tak cool bro..Itu tak cool.
Paksakan juga tangan yang dah layu akibat dah penat dikerah tenaga bak buruh paksaan. Ayat aku memang tak boleh rosak lagi (-_-") Mentang-mentang dah habis paper BM, terus dilanggar segala hukum tatabahasa. Haish....Paper sejarah jangan cakaplah....Macam hampes wa cakap sama lu'alls T_T
Apa yang dibaca or di'scan',tak masuk..Tapi yang di-tidak-membacakan tu lah yang masuk..Dah kenapa?!
Ehem..scan bukan bermaksud soalan bocor eh..Scan, as in baca cepat2 dengan mencari isi penting je. Ni kamikaze tahu. Adik-adik, jangan cuba dicontohi aksi ni. T_T
Lepas ni entah paper apa pula. Serius tak tahu..Sebab tak dapat jadual. Dah berbuih mulut minta, still tak dapat-dapat. ehem...tak payah exam la kalau macam ni :P
Aaandd..I nak mengadu ni..sebab kalau mengadu kat manusia, belum tentu ada respons yang positif...Disebabkan ini belog, makanya I tak risau kalau-kalau akan dilempang sebab blog takde lutut. *eh?*
Kerusi saya ditendang oleh seekor makhluk time exam. Cis! Kurang sopan! Orang nak jawab paper pun tak senang. Orangnya tak lain dan tak bukan, orang yang duduk di belakang diriku. Elok-elok dah dapat fikir jawapan, terus lupa. Ohsem..Dia cakap, dengan menendang kerusi terbabit, dia akan mendapat semangat dan hidayah untuk menjawab exam. Tapi dia lupa, yang dia juga akan mendapat penumbuk jika aktiviti tersebut diteruskan. Hehe~ gurau..gurau.. xD

Okay lah...I better stop here. karang mengarut je lebih...Entah bila baru dapat ber-blogging dengan senang,riang dan girang. Cewah~ konon macam 'cemerlang,gemilang,terbilang'. Dahlah..baik pergi tumbuk abang dari meroyan depan komputer ni. K bye

PEACE OUT!

I think i'm gonna be insane!!!

As-Salam!
Medic! Medic!
Kamu sihat? I sihat (ish). Biasalah..dah tua, ada juga sakit-sakit sikit. (",)
Rasanya macam dah lama tak update...Satu bulan seploh hari to be exact..Eceh, siap counting bila last hapdet... Nampak sangat rindu nak post kat belog.

So, pernah tak, you all berada dalam satu situasi di mana anda terlibat dengan banyak perkara serentak and semuanya memaksa anda untuk memberi komitmen secara handred persen pada setiap satunya?
Saya pernah...Baru lepas sebenarnya. Pada bulan 2 yang lepas, saya masuk bahas. Ehem, cikgu pandai pujuk..Saya baru nak merajuk konon bila semua orang datang melutut, baru nak join balik. Padahal, "Khalida, awak masuk lah balik bahas. Sebab awak dah banyak pengalaman dan awak pembahas terbaik dua tahun sebelum ni" I pun, "Hiks~ Okay". Pantang dipuji, terus cair. Haish....(-_-")
So, lepas bahas, terus berlatih for pantun Habis pertandingan pantun masa hari Sabtu hari tu, Isnin terus tak masuk kelas sebab pergi latihan teater. Yes! Teater derr....Wa pun tak sangka cikgu pilih...Hahaha~ Sampai hari khamis, pertandingan. Yeah..3 hari je prepare for theater  Gila tak gila.. Time hari Isnin tu, cikgu English dah tuntut I bagi komitmen pada Debate (English). Astaghfirullah...So, I set time...Dari pagi sampai 12.30, I dalam mood seorang pelakon teater yang handal. Lepas 12.30 sampailah 1.15, I'm a debater yang berwawasan. Perkara ini berterusan sehingga habis teater. And I kena fokus pula pada debate.
I think I boleh jadi gilaa!!!!

Then, sebelum amende eh...Pantun kot...Ada ujian awal semester. Serentak kena berlatih and belajar.Okay... Tipu..rehat dua hari time ujian...Ujian tiga hari je...Setiap hari ada 3 subjek..Mau tak sawan aku cmni?! Time ni I dah pasrah sangat dah...gagal pun gagal lah...Sebab habis waktu sekolah, ada tusyen..malam pun ada tusyen juga. balik tusyen, tido. hmm....waktu makan pun kena curi-curi masa sikit agak diri ni tak kebulur. Prinsip hidup time tu, makan untuk hidup. Belajar untuk ujian. Berlatih untuk pertandingan! Okay..awesome..Pertandingan pantun? Kalah di tangan Sekolah Agama Menengah (?) Rawang or nama glamernya, SAMER. If kitorang menang, kena lawan pula dengan SBPI Rawang or nama saintifiknya, SEPINTAR. So, sama ada kalah kat SAMER, sekolah yang sangat kami geruni or kalah pada SEPINTAR, sekolah yang SAMER geruni. Suka hati koranglah..nak paham atau tak..aku sendiri tak paham ayat aku yang berterabur ni (-_-')
Rasanya time ni, I dah jadi sewel.

Minggu lepas, i dapat result ujian hari tu....Terus terangnya, I takdelah letak harapan untuk cemerlang, waima lulus sekali pun sebab masa study pun macam tak rela je. Kerana saya malas. Buka buku pun takde kudrat, nak membaca apatah lagi..masa dapat result, rasa nak terjun tebing je. Saya, LULUS SEMUA SUBJEK!!! Berbanding tahun lepas, gagal dua.. (Chemistry and Addmath) Tetiba dapat lulus, rasa nak buat kenduri je. Dahlah tak study! Okay fine....I cuma 'study' dengan mendengar apa yang orang lain baca. Masa buat latihan kat tusyen pun I tiru jalan keje orang. Punyalah kamikaze cara aku belajar. Tetiba lulus. Alhamdulillah...Syukur pada-Mu. Okay..I think, time ni I dah terkinja-kinja bak babun gila. Budak-budak lain pandang macam ada orang sewel tersesat masuk sekolah. Eh, Okay lah tu! At least dia nak belajar! :D

And I ada join satu pertandingan tulis essay secara online. kena kejar deadline dia lagi...Dengan tusyen lagi...Astaghfirullah...bawak-bawak istighfar..PM pun pasti meratap dengan jadual hidupku ini T_T
So..You know? My life had been hectic for this past months. Tapi insyallah, lepas habis je pertandingan debate, I terus pencen dari semua pertandingan nih...Penat hoii!

Oh and time bahas hari tu, I kenal seorang pembahas dari SMKK (teka lah~)..Pembahas ketiga.Pakai spec~ hensem! Time tu tengah angau sekejap. And I buat keje gila..Tengah-tengah berdebat, boleh main kenyit-kenyit mata. Nasib baik dia tak sedar.HAHA~ And kebetulan, kat sekolah, ada sorang mamat ni muka hampir sama. So, I paksa dia pakai spec I..PERGH!!! Wa cakap sama lu alls..Muka sama! And dengan x malunya I confess yang muka mereka sama and I suka kat budak SMKK tu. Lalu, si klon ini perasan. Haha~ dia pula kalau nak argue dengan I buat muka comel sebab dia tau yang I pasti kalah bila dia buat muka yang sama dengan budak SMKK tu. (-_-")
tak cukup dengan tu, SMKK tu join juga pantun! So, I yang tengah sakit kepala tunggu keputusan pertandingan terus sihat bila TERnampak muka dia. Hehe~ jodoh~
Okay..I'm crazy


Alright..I guess that's it for this past months..I hope to see you later..Whenever..K bye~

PEACE OUT!

When Your Mom's A Teacher

As-Salam!
Tetiba macam terlintas idea untuk menghupdet.
Jari-jemari tangkas je nak menari atas papan kekunci ni. Eh, pantun! Boleh tahan boleh tahan.

As you already know, my mum's a teacher. Seorang guru BI to be exact.
And cikgu-cikgu ni memang macam dah boleh 'baca' perangai anak murid beliau.
Just so happens that beberapa tahun lepas, my mum melarang I kawan dengan sorang budak ni..Dia kata nanti dia tikam belakang, mulut laser, pijak kepala.
And I was like, "manade...Dia baik lah..."
"chillex la mak.."
And now, i rasa,"Cili le mulut I ni mak"
Bila time camni kita rasa macam bodoh sangat sebab tak ikut cakap mak bapak.
Dulu I eager sangat nak buktikan kat mak I yang kawan I ni baik. Sekarang, I rasa nak sepak diri sendiri sebab tak reti nak dengar nasihat orang tua. -_-"
Boleh je my mum cakap "I told you so" atau melayunye "Kan dah kata"...Memang beliau cakap pun...makan dalam hoi!
Rasa nak terjun kolam je. Sorok muka dalam surat khabar -_-"
Tapi, bila dah terbukti yang I ni salah, takkan nak pergi mengadu? Ego I tinggi hoih! So nye, padan muka I sebab tak reti dengar cakap...Sila lah meratap nasib diri bila mana diri ditendang bagai anjing kurap bila dah takde guna..
Maybe I should write a song about it...Macam Taylor Swift >:)

p/s: I'm not a swifty...You can bet that I hated Haylor.. thank god it's over!! xD

All in all, listen to your parents,they said...It's for your own good, they said..
Listen to you parents especially if they're teachers, I said...They knows whats best for you, I said again

Oh, and post semalam tu, I memang serius. I nak tinggalkan bahas. Korang rasa selesa ke nak bekerja dalam persekitaran di mana ada orang asyik nak hentam korang? Asyik cari kesalahan korang? Asyik cari gaduh dengan korang and walks away like they're all innocent and truthful? Well, don't be stupid. Act smart, sila angkat kaki bila korang rasa tertekan. Nanti korang juga yang merana.

PEACE OUT!

To My dearest grup bahas :)


As-Salam!
Ehem...ni sebenarnya 'surat chenta' buat ahli-ahli bahas SEMETRI yang tersayang..
kira dua dalam satu lah...kat FB taknak tulis banyak-banyak...Semak je rasa..Okay, kita teruskan :)
*****
Assalamualaikum...
Saya, Khalida Amira Azmi (5sc2)
Memohon celahan kali terakhir para YB sekalian.. :)
Saya ingin menarik diri dari bahas pada tahun ini. Bukan kerana saya seorang pengecut..Tetapi, kerana saya berasa terpinggir. 
Saya sentiasa jadi orang yang paling akhir mengetahui tentang aktiviti-aktiviti bahas. Kadang-kala saya terlupa untuk bertanya namun, sering pula saya ditipu apabila dikatakan "Minggu ni xde bahas" walhal sebenarnya ada.
Saya akui, saya ada sedikit salah faham dengan ahli lain namun,saya rasa tidak wajar untuk bersikap tidak professional sebegini. Maaf bagi yang terasa. 
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik pelapis bahas SEMETRI terutamanya Nurhani Izzati kerana sentiasa berikan informasi yang berkaitan. Dan ahli-ahli lain yang setia memberi semangat dan kata-kata dorongan setiap kali pertandingan menjelang. 
Buat Yang Berhormat yang berkenaan, lain kali, sila beritahu sekiranya anda mahu menyingkirkan saya dari grup ini. Jangan biarkan saya seperti orang yang bodoh tertunggu-tunggu sesuatu yang tak pasti.Mungkin anda berasa saya tidak komited namun, saya sendiri telah dianak tirikan oleh keluarga yang saya sayangi. Memang saya agak kecewa tetapi, mungkin rezeki dan jodoh saya bersama anda-anda sekalian di grup bahas hanya sampai di sini.
Sekiranya cikgu bertanya, katakan sahaja yang saya sudah tak mampu untuk meneruskan perjuangan. Saya bakal menghadapi peperiksaan yang penting (SPM) dan tidak mempunyai masa senggang yang cukup untuk berlatih bersama-sama anda semua.
Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya saya berkasar dan biadab dengan anda. Terima kasih buat segala pengalaman yang berharga ini :)
Oh, dan sekiranya anda memerlukan sedikit tunjuk ajar dari saya yang kurang berpengalaman ini, jangan segan-segan. Kita masih berkawan,kan? :)
Terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi seorang yang matang, lantang dan berkeyakinan. Segala pengalaman saya bersama anda tidak akan saya lupakan. :)

Kesimpulannya, saya nekad untuk menarik diri dari bahas. Mohon usul diterima :)

*****
Sekian, wassalam...


It's Weekend(ish)

As-Salam!!
Hoyeah!!
Finally, cuti~ Sekolah cuti seminggu yezzz!!
Ehem..Pekse,pekse...Ingat pekse..
Tak baik cuti-cuti ni.. (-_-")

Title macam mengundang penendang dari guru-guru..Sape ajar hari isnin jadi hari minggu? hah? sape ajar?Sapeee????
*pang!*
Okay..Dah waras sket..
So, time weekend (hari cuti) cenggini, memang dah jadi tradisi family untuk brekfes sesama. I know family y'alls pun same kan? Mengeratkan silaturrahim kata orang...Tapi bagi I, mengundang silat gayong je..
Well, time duduk kat meja makan, of coz le duduk reramai kan?Then, time ni lah nak story semua benda yang jadi kat sekolah..Just so you know, my abang sambung belajar kat matriks Banting. While my lil sis, yang form 2 (rasanya..Tak hengat derr...Family besar sangat) kat Johor. Diorang kalau balik, memang banyak cerita nak bagi tau..Kitorang yang sekolah dekat dengan rumah ni memang dah setiap hari, balik rumah mengadu.
"mak, tadi kat sekolah adik terpijak taik kucing" *Euww*
"Mak, esok kat sekolah ada marathon! Akak tak nak pergi boleh? Nanti kurus lah...Sayang kat lemak-lemak ni semua" *whaaaatt?!*
And so on....So, bila time berkumpul satu family camni, adik yang form 2 tu akan bercerita dari time dia celik mata sampai dia tidur..Takde satu babak pun yang terlepas..Yang abang takde mende nak citer...coz..lelaki..Takkan nak kepoh sekampung pulak.
Bila dah takde citer, memasing diam...Tetiba.....
My dad pulak tegur setiap penghuni meja.
"Adik, jangan makan banyak sangat.Nanti gemok"
"azzalea (adik bongsu), lap mulut tu..Comot sangat"
"Along, lepas ni jangan tido dalam bilik..Tolong mak kemas rumah"
"Ni sape masak sambal ikan bilis ni?" (My mum le...I malas...:P )"Masin"
"Kakak" *gulp*
"Dah makin banyak jerawat abah tengok kat muka awak tu" *pengsan*
Dalam banyak-banyak benda, tang jerawat jugak beliau nak cerita. -_-"
Lepas tu my mum selaku teacher yang berdedikasi, akan bertanya pasal sekolah. Adik I yang form 2 tu terlepas sebab dia dah cerita dah awal-awal tadi.
"Kak, camne addmath awak? Mak dengar ada repeat exam hari tu"
I dah sawan dah time ni..Berbuih mulut..
Sape cerita ni?Sape cakap?Hah?Hah?
Sedih..takkan nak cakap yang I ulangkaji last menet. I hafal je jalan kerja and jawapan sebab tu kertas tahun lepas..Takkan nak cakap. Takkan. Takkan....
"Err...Okay je..."
"Okay tu camne?"

Kbye...
See how close and loving we are? LOL sangat.. -_-"
So..I bet everyone's having a great weekend rite?
So..Enjoy your cuti...
And Selamat Tahun Baru Cina :)

PEACE OUT!
p/s: Takde motif pun aku update hari ni xD

The Youth of Tomorrow, Today!

As-Salam!
Hye..This post is kind of a rant or something...If you setuju sila angguk.If tak, sila baca dan hayati teks di bawah. *whaaat?!*
*****
So, a few days ago, latihan taekwondo dah start. Hari Sabtu. Kita skip awal-awal pagi...Time balik tu, I call my dad untuk ambil I balik.Rumah jauh wei...Dah la penat. (-_-")

Lepas call, I pakai ler headphone. Untuk dengar lagu. Of course le..Mana mungkin untuk membajak sawah. 
And guess what? I saw a few people. Lelaki, dewasa (pangkat bapak orang) bisik-bisik sambil pandang I. I ignore je la. Sebab I kan famous *sila muntah*. Bila ayah I sampai, I gerak ke kereta, diorang pandang and gelak..I was like, 'WhhhaaaaT??!' 
Ayah I tegur mereka-mereka. Oh..Kawan surau rupanya.. Nak tau apa diorang cakap kat ayah I? Ah! Tak kira! Nak bagitau jugak!

"Anak kau ni ada masalah pendengaran ke?" time ni I kerut dahi. Pak cik, ni namanya headphone ye..Untuk dengar lagu..Bukan untuk orang yang ada masalah pendengaran.

Ayah I gelak.."Hahaha. Tu lah, asyik pakai benda tu je" Ah sudah. Ayah pun berkomplot dengan mereka?
"budak-budak zaman sekarang" tambah pak cik yang lain. LOL? anak pak cik budak zaman bila?
"Eh, kau tak nak ikut kitorang ke?" tanya pak cik yang lain pula. Mereka mahu adakan lawatan sambil belajar kot. Fikir diri ku.
"Anak-anak aku kat rumah takde sape nak jage..Mak diorang gi sambung belajar" jawab ayahku.
"eh, takpa...Pakwe dia (sambil tunjuk kat diriku) boleh jaga..Pandailah dia jaga anak-anak kau nanti.." Yang lain gelak..

Oh pakcik, saya ni pergi sekolah untuk belajar..Bukan nak cari suami. (-_-")

"Ha..Yang tu tak tau lah pulak aku" jawab ayah dan kami terus berlalu pergi..Ayah bagi jelingan maut kat I. I'm innocent!!! ><
*****
Okay.
My angel faced cupcakes...This is why I'm questioning their point of view. See? I ingatkan orang surau semua macam alim and macam imam-imam muda tu.. I silap..Ada juga segelintir yang mulut tak tapis, cakap lepas.

First of, headphone tersebut saya pakai untuk menghilangkan kebosanan serta untuk block bunyi-bunyi seperti suara-suara sumbang pakcik tadi..
Sebenarnya, ramai anak muda (LOL?) pakai headfon/earfon untuk block segala tohmahan keji orang sekeliling. Kenapa diorang ni suka sangat mengkritik? Sila jawab encik.

Second, just because I pakai tudung bawal with short-sleeved shirt and sarung lengan, tak bermakna I kaki berpeleseran. Kaki I boleh  ke berpeleseran? lantaklah. Takkan i nak pakai baju lengan panjang kat dalam uniform taekwondo yang juga berlengan panjang tu? Tak selesa okay.Tak bernafas ketiak aku. *tetiba*
Apakah I patut pakai jubah di lain hari? (-_-")

Third, just because I'm in SMK dan bukan di SMA, tak bermakna budak-budak kat sini suka mencari teman hidup. Hadoilah...Apa yang mereka fikirkan? I tak nafikan bahawa ada yang meman  dah advance. Tapi masih ramai lagi yang tak se-advance mereka. Takkan lah I kena jauhkan diri dari budak laki? Tak boleh cakap dengan diorang segala..Tu sekolah campur. Bukan Sekolah perempuan..Faham pak cik? Saya masih mematuhi batas pergaulan..Duduk rapat, pegang tangan semua tu saya tak pernah buat.

Serius..I memang sakit hati dengan apa yang diorang cakap. Suka hati je kata I ada masalah pendengaran. Pak cik jangan kata yang dulu pak cik tak pernah bersiul lagu-lagu zaman tu..Itu tipu. Tipu dosa.

Serius..Yang pangkat atuk-atuk takde pun cakap menda camtu..Yang pangkat bapak ni pulak yang ter-sibuk. Maaf bagi yang lain. Saya tujukan khas buat mereka tu je. Budak sekarang kuat melawan sebab selalu kena perli. Serius. Contoh: 
Bilik I sepah sikit. Mak marah..Ayah pun marah. Lepas dua-tiga bulan, I kemas..
"pandai pun kemas. Boleh buat sebenarnya..Cuma malas je" kata mereka.
If i tak kemas, kena perli..Dah kemas kena sindir, baik tak payah kemas. Badan tak penat, tenaga tak keluar. Kemas or tak, still kena perli. betul tak kawan? Lol.
And if markah merosot teruk..
"Banyak main!"/ "tak fokus!" /" kau nak jadi apa besar nanti?"

Bila dah ada peningkatan:
"boleh pun buat" "Camnilah anak mak/ayah" Selama ni saya nak sape? O_O"
"Kalau rajin sikit lagi mesti boleh dapat top 10" Errr....

Kami, anak muda masa kini selalu diperli/ dicaci. Memang kami selalu kena marah and tegur.Itu normal..Jadi tak normal bila diperli sentiasa. So, ramai yang memberontak. Kami dipersalahkan pula sebab tak jaga kelakuan/akhlak. Memberontak bukanlah membawa senapang. Bukan bermakna kami tengking ibu bapa. Tak juga kami tergamak mencederakan mereka. Kami pilih untuk diamkan diri dan ignore kata-kata mereka. Bukan selalu..Kadang-kadang je.. Bila buat camtu, kami dikatakan melawan/memberontak. Pulak dah...Bila kena marah, kami lari masuk bilik, kami dipanggil biadab. Bila tersengih dikata tak mendengar cakap. Juga salah kami. (-_-")
Kami sentiasa dibanding dengan anak jiran/kawan sekolah/sedara-mara. Tapi bila kami nak apa yang mereka ada, kami dipersalahkan kerana membandingkan keluarga sendiri dengan keluarga orang.
Contoh:
"Cuba duduk rumah macam anak cik Leha tu. baik je dia tolong mak dia. Kau tu malas sangat kenapa?"
"Baiklah mak...(-_-")"

"mak, anak cik Leha tu beli iPong terbaru! Saya tak mintak banyak..Saya cuma nak Samseng Gelaksi Tub je..Boleh?"
"kau ni, apa orang ada kau nak!Cuba jangan bandingkan dia dengan kau"

Hah?

"mak tak pernah banding-bandingkan anak mak..mak sayang semuanya sama je.
"Tapi mak bandingkan saya dengan anak cik Leha,pak cik Seman, Uncle Muthu,Opah bedah"
"Tu sebab nak naikkan semangat motivasi diri kau tu."
*****
LOL?

PEACE OUT!

Jot Your Dreams Down!

As-Salam!
Ya Allah....Dah pertengahan bulan Januari rupanya!!!
Lagi berapa bulan nak SPM nih???
Lol...Emotional tetiba

Olla peeps~
Today I'm feeling a bit murah hati..So, I nak share kan sedikit tips untuk mencapai impian-impian dalam hidup kita ni. Just so you know, tips ni I ambil dari seorang penceramah..And now, I akan sharekan serba sedikit. By serba sedikit, I really mean...SEDIKIT..Coz I dah tak ingat..Al-maklumlah, ceramah tu bulan 12 tahun lepas..sekarang dah hari apa...

Kat ceramah/bengkel tu, I diberitahu bahawa salah satu cara untuk mencapai impian u alls adalah dengan menulis benda tu..Like I myself, I dah tuliskan apa yang I nak capai tahun ni pada penghujung tahun lepas...Orang lain buat azam, I buat list. Ohsem....

Penceramah tu cakap, a few famous people and artist and stuff, pernah tulis impian mereka-mereka dalam kertas..And letakkan kat sebuah tempat yang senang nak nampak..Ada yang framekan, letak kat dalam dompet and others..And benda yang mereka nak tu memang termakbul...Kuasa Allah S.W.T...Bukannya I kata kalau tulis kat kertas konfem dapat..TAK..Tulis ni just untuk memotivasikan diri kita..Insyallah, termakbul jua satu hari nanti..

Okay, perenggan kat atas macam serius je..Lantak lah..Sambung cerita...At first, I pun memang skeptikal pasal benda ni.."boleh percaya ke?", " betul ke?"...So, I try je lah..coz, tak rugi pun kan?
I jot down about..11 things...Dengan tajuk, 'Things I will Get/Accomplish on 2013'
And..Alhamdulillah...Now, I dah dapat 2 dari 11 benda..Apa yang I dapat? Lol..kena bagitau ke?
Takpelah...I taip satu je eh...Nanti anda-anda kat saya riak pula..Saya comel *tetiba*

First, I take a kertas kajang (madam akan marah bila membaca ini sentence :P ) and baca bismillah..Sebab, I memang teringiiiinn sangat nak capai semua yang I tulis tu...Then, I tulis tajuk...
'Things I will Get/Accomplish on 2013'
Then, I tulis apa yang I nak untuk tahun ni...Then, I tulis tarikh and hari I tulis tu supaya I know berapa lama masa yang diambil untuk capai...And..pada nombor yang entah ke berapa, I tulis..'Pengerusi ERT'...
And guess what? Alhamdulillah jadi kenyataan...Kebetulan? Check this out...I first time masuk kelab ping-pong, I jadi naib setiausaha. Dalam kertas I tulis, Naib Bendahari...Still lebih kurang sama...See? Kuasa Allah...Oh and this kertas, I letak kat dalam file coz...Setiap hari kita buka file kan kawan-kawan? :D

So...Insyallah, I akan berusaha untuk mencapai yang lain-lain...

Kawan-kawan juga patut cuba..
Selamat Mencuba!

Lol..Buat Iklan pula budak khobes ni -_-"

PEACE OUT!
p/s: I'm serius!! Try this at home!! Or somewhere...Just TRY IT!!! ><

Happy New Year!

As-Salam!
Hai..dalam tak sedar dah tahun baru menjelang lagi...Rasa macam tak percaya pula yang diri ini dah menjadi senior kat sekolah.. Tua dah rupanya aku ni..
Ho ho ho!!
So..What's up dengan anda-anda punya resolution? I mean azam tahun baru..Karang pergi bagi resolution gambar korang..Pe je lah yang budak zaman sekarang ni fikir? Haih...Ceh, rasa tua lagi sekali...*minum kopi secawan*
This new year, I dah siap buat satu list yang agak panjang untuk dicapai dalam tempoh setahun ni...Bila tengok balik..rasa macam mustahil pun ada gak...Apalah yang aku pikirkan tahun lepas? Haiz....Tak matang langsung. Lol..Padahalnya baru berapa hari lepas buat list..Rasa tua balik...*minum kopi*
Hmm....So, this year, I akan kurang kan blogging...If rajin, I akan buat draft...Bila macam ada masa, baru update...So, jangan rindew kan titew cangat yew? Muahx~ *geli tekak*
To all students yang akan sit for the PMR, good luck eh. Harapan cikgu-cikgi semua sangat tinggi buat batch terakhir ni. LOL~ 'cikgu-cikgi' mau kena lempang laju-laju dengan cikgu BM satgi.
Oh, and to all SPM candidates, FIGHTING!!! Jangan jadi gila meroyan sudah...Belajar kena smart bukan hard. Remember that eh?

So..that's it...I guess...See ya around? Well, not really 'seeing' coz, I'm here..And you're there..
Well, You got the point rite?
K? Bye...

PEACE OUT!
p/s: sebelum I blah dari sini, ada satu soalan sikit...Boleh bawa fon pergi sekolah ke?Karang keluar lagu 'Gangnam Style' dalam kelas karang, abes cikgu melatah menari. Hiks~