As-Salam!
Ehem...ni sebenarnya 'surat chenta' buat ahli-ahli bahas SEMETRI yang tersayang..
kira dua dalam satu lah...kat FB taknak tulis banyak-banyak...Semak je rasa..Okay, kita teruskan :)
*****
Assalamualaikum...
Saya, Khalida Amira Azmi (5sc2)
Memohon celahan kali terakhir para YB sekalian.. :)
Saya ingin menarik diri dari bahas pada tahun ini. Bukan kerana saya seorang pengecut..Tetapi, kerana saya berasa terpinggir. Saya sentiasa jadi orang yang paling akhir mengetahui tentang aktiviti-aktiviti bahas. Kadang-kala saya terlupa untuk bertanya namun, sering pula saya ditipu apabila dikatakan "Minggu ni xde bahas" walhal sebenarnya ada.
Saya akui, saya ada sedikit salah faham dengan ahli lain namun,saya rasa tidak wajar untuk bersikap tidak professional sebegini. Maaf bagi yang terasa.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik pelapis bahas SEMETRI terutamanya Nurhani Izzati kerana sentiasa berikan informasi yang berkaitan. Dan ahli-ahli lain yang setia memberi semangat dan kata-kata dorongan setiap kali pertandingan menjelang.
Buat Yang Berhormat yang berkenaan, lain kali, sila beritahu sekiranya anda mahu menyingkirkan saya dari grup ini. Jangan biarkan saya seperti orang yang bodoh tertunggu-tunggu sesuatu yang tak pasti.Mungkin anda berasa saya tidak komited namun, saya sendiri telah dianak tirikan oleh keluarga yang saya sayangi. Memang saya agak kecewa tetapi, mungkin rezeki dan jodoh saya bersama anda-anda sekalian di grup bahas hanya sampai di sini.
Sekiranya cikgu bertanya, katakan sahaja yang saya sudah tak mampu untuk meneruskan perjuangan. Saya bakal menghadapi peperiksaan yang penting (SPM) dan tidak mempunyai masa senggang yang cukup untuk berlatih bersama-sama anda semua.
Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya saya berkasar dan biadab dengan anda. Terima kasih buat segala pengalaman yang berharga ini :)
Oh, dan sekiranya anda memerlukan sedikit tunjuk ajar dari saya yang kurang berpengalaman ini, jangan segan-segan. Kita masih berkawan,kan? :)
Terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi seorang yang matang, lantang dan berkeyakinan. Segala pengalaman saya bersama anda tidak akan saya lupakan. :)
Kesimpulannya, saya nekad untuk menarik diri dari bahas. Mohon usul diterima :)
*****
Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment