It's Weekend(ish)

As-Salam!!
Hoyeah!!
Finally, cuti~ Sekolah cuti seminggu yezzz!!
Ehem..Pekse,pekse...Ingat pekse..
Tak baik cuti-cuti ni.. (-_-")

Title macam mengundang penendang dari guru-guru..Sape ajar hari isnin jadi hari minggu? hah? sape ajar?Sapeee????
*pang!*
Okay..Dah waras sket..
So, time weekend (hari cuti) cenggini, memang dah jadi tradisi family untuk brekfes sesama. I know family y'alls pun same kan? Mengeratkan silaturrahim kata orang...Tapi bagi I, mengundang silat gayong je..
Well, time duduk kat meja makan, of coz le duduk reramai kan?Then, time ni lah nak story semua benda yang jadi kat sekolah..Just so you know, my abang sambung belajar kat matriks Banting. While my lil sis, yang form 2 (rasanya..Tak hengat derr...Family besar sangat) kat Johor. Diorang kalau balik, memang banyak cerita nak bagi tau..Kitorang yang sekolah dekat dengan rumah ni memang dah setiap hari, balik rumah mengadu.
"mak, tadi kat sekolah adik terpijak taik kucing" *Euww*
"Mak, esok kat sekolah ada marathon! Akak tak nak pergi boleh? Nanti kurus lah...Sayang kat lemak-lemak ni semua" *whaaaatt?!*
And so on....So, bila time berkumpul satu family camni, adik yang form 2 tu akan bercerita dari time dia celik mata sampai dia tidur..Takde satu babak pun yang terlepas..Yang abang takde mende nak citer...coz..lelaki..Takkan nak kepoh sekampung pulak.
Bila dah takde citer, memasing diam...Tetiba.....
My dad pulak tegur setiap penghuni meja.
"Adik, jangan makan banyak sangat.Nanti gemok"
"azzalea (adik bongsu), lap mulut tu..Comot sangat"
"Along, lepas ni jangan tido dalam bilik..Tolong mak kemas rumah"
"Ni sape masak sambal ikan bilis ni?" (My mum le...I malas...:P )"Masin"
"Kakak" *gulp*
"Dah makin banyak jerawat abah tengok kat muka awak tu" *pengsan*
Dalam banyak-banyak benda, tang jerawat jugak beliau nak cerita. -_-"
Lepas tu my mum selaku teacher yang berdedikasi, akan bertanya pasal sekolah. Adik I yang form 2 tu terlepas sebab dia dah cerita dah awal-awal tadi.
"Kak, camne addmath awak? Mak dengar ada repeat exam hari tu"
I dah sawan dah time ni..Berbuih mulut..
Sape cerita ni?Sape cakap?Hah?Hah?
Sedih..takkan nak cakap yang I ulangkaji last menet. I hafal je jalan kerja and jawapan sebab tu kertas tahun lepas..Takkan nak cakap. Takkan. Takkan....
"Err...Okay je..."
"Okay tu camne?"

Kbye...
See how close and loving we are? LOL sangat.. -_-"
So..I bet everyone's having a great weekend rite?
So..Enjoy your cuti...
And Selamat Tahun Baru Cina :)

PEACE OUT!
p/s: Takde motif pun aku update hari ni xD

No comments:

Post a Comment