Reasons to Blog

As-Salam!
Whoa! Khobes dh hapdet belog!
Panggil jiran buat kenduri! Tu, pergi sembelih kambing!
Eh, periuk mana? Kang nak masak kambing dalam apa? Longkang?

Teeettttt.....
Itulah akibat dah lama tak blogging. Dari sehari ke sehari nak menjengah blog tapi..apakan daya...Tak mungkin dapatku melawan takdir-Nya. Haha~

Ehem...back to the titik asal. (main point)

Dulu I buat blog ni sebab nak release tension dikala PMR. and now, bila nak dekat SPM., macam makin terabai pula blog ni. Kan? Kesian..Dah macam di-blog-tiri pula. Haish..Sadis...
So nya....dah berapa lama blog ni wujud sebenarnya? If tak silap...around tahun 2010 gitu dah ada blog ni..Tapi time tu hapdet macam cacar-lembu je. Takde sape teringin nak baca pun. Sebab entry, macam hampeh wa telling lu. So, janganlah pergi buka entry-entry lama...tak berilmiah langsung. Eh, tapi blog ni mana ada berilmiah sangat poonnn. Hadoi (-_-")

I think, on top of everything, I sangat busy tahun ni..Cuba bayangkan..Lepas sekolah, tusyen petang. Then, malam pun tusyan gak.. Tapi ilmu tu tak pula kekal lama dalam ingatan. Lepas habis je sesi, terus lupa. Masuk angin, keluar ilmu. Haha.. (-_-")
Input kurang, output lagi kurang...Dah tak balance pula equation ni. Tolonglah doakan kecemerlangan SPM saya. Pliiiiissssssssssssss....... T_T

Lagi pula, tahun ni jadual hidup I dalam sehari macam hape je..nak makan pun tak ikut time. Ni kalau gastric balik, hospital lah jawabnya. Tapi, nasib baik tahap kesihatan I sangat baik. Alhamdulillah.. :)
Masa nak makan pun takde, camne nak buka blog? zzzz...

Rasa macam tengah menzalimi diri sendiri pun ye juga. Tapi tak pasti kat part mana sebab tujuan asal nak menuntut ilmu.Cumanya, timing kurang tepat. Nak masuk banyak benda tapi jadual sendiri dah padat. Memang mengundang tamparan maut. Acara sukan tahunan pun...nak pergi kena rujuk kat secretary dulu. Ehem...My secretary is my mum. hee~ She's the one that's been keeping my life together at the moment. Thanks mum~ Muahh :*
If my mum kata tak boleh pergi, makanya I tak boleh join. Tapi nasib baik I pandai berhujah sebab asalnya...My mum tak bagi pergi cuz, I bukannya masuk acara apa-apa pun. Setakat tengok je..Baik pergi buka youtube. Gila apa nak bersorak kat depan computer? T_T
So...memanglah..kualiti hidup I tahun ni sangat terjejas. Ceh, dah macam iklan SYABAS pulak. Eh, hari tu rumah I takde air. Rumah korang camne? *tetibe*

So....I guess...That's about it...Takde masa nak bebel panjang-panjang. Taekwondo yang dicintai pun dah lama tinggal. Kalau tu pakwe, sah-sah dah kena 'cerai'. Ngahahaha~ cerai lah sangat. Kawen pun tidak. :P

Okay...goodbye loves...Till next time..Whenever that would be :)

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment