Ketuk Ketuk

As-Salam!
Agak lama juga tak update walaupun sebenarnya takdelah lama mana pun kan?
Ehem...
So..What's with the title?
Macam penunggu pun ada gak
*ketuk ketuk* "Bukak pintu ni cu....Nenek nak masuk ni....Nenek nak mintak pinjam laptop nak hapdet belog kejap...Kat hutan takde wifi"

Ah sudah...Jap lagi karang keluar segala jembalang tepi jamban lah..Penunggu jambatan lah..Aku tunggu dirimu di tepi pohon rambutan. Eh, cambest je jadi lagu...
"Aku tunggu engkau di bawah pohon rambutan~~
Kerna kasih kita seperti rambutan~
Engkau manis seperti rambutan~ 
Dan engkau berambut seperti rambutan juga~
Whoa wow~" 
*muntah*
Khalida plis jangan jadi penulis lagu...Atau penyanyi... (rintih anda-anda dalam hati)

Sebenarnya, I want to say something...Sesuatu yang tak kurang pentingnya seperti melihat masterchef and berharap agar Hafiz kembali semula ke dapur Masterchef terbabit...Tak kalah kepada berita tentang artis bercerai...Hadoilah...Panjang gila..baik lurus ke titik(straight to the point) je kan ? (-_-")

Memang amalan kita sebelum masuk pejabat boss ketuk pintu dulu. Tak mungkin ketuk kepala boss yang dah botak licin tu..Karang tak dapat naik pangkat pulak...And sebelum nak masuk bilik atau rumah orang pun memang ketuk pintu dulu..Walaupun sekarang dah ada doorbell, tak mungkin semua rumah ada kan? Rumah I contoh yang tak pakai doorbell...Karang ada pulak yang mati terkejut dengar bunyi loceng tengah malam buta. (-_-") [Aku lettew~]

Tahukah anda..Bahawa  mengetuk pintu TANDAS juga patut dijadikan amalan? Yes...Ketuk. Pintu. Tandas.
Bukan sebab nak tanya ada hantu ke tak kat dalam tandas tu...Cuma nak berhati-hati je...
Bayangkan...
Pintu tandas rosak.Tak dapat nak kunci. Tetiba ada orang buka pintu. Kyaaaaaaaaahhhhhhh!!
Haha~ Memang wujud orang jerit "kyahh!" Pengaruh komik terlalu banyak...Kena kurangkan baca komik.. (-_-")
Ehem...Assalamualaikum...Mengarut pulak diriku ini.
Just so happens that a few days ago, time I kat dalam tandas tetiba adik I merempuh masuk.Mujurlah tengah gosok gigi. Kalau tengah 'melabur saham' macam mana? And nasib baik adik sendiri..Kalau tetamu?? Hoi! Maruahku diperkotak-kasutkan! Tak sanggup tak sanggup...

So..Sekarang ni, Ibu bapa patut didik anak-anak agar mengetuk pintu tandas dulu. Karang ada pulak yang trauma kena baling dengan botol sabun. Kesian...Bukan susah pun...Tak pernah lagi ada orang reput tulang sebab ketuk pintu. Jangan lah risau sangat.

Okay..I think tu je kot...I know...Rasa macam nak sepak je diri ni..Banyak sangat mengarut.Isi penting sikit je..Maaf kan diriku..Hahaha~ kisah pulak. Macam lah ada orang sudi nak baca blog ni. (T_T)

PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment