Ehem...Nak ambil mood seorang guru kaunseling kejap.
*krik krik krik*
Selama saya hidup di muka bumi Tuhan nan indah ini, Eh...Kenapa macam nak buat karangan BM soalan 1 pulak ni? (-_-")
Ehem...Selama anda-anda berkawan, apakah pernah anda rasa macam BOSAN dengan rakan? Atau tetiba rasa BENCI? MENYAMPAH? Pernah ke tak? Aku tanya nih! *dush (penumbuk mari)*
So, saya pernah juga mengalami situasi ni. Bila dia bercakap je, nescaya terasa bosan. Bila dia buat something, terus rasa menyampah. Hee~ Memang daku ini sahabat yang sejati. *Boo!*
Kadang-kadang terasa macam nak tampar je mulut dia tu. Atau backhand belakang kepala dia bagi mana-mana skru yang longgar tercabut terus. Boleh terus tanam. *Dush*
Langkah yang paling saya elakkan adalah berterus terang dengan dia. People might say, "honesty is the best policy" But, time dia tengah syok bercerita pasal drama semalam, kau tetiba cakap "Cop! Aku rasa bosanlah dengar kau bercakap" Alhamdulillah...Terus dia diam. Sampai bebila..Namun, disebabkan dia adalah kawan kau yang rapat maka kau akan kehilangan dia sekali gus. Oh! Tidak! Aku tak sanggup kehilangan rakan!
So? What SHOULD you do? Hmm....*Usap janggut* Well, if dia adalah teman rapat anda, and memang jenis tak makan saman and cepat terasa hati...Anda patut biar dia bercakap dulu. Bila ada tanda-tanda dia nak stop kejap untuk bernafas, anda boleh minta diri dulu assalamualaikum warahmatullah... Tapi, jangan tinggalkan dia lama-lama nanti dia jadi bengang pula lepas tu kena dengar lagi dia membebel seribu perenggan. Oh tak mahu tak mahu...
Take some time off...
And review balik...Apakah anda bosan bila dia bercakap? Or dengan attitude dia? Or something else? Sometime... Bila kita dah lama kenal seseorang, kita memang akan rasa bosan dengan dia. Everything is too predictable. Lepas dia bebel pasal boyfriend dia, dia bukak cerita pasal drama semalam. Lepas tu gosip pasal kucing jiran dia beranak kembar lapan sekor tu kaler kelabu asap. Punyalah detail sampai aku rasa macam aku pun ada kat situ. Pening kepala aku (-_-")
If seseorang tu BANYAK cakap...Anda memang takkan boleh suruh dia diam and cakap 8 patah perkataan sehari. Old rabbit die, mati kejung terus sebab dah tua apa aku merepek? Old habit die hard sebenarnya. Apa jauh melalut sampai arnab tua meninggal plak nih. Adoiyai...
If memang attitude dia..Try untuk bagi ceramah free sikit. "wei..Kau ni mulut jahat lah..Macam longkang" Yes! Tindakan yang paling tepat berserta ayat paling puitis dan romantis! Seterusnya akan terjadi adengan baling selipar kat dalam mulut. *Burp* Kenyang...Perisa rumput tepi jalan.
I mean...cuba berkias sikit.Jangan stret fowed (straight forward) sangat. Anda kan kawan dia..So, you should know cara nak tegur dia.
Some cases memang akan terjadi pertelingkahan. If korang memang sahabat, maka benda tu takkan jadi penghalang..But, Biasalah..Ego masing-masing saling bersaing. Dari benda sebesar semut api, tetiba jadi gunung berapi.Boleh menyebabkan kemalangan jiwa. Haih...Complex sungguh benda ni (-_-")
Disebabkan I don't have any specific advice to give you guys...Maka, I akan bercerita..Then, pandai-pandai sendirilah nak buat konklusinya. Ehem...
Aku kenal dia dah lama..Kami memang sahabat yang sejati. Sesapa pun musuh dia, adalah musuh aku juga. Sesiapa yang cuba sakiti aku, dia akan back-up aku. So, of coz lah itu ciri-ciri teman sejati bukan? Aku ingat persahabatan ini akan kekal sampai bebila. Namun...Bila badai bertiup, kapal rakan (friendship daa...) kami terus bergoncang hebat. Selepas aku bertahan dan bersabar...Akhirnya kami selamat..Tapi dari bahtera besar tinggal sampan je..Aku tetap bersabar..Namun, apabila dia sendiri cuba mendayung sampan tu kembali ke arah ribut, aku terus lompat keluar..
(-_-")
Sebaik sahaja I berpaling dari dia...Terus rasa ringan...Memanglah sedih kan? Sape yang tak sedih bila hilang kawan? Ada certain case, 'rakan' itu ibarat tumor cancer. sebaik je dibuang, kau terus sihat. Memang takes time untuk recover but, at least kau tak simpan benda yang akan memudaratkan diri sendiri kan? :)
Namun, ada certain case, rakan tu ibarat...err....ibarat buah pinggang. Kau akan susah bila hidup tanpa dia. Namun, bila waktu kritikal, kau akan jumpa pengganti yang boleh match..Yang sama macam dia namun lebih baik. See? I could be a doctor actually. xD
So...Nilaikan sendiri..Apakah rakan anda tu a cancer waiting to happen? Ataupun a vital organ that you can't live without? You choose :)
Now, I sendiri menyesal bila terpaksa buang kawan..Sebenarnya..Kau bukan BUANG tapi kau lepaskan...Biar dia sendiri cari rakan yang compatible. Kau? Atau orang lain? Hanya Allah yang tahu hikmah disebaliknya..Maybe today, dia penawar namun lain kali dia dalah racun yang boleh menyebabkan anda merana? Hmm...Maybe.... So, live your life and love people.. Trust me..You won't get anywhere with that much hatred in you.
Oh! And maybe ada yang berpendapat, "Aku nak gunakan budak ni sampai dia kering" May I say...Ketuk mahu? Orang lain bukanlah alat untuk kau berjaya..Namun mereka adalah pembimbing diri ke jalan untuk berjaya.. Melainkan dadah, rempit dan gangster. Mereka akan membimbing orang ke jalan yang gelap. Alhamdulillah..'Cerah' masa depan... (-_-")
PEACE OUT!
No comments:
Post a Comment