Hye semua! Me nak tanya sikit. sikit je.Tak banyak pun. ><
Siapa yang pernah 'terserempak' dengan haters?
Siapa yang ada haters?
Siapakah haters?
Bila anda start diserang oleh haters?
Ok...'Sikit' je soalannya...Well, 4 je kan? xD
haha~
Me rasa kesian sangat kat Farah..
Dulu,Me rasa macam best je follower ramai..Kalau boleh, nak berjuta zillion biar kembang macam belon bila kawan2 tanya. "Eh, followers ko berapa? aku ada 400 je.." "Well, Aku ada 88juta lemon!"
Rasa macam nak tulis kat papan tanda jalan tu supaya semua pengguna jalanraya tau betapa 'femes' nye budak ni. *mimpi je lebih
AWAS! Blogger FEMES menggunakan jalan ini.Berkemungkinan jalan sesak untuk sesi autografWow! panjang sungguh yang nak dimuatkan kat papan yang comel tu.
haha~ tu masa zaman jahilliyah dulu...Kita Mesti ada blog supaya kita dikenali dunia! <---giler
Bila sekarang ni...Baru sedar yang tanggung jwab besar.Apa yang kita tulis akan bagi kesan kat orang sekeliling kita..Macam entri Me maki hamun dulu, ramai yang start anti dengan Me.So, lepas ni, kena lebih hati2!
Bila kita start naik, ramai yang nak kita turun balik.Kita berusaha bagai nak mati supaya blog dikenali ramai, dia sesedap hati je tulis maki hamun....nak kata budak, rupa dah tua..Layak kategori orang-layak-berkawen-agar-tak-diusik-orang kampung. *panjang
Me takut sangat bila ada haters.Dulu, masa gangster, Me mungkin akan pergi serang balik...But, sekarang ni..kita kena fikir banyak kali.
-Kalau kita maki dia balik, apakah kita akan puas hati?AND yang paling PENTING sekali.....
-Apakah dia akan berdiam diri?
-Kalau terus maki hamun, bila nak berbaik?
-Sempat ke nak berbaik? entah2 akan 'pergi' sebelum sempat minta maaf..
-Kalau kita bergaduh, apakah ramai yang nak baca entri maki hamun tu?
-Kenapa tak jumpa face to face?
-KENAPA kena tulis/cakap benda2 BODOH macam tu?Memang sengaja ke?
Apakah motif sebenarnya?
So, best tak kena lecture dengan budak sekolah ni?
Cara tulis macam matang je kan? Walhal kalau diserang oleh haters, mungkin terus je tutup blog supaya tak perlu handle lagi orang2 yang busuk hati tu...
Me yakin yang Me tak cukup tabah untuk handle benda remeh cmtu..<---emotional tetiba
So, Me harap agar bakal2 haters blog ni senyap seribu bahasa je.Jangan aniaya orang lain please.Andai kata Me doakan agar orang tersebut mati digilis lori.Kau juga yang susah nanti.Doa orang yang dianiaya kan MUSTAJAB.Me pernah dianiaya..SO, macam2 juga doa yang keluar..Contoh:-semoga ko x lulus pekse, semoga barang berharga ko hilang, Ya Allah, Kau balaslah semula perbuatan dia berkali ganda.
HAH! amekko! Wa tak bagi chance punye! Walhal, boleh je tadah tangan berdoa agar dia diberi hidayah dan dibuka hatinya...But, tengah marah beb! mana boleh kontrol!
But, tak thrill lah cmtu kan? Ko wajib mendapat balasan 'hasil' dari 'usaha' ko tu! Kalau ko kata orang pendek, ko wajib akan dipanggil gemuk pula kelak...Ko kata orang bodoh, ko wajib mendapat markah corot kelak...Betul tak?
So, kepada haters out there, sila bertaubat..Me tau yang Me tak perfek..But, tak perlu pin pointkan..Apa kata kalau tegur secara lembut? Rasanya tak reput pun tulang kalau tegur secara berhemah,kan?
Kalau ko kata blog wa buruk..APakah blog ko lawa sangat?
Kalau ko kata blog aku x berfaedah, apakah blog ko terlalu berinformasi?
Kalau ko kata blog orang tak beri impak kat sesiapa, kenapa ko yang sibuk nak marah?So, ada impak kat ko lah kan?
Me pun kadang2 rasa blog orang tu tak best..Tak lawa..Tak berfaedah..But, itu diri dia kan?Dia buat blog beridentiti diri sendiri...Siapa yang buat blog dengan meniru 100% blog orang? Tu dah jadi kes COPY CAT lah pulak....So, walau apa pun pendapat anda..Sila tapis dulu sebelum tulis kat mana2 ok? Kalau anda tulis
"wah! dah makin mantop blog ni! hebat! Mesti makin ramai followers" fikir dahulu apakah ia akan menarik haters or likers kat blog tersebut..nak2 lagi bagi yang disanjung tinggi..So, kalau anda komen, wajiblah ia menarik perhatian orang...Mungkin ada yang dengki kat blog tu sebab anda komen kat orang tu je..bukan kat blog dia..Wajiblah perasaan dengki tu wujud di hati menusia yang kerdil..
Ye ke? Mengarut je budak ni kan? hahaha~ Sila buat muka serius sambil mengangguk setuju dengan perenggan di atas.
PEACE OUT!
p/s: entri panjang berjela..Penat nak baca betul tak?
No comments:
Post a Comment