Terharu~ T^T




Huk huk huk…
Aiseh…mukadimah pun macam tak best je…
Tak tak….Aipppppppppppppppppppppppppppp~~!!!
Haa….panjang tak? Kalau boleh,Me memang nak panjangkan lagi, tapi, mukasurat tak cukup pula nanti~~


Wokeyh! Post ni ditulis untuk menyampaikan hadiah grammy award rasa terima kasih & terharu kat dua orang ni…mereka2 adalah, Cik Farah Izzaty & Cik Adibah Razali
Huhuhu~memang terharu sungguh la kat mereka2 ni…
Nak tahu kenapa? Nak tau tak? Tak nak? Tak kira! Me nak cerita jugak!
*gedik!
Al-kisah,arakiannya,pada suatu ketika dahulu,syahadan,sebermulanya,di suatu pagi yang hening,di tengah kegelapan malam….(GRR!!panjang nak mam___ dia punya mukadimah)
Okey…serius.serius…

*latar tempat        : tapak perhimpunan sekolah
*latar masa           : 7.20 pagi (Rabu, 3/8/2011)
*latar masyarakat: pelajar SEMETRI


Babak 1:

Khalida, Iffah, dan rakan2 sedang bersembang. Kehadiran tuan puteri katak kodok cekodok jemput kek coklat Rusydina menghentikan sesi bergosip yang dijalankan.Mungkin kerana kami bergosip berkenaanya.Entahlah. Setibanya Dina di tempat kejadian, seperti kebiasaannya, dia akan bersalam dengan rakan2 sekelasnya.

Babak 2:

Khalida (Me!) mengalami kesakitan pada bahagian vertebrate nya. Ini sekaligus membuktikan bahawa Khalida bukanlah makhluk invertebrate seperti yang didakwa oleh rakan2 sekelasnya iaitu, makhluk yang bernama ‘kobis’. Penolong Kanan, Puan Norseha naik ke atas pentas (?) untuk membuat ‘sedikit’ ucapan.Khalida menggunakan timer pada jam tangannya untuk mengira masa yang dibuang digunakan untuk mendengar ucapan PK tersebut. Lebih daripada 30 minit masa yang digunakan untuk ucapan ‘ringkas’ beliau. Sepanjang ucapan beliau, Khalida merungut dan membebel tanpa tujuan kerana terpaksa menanggung beban kesakitan yang dialami.Turut kedengaran, beberapa suara sumbang yang turut serta dalam acara kutuk-mengutuk. Khalida hampir sahaja mengeluarkan air mata namun terganggu seketika kerana disapa oleh Dina. Khalida berlagak seperti tiada apa2 dan terus membebel sehingga ucapan ‘ringkas’ tamat.Semakin kurus pahala puasa Khalida kerana asyik membebel & mengutuk.

Babak 3:

Perhimpunan CLEAN POWER 0.3 kurang rasmi tamat, semua pelajar boleh balik ke kelas. Khalida merungut lagi kerana mahu terus balik rumah. Kelas 3 RK (3 rock kapak) adalah di tingkat tertinggi sekali iaitu, di atas kayangan.Sesat sungguh kerana budak2 rockers terhebat dicampak ke atas kayangan. Pelik bukan? Namun baharu sahaja di tingkat 1, Khalida berhenti. Kesakitan semakin menyengat. Sudah tak mampu ditanggung lagi. Rakan2 yang baik hati lagi mengambil berat  *ayat bodek* menanyakan akan perihalnya, mengapa Khalida berhenti….

 Bakal bersambung….

 PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment