Aipp!
Nak sambung cerita
Err..rasa macam pelik la bila gunakan nama sendiri dalam cerita ni…so, Me tukar nama ‘Khalida’ kepada ‘Me’
Intisari rancangan cerita : (babak 3)
Pelajar dibenarkan untuk balik semula ke kelas.Me baru sahaja mendaki ke tingkat 1 lalu berhenti. Rakan2nya pun turut berhenti dan bertanya…
Latar tempat : hadapan bilik jahit
Latar masa : 8.30 pagi
Babak 4:
Me bercerita kepada rakan2 akan perihal dirinya. Mereka memberi cadangan yang agak bernas iaitu, balik ke rumah. ‘Jiran’ Me iaitu, Farah dan Adibah membantu untuk membawa beg Me. Semasa melalui bilik jahit, semua yang berada di situ terdengar bunyi jeritan halus dari dalam bilik tersebut. Rakan2 Me yang prihatin terus melarikan diri kerana takut. Me terus berjalan dengan chillexnya. Mereka lari sampai ke kelas di tingkat 3.Me rasa terseksa untuk mendaki anak2 tangga tersebut,namun memaksa relakan dirinya. Dari tingkat 2 lagi sudah terdengar suara Farah dan Adibah memanggil dan mencari Me.
‘dey! Rilex la! Nak mati dah aku ni panjat Everest ni tau tak!’ kata Me dalam hatinya. Rakan2 yang membantu pun tak merungut tapi, orang yang dibantu pula yang merungut.Dasar jelata tak mengenang jasa, bak kata Hilal.
Babak 4:
Dihadapan kelas Rock Kapak, Me terlihat 2 orang rakannya itu. Nuril, rakan sekelas Me yang kecoh, menyapa. “Kenapa kau tak bawa beg kau sendiri? Pemalas!” Me hanya tersenyum tak ikhlas. Nuril menyambung lagi, “Patutlah kau muscular sangat! Kau bawa beg yang berat! Bagus untuk latihan otot bahu!” Me berkata dalam hati, ‘lutut kau lah berotot! Tu kan memang jadual hari ni! Teruk!’.Nuril menyambung lagi, “haha!Khalida muscular!”Entah kenapa Me rasa seperti mahu menyepak sahaja budak Nuril tu.Farah dan Adibah keluar dari kelas. ‘oh, letak beg rupanya’ kata Me dalam hati. Mereka berdua membawa beg Me sehingga ke bilik guru. Farah mencari guru bertugas pada minggu itu, Puan Hamimi. Setelah dicari,bayang Puan Mimi masih tak kelihatan lalu, Me memberi cadangan bodohnya iaitu mencari guru kelas,Puan Norlia. Ia adalah idea yang bodoh kerana Puan Norlia berada di bilik jahitan. Farah dan Adibah merungut, Me faham..kenapalah aku tak cakap awal2 tadi? *sigh Mereka berjalan semula sehingga ke Bilik Jahit
Babak 5:
Guru kelas, Puan Norlia, menyuruh Me dan rakan2nya ke pejabat. Guru kelas pula yang menanya mengenai Me. Me menceritakan dari awal sehingga habis. “Saya terjatuh tangga masa hari guru tahun lepas. Check dekat hospital, Doktor cakap, kedudukan tulang lari dan Muscle terkoyak.” Puan Norlia hanya menggeleng.Jadi, Me dan rakan2 berjalan semula ke blok pentadbiran. Me meminta maaf sebab dah menyusahkan Farah & Adibah namun, reaksi yang diterima cukup memeranjatkan! “Takpe…Kitorang malas nak belajar math sebenarnya..Kalau boleh nak balik terus” Me hanya tersenyum.
Bersambung~
Peace Out!
No comments:
Post a Comment