Sila Sebarkan..Kalau tak...

As-Salam!
Anda-anda pernah dapat surat berantai tak? Lah...Bukan surat yang ada gambar rantai serta bukan juga surat terlekat celah rantai basikal.
 LOL.. Macamlah orang tak tau.
So, bagi ambil feel dan mood tak puas hati, 'aku' akan digunakan..Eh, lantaklah! Sape yang kisah?
*****
Once you've started reading this, you can't ignore this message. Once upon a time, in a magical world, lived 4 fairy princess in a sugar cloud castle

Ahaha...Kau memang tak reti buat surat ugutan wahai kobes. -_-"
So, if aku tak sebarkan mesej-mesej tu kat orang lain, aku akan mendapat musibah..Antaranya :-
1)Mati kena bunuh dengan hantu kanak-kanak dari negara Amerika nun. Saya rakyat Malaysia :)
2)Akan mendapat berita sedih.
3)Kehilangan orang/harta yang paling disayangi
Selepas baca natang jadah tu, aku cuma mampu tersengih dan gelak macam tiram basi.<--because 'kerang busuk' is too mainstream
Okay, kalau pasal yang bahasa Inggeris tu, memang aku mampu ignore sambil gelak berdekah-dekah. Tak cover langsung. Lari bakal laki aku -_-"

Tapi, bila melibatkan pasal Saidina sekian-sekian...Ataupun Syeikh sekian-sekian...Tu, memang tak mampu lagilah nak gelak berdekah-dekah. 

Its okay kalau nak sebarkan.But, tolonglah padamkan part 'anda akan menerima musibah sekiranya tidak sebarkan mesej ini kepada 10 orang lain dalam masa 96 jam.'

Kesian pulak kat bakal 10 penerima tu. Takut nak berkelip sebab terlupa check inbox. Dah terlepas time limit. 
Takut esok lusa kena langgar dengan lori ayam depan pasar pagi. Oh...Sungguh tragis.

Selalunya Facebook lah yang jadi medium sebarkan fitnah berantai cenggini. Pe-he-lis lah wei.. Takde maknanya orang dah mati nak bangkit balik, jadi zombi, tikam kau dengan pisau. 
Seperti mana yang kita semua tahu ya sidang hadirin...Roh yang telah dicabut akan melalui fasa alam kubur. Sama ada diseksa atau sedang bahagia. Wallahualam. 
Hanya dengan izin Yang Maha Berkuasa sahaja roh tersebut akan turun semula ke alam kita .Tapi, bukanlah untuk membunuh sebab kau tak sebarkan mesej tadi kepada 12 orang rakan dalam masa 4923829 saat.

Lagi tak boleh belah bila nama-nama tokoh Islam dilibatkan. At first, bila baca, memang sejuk je rasa hati..Bila budak paling seksi kat sekolah sanggup sebarkan dan berdakwah. Bila aku baca. Hah kau! No wonder lah!
Siap wall post kat kawan baik lagi! Tak nak mati punya pasal! 
Eii! Tolonglah..Jangan percaya semua benda yang kau baca bulat-bulat, petak-petak, tompok-tompok. Nampak sangat lah kau ni narrow minded.

Kalau diikutkan surat-surat berantai tu..Sepatutnya lah kan, aku dah mati kena tikam dekat 7 kali dah. Kehilangan orang yang tersayang dekat 4 kali. And cacat seumur hidup lebih dari dua kali. 

Acane tu?
Just because kau tak nak jadi macam benda-benda tu semua, segala ilmu yang ada kau tolak tepi. Kata kelas pandai. Cara bercakap macam bakal pendakwah. Dari gaya, dah macam pakar motivasi. 
So, semua tu kau campak ke tempat lain just sebab tak nak 'musibah' jadi. 
Saya mempertikaikan kewarasan akal anda.

Lastly, pelis lah! 
Kehenseman aku takkan berubah hokay. Dulu, kini dan selamanya.
pfftt..kobes memang hensem. ce check kobes anda yang dalam peti ais tu.

PEACE OUT!
p/s: sekarang, sila promote blog ni kalau taknak koma kena baling dengan buah kelapa! :P

No comments:

Post a Comment