About Yesterday...

As-Salam!
Hye,hye,hye~!
***************************************
  Semalam,adalah hari paling bizi sedunia (Me).Sebab, semalam ada majlis penyampaian anugeraH SpeCTra a.k.a Sijil Pencapaian Cemerlang Terbilang..Serius boring! Kalau bukan disebabkan Me dapat benda tu, memang dok rumah layan DOTA je la.!Haha~ penekanan diberikan pada "kalau bukan disebabkan Me dapat benda tu".Sebenarnya, nak cakap yang Me dapat anugerah Prestasi Cemerlang.hakhak~nak cover konon2 nye~
Gurau2...Buat kat dewan terbuka.Memang terbuka sangat! bumbung pun takde! huh! berpanas la kami sekalian makeluk kat situ! orang belakang asyik suruh ke depan.Kalau Me ikut cakap diorang, gerenti dah terpeluk budak laki!
"Sorry bang,kawan suruh" er...kawan ada suruh Me peluk budak laki ke? hikhik~gatal!Sweet sungguh! kenapa lah diorang tak pergi je pindah tempat lain? menyusahkan orang sungguh!
  Lepas tu, ada majlis kembangkan mata bak kata kawan Me. Kami bersalam je..tu pun nak nangis...hekhek~ & masa tu, budak kelas lain beratur nak salam cikgu...Me tengok, barisan panjang gilerr so, me pergi salam mama Me yang datang masa tu...Baru je salam dah nangis! huh! siap berpeluk, buat drama kat situ...mak bapak yang lain, pandang je,,senyum2...pehal? anak2 tak salam ke tadi? Masa nangis & peluk2 tu, baru me perasan yang adik Me eh, silap! adik Prince Charming ada kat situ.dia pandang Me! erghkh! <--- bahasa apa ni??
Malu beb! Tapi, tu kan mama ME, bukan mama dia! kalau mama dia datang, Me salam je "maafkan saya mak, kalau saya ada buat salah.Eh, tersasul pulak!" *konon*
  Lepas habis majlis, dengan kadar terlebih segera, Me pergi ke kelas untuk kutip harta yang dah berhabuk,bersawang kat bawah meja & dalam lemari peribadi (loker).Mak oii! Sampai 3 beg Me guna nak angkut muatan! Heh! tak heran lah.,..Sebab tu hasil usaha yang Me kumpul sepanjang tahun ni. *usaha lah sangat*
  Lepas tu, Kena kemas dewan peperiksaan tu pula...
*PERHATIAN! Me adalah calon PMR bukan UPSR kerana saiz badan mungkin seperti kanak2 ribena*
Kelas tu, Masyallah! macam tempat pelupusan sampah! Kalau king-kong buat sarang pun, tak perasan! ehek~ layak ke Me cakap camtu? bilik pun macam kandang ba__!!Ye, Me mengaku, bilik Me memang sepah giler3! Calon PMR kan? mana ada masa nak kemas bilik. *alasan*.Tapi, yelah...Kelas tu, super-duper sepah! habuk 4 inci, meja tunggang langgang dalam laci meja ada sampah! cmne diorang ni? kata F5! Meja diorang dah tak rupa meja dah! macam hape je! tak stable langsung wa cakap lu..asyik2 goyang.Kalau tengah buat subjek yang mengerikan sekalian alam (Math) gerenti roboh terus Meja tu. "puan! Meja saya dah roboh! saya nak buat kat bilik khas boleh?" *cakap lah nak air-cond wei* hadoi lah!
  Lepas balik, Me ikut mama pergi open-house-lepas-syawal.Makan2, balik.Balik pun, mandi,tukar baju je coz, ikut mama pergi cuci kereta.
  Balik dari cuci kereta, pergi tusyen..Balik, tu, mama amek lambat sangat, kelas abes kol 5.30, mama datang kol 5.50...dahla tinggal sorang je masa tu...nasib tak kena culik.
  Balik tusyen, bersiap pula untuk majlis solat hajat kat masjid.Ya Allah! duduk pun tak sempat! pukul 6.30 baru gerak...Lebih kurang kol 9.40 malam baru balik rumah..lepas makan, mandi, terus tido!penat beb! Tak nak dah pergi open-house & cuci kereta.Tak nak pergi sekolah.Taknak pergi tusyen. Taknak!taknak! *gilerr*
Oklah..ngantuk lagi ni sebenarnye....Nak sambung tido, pastu Studai [study(bahasa sendiri bikin)]
PEACE OUT!

No comments:

Post a Comment