As-Salam!
Camne nak start eh?
Err.....
Hello friends!
Haha~ mukadimah pun dah tak reti buat. Apakedehal lah budak ni. T_T
Okay...First-first, I miss this silly little blog so much!!
Okay I know...dah takde sape yang sudi nak baca blog yang ibarat hidup malas, matinya tak jugak.
Ni peribahasa yang dah di-alter. Nanti boleh guna dalam karangan BM korang. If korang fail, salahkan kawan sebelah korang. Dah apa pulak mende aku mengarut ni.
Okay lah my loves.. I pun dah tak larat nak mengada kat sini..I penat sebenarnya. T_T
Mid term exam dah start. Bermakna SPM dah dekat. Which means no more lazing around and segala benda yang lagha akan disekat oleh parents. T_T
Penat betul ,baca buku pelajaran. Okay, tipu. Penat betul CUBA baca buku pelajaran. Rasa macam nak terjun tebing je..Punya banyak dugaan time exam. :'(
Actually, time paper esei BM hari tu, tangan dah sampai tak boleh pengang pen dah..Punya sakit. Tetiba tangan tersangkut/tersekat/jam. Ah sudah! takkan nak tulis pakai kaki!? Itu tak cool bro..Itu tak cool.
Paksakan juga tangan yang dah layu akibat dah penat dikerah tenaga bak buruh paksaan. Ayat aku memang tak boleh rosak lagi (-_-") Mentang-mentang dah habis paper BM, terus dilanggar segala hukum tatabahasa. Haish....Paper sejarah jangan cakaplah....Macam hampes wa cakap sama lu'alls T_T
Apa yang dibaca or di'scan',tak masuk..Tapi yang di-tidak-membacakan tu lah yang masuk..Dah kenapa?!
Ehem..scan bukan bermaksud soalan bocor eh..Scan, as in baca cepat2 dengan mencari isi penting je. Ni kamikaze tahu. Adik-adik, jangan cuba dicontohi aksi ni. T_T
Lepas ni entah paper apa pula. Serius tak tahu..Sebab tak dapat jadual. Dah berbuih mulut minta, still tak dapat-dapat. ehem...tak payah exam la kalau macam ni :P
Aaandd..I nak mengadu ni..sebab kalau mengadu kat manusia, belum tentu ada respons yang positif...Disebabkan ini belog, makanya I tak risau kalau-kalau akan dilempang sebab blog takde lutut. *eh?*
Kerusi saya ditendang oleh seekor makhluk time exam. Cis! Kurang sopan! Orang nak jawab paper pun tak senang. Orangnya tak lain dan tak bukan, orang yang duduk di belakang diriku. Elok-elok dah dapat fikir jawapan, terus lupa. Ohsem..Dia cakap, dengan menendang kerusi terbabit, dia akan mendapat semangat dan hidayah untuk menjawab exam. Tapi dia lupa, yang dia juga akan mendapat penumbuk jika aktiviti tersebut diteruskan. Hehe~ gurau..gurau.. xD
Okay lah...I better stop here. karang mengarut je lebih...Entah bila baru dapat ber-blogging dengan senang,riang dan girang. Cewah~ konon macam 'cemerlang,gemilang,terbilang'. Dahlah..baik pergi tumbuk abang dari meroyan depan komputer ni. K bye
PEACE OUT!