The Youth of Tomorrow, Today!

As-Salam!
Hye..This post is kind of a rant or something...If you setuju sila angguk.If tak, sila baca dan hayati teks di bawah. *whaaat?!*
*****
So, a few days ago, latihan taekwondo dah start. Hari Sabtu. Kita skip awal-awal pagi...Time balik tu, I call my dad untuk ambil I balik.Rumah jauh wei...Dah la penat. (-_-")

Lepas call, I pakai ler headphone. Untuk dengar lagu. Of course le..Mana mungkin untuk membajak sawah. 
And guess what? I saw a few people. Lelaki, dewasa (pangkat bapak orang) bisik-bisik sambil pandang I. I ignore je la. Sebab I kan famous *sila muntah*. Bila ayah I sampai, I gerak ke kereta, diorang pandang and gelak..I was like, 'WhhhaaaaT??!' 
Ayah I tegur mereka-mereka. Oh..Kawan surau rupanya.. Nak tau apa diorang cakap kat ayah I? Ah! Tak kira! Nak bagitau jugak!

"Anak kau ni ada masalah pendengaran ke?" time ni I kerut dahi. Pak cik, ni namanya headphone ye..Untuk dengar lagu..Bukan untuk orang yang ada masalah pendengaran.

Ayah I gelak.."Hahaha. Tu lah, asyik pakai benda tu je" Ah sudah. Ayah pun berkomplot dengan mereka?
"budak-budak zaman sekarang" tambah pak cik yang lain. LOL? anak pak cik budak zaman bila?
"Eh, kau tak nak ikut kitorang ke?" tanya pak cik yang lain pula. Mereka mahu adakan lawatan sambil belajar kot. Fikir diri ku.
"Anak-anak aku kat rumah takde sape nak jage..Mak diorang gi sambung belajar" jawab ayahku.
"eh, takpa...Pakwe dia (sambil tunjuk kat diriku) boleh jaga..Pandailah dia jaga anak-anak kau nanti.." Yang lain gelak..

Oh pakcik, saya ni pergi sekolah untuk belajar..Bukan nak cari suami. (-_-")

"Ha..Yang tu tak tau lah pulak aku" jawab ayah dan kami terus berlalu pergi..Ayah bagi jelingan maut kat I. I'm innocent!!! ><
*****
Okay.
My angel faced cupcakes...This is why I'm questioning their point of view. See? I ingatkan orang surau semua macam alim and macam imam-imam muda tu.. I silap..Ada juga segelintir yang mulut tak tapis, cakap lepas.

First of, headphone tersebut saya pakai untuk menghilangkan kebosanan serta untuk block bunyi-bunyi seperti suara-suara sumbang pakcik tadi..
Sebenarnya, ramai anak muda (LOL?) pakai headfon/earfon untuk block segala tohmahan keji orang sekeliling. Kenapa diorang ni suka sangat mengkritik? Sila jawab encik.

Second, just because I pakai tudung bawal with short-sleeved shirt and sarung lengan, tak bermakna I kaki berpeleseran. Kaki I boleh  ke berpeleseran? lantaklah. Takkan i nak pakai baju lengan panjang kat dalam uniform taekwondo yang juga berlengan panjang tu? Tak selesa okay.Tak bernafas ketiak aku. *tetiba*
Apakah I patut pakai jubah di lain hari? (-_-")

Third, just because I'm in SMK dan bukan di SMA, tak bermakna budak-budak kat sini suka mencari teman hidup. Hadoilah...Apa yang mereka fikirkan? I tak nafikan bahawa ada yang meman  dah advance. Tapi masih ramai lagi yang tak se-advance mereka. Takkan lah I kena jauhkan diri dari budak laki? Tak boleh cakap dengan diorang segala..Tu sekolah campur. Bukan Sekolah perempuan..Faham pak cik? Saya masih mematuhi batas pergaulan..Duduk rapat, pegang tangan semua tu saya tak pernah buat.

Serius..I memang sakit hati dengan apa yang diorang cakap. Suka hati je kata I ada masalah pendengaran. Pak cik jangan kata yang dulu pak cik tak pernah bersiul lagu-lagu zaman tu..Itu tipu. Tipu dosa.

Serius..Yang pangkat atuk-atuk takde pun cakap menda camtu..Yang pangkat bapak ni pulak yang ter-sibuk. Maaf bagi yang lain. Saya tujukan khas buat mereka tu je. Budak sekarang kuat melawan sebab selalu kena perli. Serius. Contoh: 
Bilik I sepah sikit. Mak marah..Ayah pun marah. Lepas dua-tiga bulan, I kemas..
"pandai pun kemas. Boleh buat sebenarnya..Cuma malas je" kata mereka.
If i tak kemas, kena perli..Dah kemas kena sindir, baik tak payah kemas. Badan tak penat, tenaga tak keluar. Kemas or tak, still kena perli. betul tak kawan? Lol.
And if markah merosot teruk..
"Banyak main!"/ "tak fokus!" /" kau nak jadi apa besar nanti?"

Bila dah ada peningkatan:
"boleh pun buat" "Camnilah anak mak/ayah" Selama ni saya nak sape? O_O"
"Kalau rajin sikit lagi mesti boleh dapat top 10" Errr....

Kami, anak muda masa kini selalu diperli/ dicaci. Memang kami selalu kena marah and tegur.Itu normal..Jadi tak normal bila diperli sentiasa. So, ramai yang memberontak. Kami dipersalahkan pula sebab tak jaga kelakuan/akhlak. Memberontak bukanlah membawa senapang. Bukan bermakna kami tengking ibu bapa. Tak juga kami tergamak mencederakan mereka. Kami pilih untuk diamkan diri dan ignore kata-kata mereka. Bukan selalu..Kadang-kadang je.. Bila buat camtu, kami dikatakan melawan/memberontak. Pulak dah...Bila kena marah, kami lari masuk bilik, kami dipanggil biadab. Bila tersengih dikata tak mendengar cakap. Juga salah kami. (-_-")
Kami sentiasa dibanding dengan anak jiran/kawan sekolah/sedara-mara. Tapi bila kami nak apa yang mereka ada, kami dipersalahkan kerana membandingkan keluarga sendiri dengan keluarga orang.
Contoh:
"Cuba duduk rumah macam anak cik Leha tu. baik je dia tolong mak dia. Kau tu malas sangat kenapa?"
"Baiklah mak...(-_-")"

"mak, anak cik Leha tu beli iPong terbaru! Saya tak mintak banyak..Saya cuma nak Samseng Gelaksi Tub je..Boleh?"
"kau ni, apa orang ada kau nak!Cuba jangan bandingkan dia dengan kau"

Hah?

"mak tak pernah banding-bandingkan anak mak..mak sayang semuanya sama je.
"Tapi mak bandingkan saya dengan anak cik Leha,pak cik Seman, Uncle Muthu,Opah bedah"
"Tu sebab nak naikkan semangat motivasi diri kau tu."
*****
LOL?

PEACE OUT!

Jot Your Dreams Down!

As-Salam!
Ya Allah....Dah pertengahan bulan Januari rupanya!!!
Lagi berapa bulan nak SPM nih???
Lol...Emotional tetiba

Olla peeps~
Today I'm feeling a bit murah hati..So, I nak share kan sedikit tips untuk mencapai impian-impian dalam hidup kita ni. Just so you know, tips ni I ambil dari seorang penceramah..And now, I akan sharekan serba sedikit. By serba sedikit, I really mean...SEDIKIT..Coz I dah tak ingat..Al-maklumlah, ceramah tu bulan 12 tahun lepas..sekarang dah hari apa...

Kat ceramah/bengkel tu, I diberitahu bahawa salah satu cara untuk mencapai impian u alls adalah dengan menulis benda tu..Like I myself, I dah tuliskan apa yang I nak capai tahun ni pada penghujung tahun lepas...Orang lain buat azam, I buat list. Ohsem....

Penceramah tu cakap, a few famous people and artist and stuff, pernah tulis impian mereka-mereka dalam kertas..And letakkan kat sebuah tempat yang senang nak nampak..Ada yang framekan, letak kat dalam dompet and others..And benda yang mereka nak tu memang termakbul...Kuasa Allah S.W.T...Bukannya I kata kalau tulis kat kertas konfem dapat..TAK..Tulis ni just untuk memotivasikan diri kita..Insyallah, termakbul jua satu hari nanti..

Okay, perenggan kat atas macam serius je..Lantak lah..Sambung cerita...At first, I pun memang skeptikal pasal benda ni.."boleh percaya ke?", " betul ke?"...So, I try je lah..coz, tak rugi pun kan?
I jot down about..11 things...Dengan tajuk, 'Things I will Get/Accomplish on 2013'
And..Alhamdulillah...Now, I dah dapat 2 dari 11 benda..Apa yang I dapat? Lol..kena bagitau ke?
Takpelah...I taip satu je eh...Nanti anda-anda kat saya riak pula..Saya comel *tetiba*

First, I take a kertas kajang (madam akan marah bila membaca ini sentence :P ) and baca bismillah..Sebab, I memang teringiiiinn sangat nak capai semua yang I tulis tu...Then, I tulis tajuk...
'Things I will Get/Accomplish on 2013'
Then, I tulis apa yang I nak untuk tahun ni...Then, I tulis tarikh and hari I tulis tu supaya I know berapa lama masa yang diambil untuk capai...And..pada nombor yang entah ke berapa, I tulis..'Pengerusi ERT'...
And guess what? Alhamdulillah jadi kenyataan...Kebetulan? Check this out...I first time masuk kelab ping-pong, I jadi naib setiausaha. Dalam kertas I tulis, Naib Bendahari...Still lebih kurang sama...See? Kuasa Allah...Oh and this kertas, I letak kat dalam file coz...Setiap hari kita buka file kan kawan-kawan? :D

So...Insyallah, I akan berusaha untuk mencapai yang lain-lain...

Kawan-kawan juga patut cuba..
Selamat Mencuba!

Lol..Buat Iklan pula budak khobes ni -_-"

PEACE OUT!
p/s: I'm serius!! Try this at home!! Or somewhere...Just TRY IT!!! ><

Happy New Year!

As-Salam!
Hai..dalam tak sedar dah tahun baru menjelang lagi...Rasa macam tak percaya pula yang diri ini dah menjadi senior kat sekolah.. Tua dah rupanya aku ni..
Ho ho ho!!
So..What's up dengan anda-anda punya resolution? I mean azam tahun baru..Karang pergi bagi resolution gambar korang..Pe je lah yang budak zaman sekarang ni fikir? Haih...Ceh, rasa tua lagi sekali...*minum kopi secawan*
This new year, I dah siap buat satu list yang agak panjang untuk dicapai dalam tempoh setahun ni...Bila tengok balik..rasa macam mustahil pun ada gak...Apalah yang aku pikirkan tahun lepas? Haiz....Tak matang langsung. Lol..Padahalnya baru berapa hari lepas buat list..Rasa tua balik...*minum kopi*
Hmm....So, this year, I akan kurang kan blogging...If rajin, I akan buat draft...Bila macam ada masa, baru update...So, jangan rindew kan titew cangat yew? Muahx~ *geli tekak*
To all students yang akan sit for the PMR, good luck eh. Harapan cikgu-cikgi semua sangat tinggi buat batch terakhir ni. LOL~ 'cikgu-cikgi' mau kena lempang laju-laju dengan cikgu BM satgi.
Oh, and to all SPM candidates, FIGHTING!!! Jangan jadi gila meroyan sudah...Belajar kena smart bukan hard. Remember that eh?

So..that's it...I guess...See ya around? Well, not really 'seeing' coz, I'm here..And you're there..
Well, You got the point rite?
K? Bye...

PEACE OUT!
p/s: sebelum I blah dari sini, ada satu soalan sikit...Boleh bawa fon pergi sekolah ke?Karang keluar lagu 'Gangnam Style' dalam kelas karang, abes cikgu melatah menari. Hiks~